2

204 47 13
                                    

" Seronok jadi pelarian ke Daegu? "
Jimin tersenyum mengejek melihat wajah Minju yang comot dengan air mata.

" Buat apa kat sini? Menyemak tahu tak? Kalau oppa datang semata-mata untuk bawak minju balik Busan,tak payah. Minju boleh balik sendiri. "
Minju menjeling Jimin.

" Tch jual mahal betul kau ni. Ni muka comot ni kenapa?  Siapa buat anak ayam aku menangis eo? "

Jimin menyeka air mata Minju menggunakan ibu jarinya. Tersentak jimin apabila Minju tiba-tiba memeluknya. Semakin menjadi-jadi tangisan Minju.

"Park Minju sayang. Jangan menangis. Arasseo? Kau buat aku lemah bila tengok kau menangis tahu?"

Minju menyembamkan wajah dibidang dada Jimin. Tanggannya menggenggam erat belakang baju Jimin bila teringatkan kata-kata Taehyung. Taehyung selalu mengesat air matanya apabila dia menangis.

**********
Jimin berhenti setelah lampu isyarat menunjukkan lampu merah.Adik perempuannya yang duduk disebelah dipandang.Minju masih lagi tersedu-sedu selepas menangis.

Haih kesian betul suami kau dapat isteri cengeng.

" Park Minju. Kau nak menangis untuk lelaki tu lagi buat apa huh?! "
Minju diam kekal diam seperti biasa. Tiada niat mahu melayan Jimin.
Jimin takkan faham rasa ditinggalkan oleh kekasih sendiri.

" Aku tengah bercakap dengan manusia atau stereng kereta sekarang ni huh?!
Tak apalah kalau kau taknak bercakap dengan aku. Cuma..aku nak cakap padan muka je dekat kau. HAHAHAHAHA. "

Minju melemparkan pandangan keluar tingkap apabila kereta mula bergerak laju dijalan raya. Keluhan geram dilepaskan.Mahu saja dia layangkan penumbuk di pipi gebu jimin.

" Kau tahu tak aku kena marah dengan omma sebab pengantin perempuan tiba-tiba hilang. Cakap aku ni tak pandai jaga adik.Padahal kau tu yang gatal nak lari sampai ke Daegu.Nak jumpa buah hati konon,endingnya kau dicurangi. Tak sangka kau pegang watak yang kasihan harini. "

" Oppa jangan hantar Minju balik rumah.Hantarkan kat mana-mana hotel. "

Bila teringatkan ommanya, tak jadi nak balik ke rumah.Sudah tentu ommanya akan mengamuk.

" Aku ingat kau tak ada mulut nak bercakap tadi.Kenapa tak nak balik? Ada rasa nak patah balik ke Daegu semula? " Jimin tersenyum sinis tanpa memandang Minju. Minju menjeling Jimin. Tak pernah tak savage.

" Boleh tak jangan banyak cakap. Hantar je lah Minju kat mana-mana
pun.Minju taknak balik sekarang! "

Minju membentak. Tangannya mula memeluk tubuh. Nasib la dalam kereta Jimin ni tak ada selotape.Kalau tak memang dah kena selotape bibir 'pujaan army' ni.

" Kau nak ke mana malam-malam buta ni huh? Sudahlah, baik kau duduk diam-diam macam pengantin atas pelamin.Pasal omma jangan risau. "

Minju menghela nafas berat. Dia pandang ke luar tingkap. Langit yang gelap dipandang.Setitik demi setitik air mata menitis di pipi.

'Taehyung... tsk.. aku benci .. Tak!!bukan..aku sayang kau. Tadi tu cuma april fool kan?'

Berhenti mengarut Park Minju.
Dia dah ada perempuan lain

Runaway bride Where stories live. Discover now