A/N : sebab banyak komen chap lepas. Nah I lanje awak semua chap5. (๑ิټ ิ)
__________[Incheon International Airport ]
Minju memandang Jungkook disebelahnya. Lelaki itu sedang mencari seseorang, tapi siapa? Sampai dia diheret ikut sekali ke sini.
" Jungkook awak cari siapa? Dari tadi kita berdiri kat sini. Tak penat ke?
Jom pergi makan." Jungkook menjeling Minju. Bising betul dia ni." Oppa!! " jeritan gedik seorang gadis kedengaran. Minju memandang gadis tersebut sedang berjalan ke arahnya dan jungkook.
" Oppa i miss you!!! " sebaik saja tiba dihadapan Jungkook. Dia terus melingkar tangan dileher Jungkook, kaki dijengketkan lalu dicium
bertalu-talu pipi Jungkook." Yah jangan cium aku lah budak!! Lipstick kau melekat nanti. " Jungkook sedaya upaya melepaskan rangkulan adiknya itu.
" Tch, kau ingat aku nak cium sangat pipi kau tu ke? Pipi berjerawat!
Ni minyoung unnie ke? Woahhh unnie makin cantik. "Membulat mata Minju bila tiba-tiba gadis itu memeluknya sambil memanggil nama Minyoung.
" Kau ni baru belajar kat America tu baru 4 tahun. Kau dah lupa muka Minyoung ke? Ini isteri aku,
Park Minju. "" Isteri?!! "
"Yes, Jeon Jungyeon. "
* * * * * * *
" Macam mana oppa boleh kahwin dengan perempuan tu? Yeon ingat oppa kahwin dengan Minyoung unnie."
Jungyeon mula mengajukan soalan selepas Minju meminta diri untuk ke tandas." Omma yang suruh kahwin. Dia taknak Minyoung yang jadi menantu dia. Banyak lah kekurangan Minyoung kat mata omma tu. "
" Jadi Minju tu? Banyak kelebihan? Berapa umur dia? "
" 19 tahun. " Tercengang Jungyeon mendengar jawapan Jungkook. Perempuan tu terlalu muda untuk berkahwin.
Sedangkan dia,.... umur 24 tahun pun tak jumpa jodoh lagi ")
" Bukan ke dia terlalu muda untuk oppa? Jadi Minyoung unnie macam mana, dia okay ke oppa kahwin dengan perempuan tu? "
" Sejak aku kahwin ni dia selalu merajuk lepastu paksa aku tidur dekat rumah dia. " Jungkook mengeluh apabila teringat Minyoung.
" Ni semua salah Minju tu la!! Tak malu ke rampas namjachingu orang?!
Tak laku la tu. Sebab tu lah dia kahwin dengan oppa. Dasar perempuan gatal. Nasib dia pergi tandas. Kalau tak dah lama yeon ummphh-- "Cepat-cepat Jungkook menekup mulut Jungyeon sambil matanya dilirikkan ke belakang Jungyeon. Jungyeon menoleh memandang Minju yang berdiri di belakangnya. Terus dia jeling Minju.
* * * * * * *
Tombol pintu bilik Jungkook dipulas perlahan oleh Minju. Inilah yang terjadi selama seminggu adik Jungkook ditinggal di penthouse itu. Dia terpaksa tidur sebilik, sekatil dan seselimut dengan Jungkook.
YOU ARE READING
Runaway bride
Fanfiction''Aku tak bergurau. Lagipun tak ada siapa yang suruh kau jadi Runaway Bride." Jeon Jungkook & Park Minju _____________________________ Scarlet_Tae storyline• Beautiful cover from @heyitsnochukook❤️ Warning ⚠️ Dilarang mengcopypaste fanfic ini!! Co...