~HAIQAL~
Sudah lebih 1 jam aku berkeliling sekolah ni. Namun bayang kawan kawanku pun aku tak nampak.
Kupikir aku tidak pernah kesini. Tapi sedikit demi sedikit aku ingat tempat ini. Aku meneruskan perjalanan. Aku sampai didepan sebuah kelas yang seingatku tidak ada sepanjang aku berkeliling tadi.
"Bila masa pula ada kelas dekat sini?"
Aku melangkah masuk. Kepalaku menjadi pusing.
"Aku ingat tempat ni..." Aku berkata dalam hati sebelum aku pingsan.
____________________________________
Aku adalah seorang saintis yang sudah berumur 70 tahun. Walau dengan umur begitu, aku masih gagah menyiapkan mesin waktu.Setelah sekian lama, akhirnya mesin waktuku menjadi. Aku telah membuktikan mesin waktu boleh dicipta. Aku dengan sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama yang menaiki mesin waktu itu.
Aku kembali kezaman aku masih berumur 5 tahun. Tapi ketika itu, mesin waktu bergegar dengan kuat seperti terjadinya kerosakan pada mesin.
"TUMMMM!" aku pengsan selama beberapa waktu.
**********
Aku tersedar. Kini aku berada di satu kelas yang tampak sangat usang. Aku lihat semua tempat menjadi tinggi.
Mujurlah ada cermin di situ. Aku lihat wajahku. Namun yang ada adalah wajahku ketika masih kecil.
Tahulah aku bahawa aku sudah berubah menjadi kecil. Awalnya aku tidak percaya, namun akhirnya aku dapat menerima kenyataannya.
Dari sekolah aku keluar dan mencari tempat tinggal yang baru. Impianku untuk kembali kemasa depan. Mulai saat itulah, aku bersama dengan kawan kawanku yang sekarang.
YOU ARE READING
TERPERANGKAP
Terror#𝕆𝕝𝕕𝕊𝕥𝕠𝕣𝕪𝔹𝕠𝕠𝕜 ⚠️ REPUBLISH WITHOUT ANY EDIT ⚠️ BANYAK KESALAHAN BAHASA Bagaimana jika hobi suka suka berubah menjadi tragedi hitam. Itulah yang berlaku pada hidup 5 sahabat ini. Mengisahkan 5 orang mahasiswa UUM yang bercadang kesebuah r...