~•~•~•~•~•~•~•~" Bride may kiss. " Jungkook berdiri dihadapan Park Minju yang sudah sah bergelar sebagai isterinya. Veil yang menutupi wajah kecil gadis itu diangkat.
Dagu gadis tersebut diangkat supaya mendongak memandang wajahnya.Tangan kirinya menarik pinggang ramping milik Minju.
Kepala disengetkan lalu dirapatkan wajahnya kearah Park Minju.Cepat-cepat Minju menutup kedua-dua matanya. Digenggam hujung gaun perkahwinan nya dengan erat sebaik saja bibir Jungkook mendarat pada dua ulas bibirnya yang bercalit lipstick. Kedengaran tetamu mula bertepuk tangan.
Minju berfikir sama ada dia patut membalas ciuman tersebut atau tidak.Baru saja dia mahu membalas ciuman tersebut,cepat-cepat saja jungkook melepaskan ciuman tersebut.
" Jangan berani kau nak cium aku. Kau tak layak. " bisik Jungkook sebaik saja ciuman tersebut dileraikan. Minju mula speechless. Sekarang ni siapa yang cium siapa?
* * * * * *
Ternganga luas mulut Minju melihat kediaman Jungkook sebaik saja kereta mewah milik Jungkook memasuki sebuah penthouse yang mewah." Wah ini rumah awak ke? " Jungkook pandang sekilas wajah Minju disebelahnya.
" Jadi? Kau ada nampak ni macam rumah kebajikan ke? " Minju mencebikkan bibirnya. Tanya sikit pun tak boleh.
" Kita duduk kat sini ke? " Jungkook pandang Minju tajam. Banyak tanya betul.
" Jadi kau nak duduk mana?
Bawah jambatan? Kalau kau nak duduk bawah jambatan, duduklah sorang-sorang. " Jungkook disebelah dijelingnya. Eee menyampah betul dapat shubenn macam ni.Cepat-cepat Minju membuka pintu kereta. Malas mahu lama-lama duduk dengan arnab jadian ni.
Drtt... Drttt...
" Hello sayang.. sekarang ke? Okay kook datang sekarang. Bye. " Minju mencemikkan bibir. Reti pulak cakap elok-elok.
" Kau turun dari kereta aku sekarang. Ambil bagasi kau sekali. "
Jungkook tolak bahu Minju supaya keluar." Eee janganlah tolak saya. Saya nak keluar la ni!! ". Jungkook endahkan Minju. Bahunya ditolak lagi.
Minju terus keluar dari kereta Jungkook dengan perasaan geram.Pap!!
Pintu kereta ditutup kasar. Baru saja mahu mengambil bagasi di tempat duduk belakang, kereta Jungkook terus bergerak pergi.
YOU ARE READING
Runaway bride
Fanfiction''Aku tak bergurau. Lagipun tak ada siapa yang suruh kau jadi Runaway Bride." Jeon Jungkook & Park Minju _____________________________ Scarlet_Tae storyline• Beautiful cover from @heyitsnochukook❤️ Warning ⚠️ Dilarang mengcopypaste fanfic ini!! Co...