BAB 6 - KHAIRUL

108 8 0
                                    

Mataku yang sedari tadi terpejam mulai terbuka. Aku lihat sekeliling. Cuma satu kata yang dapat aku fikirkan.

"Aku kat mana?"

Pemandangan disekelilingku mempunyai aura yang menyeramkan. Aku seperti TERPERANGKAP di sebuah penjara.

Aku berada ditengah tengah koridor dan disekitarku ada banyak *JAIL* yang dipenuhi tempat khas hukuman gantung. Naik terus buku romaku.

"Kenapa dengan tempat ni?"

Sedang aku asyik berjalan, aku seperti diberhentikan disebuah jail hukuman gantung. Aku cuba mengerakkan kakiku malangnya tidak dapat digerakkan.

Kepalaku tergerak dengan sendiri. Aku lihat kelibat seorang yang keihatan seperti warden digantung oleh 2 orang tawanan penjara. Setelah warden itu mati, 2 lelaki tadi memandangku sambil tersenyum.

Syukurlah aku sudah dapat bergerak, dengan sepantas kilat aku berlari tanpa memandang belakang lagi.

Kerana tidak memandang kebawah aku terjatuh. Aku lihat kameraku yang tadi hilang didepanku.

Ianya kelihatan menyala. Aku mengambil dan melihat gambar di kamera itu. Aku diperlihatkan
gambar Saiful dalam keadaan yang amat mengerikan.

Ketika itu aku teringat Saiful yang seperti sawan membaling kerusi kearahku. Kini gambar Saiful dengan keadaan yang mengerikan itu.

"Apa yang Saiful perbuat?" Otakku hanya dapat memikirkan perkataan itu.

TERPERANGKAPWhere stories live. Discover now