3

164 41 20
                                    

Dari jauh mata coklat hazel milik
Park Minju memerhatikan tindakan sepasang kekasih yang leka bergurau dalam dunia mereka seolah-olah mereka berdua yang wujud di situ.
Naik lenguh dia duduk diatas kerusi batu menunggu Jungkook selama 3 jam.

" Buat apa kau ajak aku keluar kalau nak dating dengan perempuan lain Jeon Jungkook? Minju bukannya cemburu melihat aksi menggelikan antara kekasih yang tersangat la bahagia tu. Dia cuma geram dengan perangai Jungkook.Nak dating pun jangan lah bawak dia.

Kelihatan Jungkook dan kekasihnya berjalan berpegangan tangan menuju ke arahnya.

" Dah la jom balik. Sayang nanti kita jumpa lagi okay. Drive tu hati-hati. "
Minju buat muka loya mendengar panggilan  'sayang'  Jungkook buat kekasihnya.

" Eh dah habis berasmara dana ke? Tak nak sambung lagi. Saya okay je nak tunggu kat sini lagi 3 jam. perlian Minju membuatkan kekasih Jungkook tertawa kecil. Tak ada orang buat  lawak pun.

" really? Boleh je I dengan Jungkook nak sambung dating lagi 3 jam.
Jomlah Jungkook, dia boleh tunggu kita lagi. I tak puas lah melepas rindu
tadi. "   Minju mengetap bibirnya. Perempuan ni bodoh ke tak perasan aku tengah sindir dia.

" Emm tak apa kami balik dulu.
Esok kita jumpa lagi.

Jungkook dengan selamba mencium kedua belah pipi kekasihnya.Minju mula berdiri dari kerusi batu tersebut.Tak sanggup dia lama-lama tengok public porn kat sini.

" Take care Babykook.By the way,
Park Tinju jangan nak gedik-gedik dengan Jungkook okay? Dia masih boyfriend aku walaupun kau dah nak together gether dengan dia.

Kekasih Jungkook terus beredar meninggalkan aku dan Jungkook.Nasib lah dia dah pergi.Baru je aku nak bagi dia makan kasut aku ni.Sesedap hati je tukar nama aku jadi Park Tinju.
Aku pandang Jungkook yang sedang pandang aku. Aku jeling dia dan terus pergi ke tempat parking kereta.

Beep!

Sebaik saja masuk ke dalam kereta, dia terus alihkan pandangan ke luar tingkap.

" Marah??Tanya Jungkook.

" Dah tentulah saya marah! Lepas ni awak jangan bawak saya keluar pergi mana-mana lagi.Dah tahu ada date kenapa nak bawak saya.Dalam hatinya sibuk menyumpah Jungkook.

" Aku tak ingin pun nak bawak kau keluar. Tapi omma aku yang paksa. Lagipun memang sepatutnya aku ada date harini. Yang tadi tu kekasih aku,
Lee Minyoung . "

" Saya tak ada tanya pun nama dia.
Nama macam umbrella je.
Lee Payoung." 

Minju tertawa kuat sambil bahu Jungkook yang sedang memandu di tepuk-tepuk. Apabila dia sedar dia seorang yang gelak. Terus cover cun!

" Tak kelakar eh? tanya Minju untuk menghilangkan rasa kekok.

" Semalam kau lari sampai ke Daegu buat apa? Minju terdiam.  Aigoo ini anak Jeon tak ada benda lain ke nak tanya?

" Jalan-jalan makan angin. " Jawapan minju buat Jungkook berdecit sinis.

" Tak payahlah nak menipu aku.Aku dah tahu la yang kau pergi cari buah hati kau kat Daegu tu. Tapi dia curang kan?

" Macam mana awak tahu??
Park Jimin? "

Dah agak dah. Mesti si pendek tu yang bagitau si arnab jongang ni pasal aku lari pergi Daegu semalam.Minju mengepal penumbuknya. Tunggulah kau Jimin.Aku lenyekkan kau,biar jadi kerdil selama-lamanya.

" Dah sampai. Turun. " Minju menjeling Jungkook.

Minju cepat-cepat turun dari kereta Jungkook. Kelihatan Jimin sedang berdiri dibalkoni rumah sambil melambai ke arahnya. Minju menjeling dan terus masuk ke dalam rumah.

                      ***********
Puan Jeon Nutella yang sedang duduk diatas sofa bangun apabila anak lelakinya pulang. Terus dia tarik tangan Jungkook untuk disebelahnya.

" Macam mana tadi? Kamu layan Minju baik-baikkan? Kamu dating kat mana? bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puan Jeon Nutella.

" Okay je. Tadi kook bawak dia dating kat restoran.Nak berkenalan dulu dengan dia.Lepastu pergi taman berpegangan tangan macam sweet couple selalu buat tu. "

Puan Jeon mula tersenyum mendengar kata-kata Jungkook.Padahal, semua yang dikatakan adalah dusta semata-mata. Yang betul cuma bawak makan kat restoran je. Itupun dia banyak main telefon dari berborak dengan Minju.

Dan yang selebihnya tu dia buat dengan Lee Minyoung. Dasar Jungkook arnab kuat sembang!!

" Layan dia baik-baik ya Jungkook. Lusa ni kamu akan teruskan majlis tu kan? Jangan sampai dia lari lagi
okay?

                        ********
Gambar didalam galeri telefon pintarnya ditatap. Rindu pada gadis yang berada dalam gambar tersebut. Dia membuang pandangan kosong ke arah televisyen dihadapannya pula.

Wajah gadis tersebut sentiasa
berlegar-legar difikirannya. Pasti gadis cantik itu sudah melupakan dirinya.

"Kau dah berjaya buat dia bencikan kau Taehyung. Berhenti fikirkan dia lagi!" Taehyung mengetuk kepalanya yang terbayang Park Minju.

Flashback<<

Sebuah lori putih menjadi tatapan mata Taehyung yang sedang berdiri di balkoni apartmentnya. Berkerut dahinya melihat seorang gadis turun dari lori tersebut dengan memakai dress perkahwinan.

Cantik!

Tapi apa dia buat kat Daegu?!
Bukankah malam ini dia akan menjadi isteri orang?

" Taehyung aku balik dulu okay. Dah malam sangat ni. ujar Miyeon yang baru selesai membantu mengemas sedikit ruang tamu Taehyung kerana sambutan party yang Taehyung buat.

" Miyeon tolong aku... " Taehyung diam sebelum menceritakan semua tentang dirinya dan Park Minju. Miyeon terangguk-angguk dan setuju dengan cadangan Taehyung.

" Taehyung... " Panggilan Minju tidak diendahkan. Cepat-cepat saja dia memeluk pinggang Miyeon apabila mendengar bunyi kuakan pintu biliknya.

" Ahahahhaha stop it Kim Taehyung. "
Tertawa Miyeon akibat geli kerana bibir Taehyung merayap disekitar lehernya.

" TAEHYUNG!! " Jeritan milik Park Minju yang bergema diruangan balkoni itu buatkan Taehyung berhenti dari mencium leher Miyeon.

Dapat dia lihat pelupuk mata gadis yang dia cintai itu berkaca-kaca.
Dia betul-betul lemah..kalau perempuan tu menangis.

Saat Taehyung menerima tamparan dari Park Minju, dia sedar yang dia akan kehilangan Minju.

'Maafkan aku Park Minju.'

Tbc

Runaway bride Where stories live. Discover now