BAB 2 - SETUJU

181 11 0
                                    

Aku dan kawan kawan aku ni merupakan mahasiswa pelajar UUM. Kitorang seumur dan berkawan dari kecil. Dan kami punya hobi yang sama iaitu menjelajah tempat tempat misteri.

"Macam best je, aku pun nak join jugak," kata Adam.

"Memanglah aku ajak kau kalau tak tak cukup best kalau salah seorang tak pergi..." Jawab Saiful

Jika menghitung jumlah tempat yang pernah kami pergi, esok merupakan tempat ke sembilan sejak kami mulai menjelajah tempat misteri ini.

Syukurlah selama kelapan lapan tempat kami pergi tidak mengalami banyak gangguan. Hanya sekadar bunyi besi terseret, pintu tertutup sendiri dan sewaktu dengannya.

" Esok pukul 4 petang kita kumpul kat sini ok?" Saiful menyatakan.

"Ok!"Kami menyahutnya. Riuh warung dengan suara kami walaupun hanya ada sekitar lima ke enam orang saja kat warung.

Kami bersembang sehingga pukul 11 malam. Setibanya dirumah tanpa solat isyak, aku terus terlelap.

Sudah menjadi tabiatku tidak solat sebelum tidur. Mungkin kerana inilah perangaiku agak buruk.

TERPERANGKAPWhere stories live. Discover now