Setelah 2 bulan berlalu, Miss Bibik ingin meluahkan perasaan sukanya terhadap Mister Bobok.
Dia berfikir bahawa apa yang boleh dilakukan. Setelah berfikir sejenak, datang satu idea kepadanya. Dia berfikir bahawa jika dia masakkan makanan untuk Mister Bobok.
Dia bertanya kepada ibunya "Ibu...Apa masakan yang sesuai untuk saya bawak esok?".
"Kenapa ada pertandingan memasak ke?"tanya ibu.
"Tak de lah. Cuma nak bagi kat kawan" jawab dia.
Ibunya berkata "Oh...Mungkin adik boleh bawak Nasi Goreng...".
"Bagus jugak idea tu" kata Miss Bibik."Ok esok adik akan masak Nasi Goreng untuk kawan-kawan" tambahnya lagi.
Keesokan harinya Miss Bibik terbangun lambat.Dia terlalu gopoh kerana tinggal 30 minit sahaja sebelum waktu persekolahan bermula.
Dia memasak Nasi Goreng tersebut dengan perasaan ingin cepat.Namun begitu, dia terlupa membuka api gas. Dia sangat marah pada dirinya. Namun begitu, dia tetap meneruskan masakannya. Akibat perasaan gopoh, dia telah menumpahkan gula ke dalam Nasi Goreng tersebut. Dia tidak perasan bahawa dia tertumpahkan gula. Dia terus membungkus Nasi Goreng tersebut.Dia kemudiannya salam tangan ibunya dan terus ke sekolah. Malang sekali, dia telah didenda kerana lambat sampai di sekolah.
Manakala di rumah, ibunya hairan kerana melihat dapurnya seperti selepas ribut. Ibunya terlihat bahawa banyak gula bersepah di atas dapur. Dia melihat ke arah balang gula. Dia terkejut melihat gulanya tinggal 1/10 isi bekas sahaja. Dia berfikir bahawa anaknya telah menumpahkan gula ke dalam masakannya tadi. Ibunya melihat Nasi Goreng yang lebih. Ibunya merasa Nasi Goreng tersebut. Ibunya terludahkan semula Nasi Goreng tersebut kerana ianya terlalu manis.
Jam menunjukkan 4.50 petang. Ianya masa untuk rehat. Sebelum Mister Bobok keluar rehat, Miss Bibik memberikan Nasi Goreng yang dimasaknya pagi tadi. Mister Bobok mengambil makanan tersebut.
Mister Bobok telah duduk di tempat makan berdekatan dewan sekolah. Dia pun dengan rasa senang hati memakan Nasi Goreng tersebut. Setelah merasa Nasi Goreng tersebut sesudu, dia menyuruh rakan rakannya merasa sekali. Dia juga memberitahu bahawa ianya sedap. Oleh itu, kawan kawannya merasa Nasi Goreng tersebut.
Ketika mereka sibuk merasa Nasi Goreng tersebut, Mister Bobok meludahkan Nasi Goreng tersebut. Seorang demi seorang merasa Nasi Goreng tersebut. Namun mereka marah pada Mister Bobok kerana menipu. "Bapak manis Nasi Goreng ni. Sampai boleh kene kencing manis dowh" kata kawannya.
Mister Bobok hanya bergelak sendiri mentertawakan rakan rakannya.
Jam telah masuk pukul 5.30 petang. Mereka masuk ke kelas untuk meneruskan pembelajaran.
Setelah Miss Bibik masuk ke kelas, Mister Bobok terus berkata kepadanya "Kau masak Nasi Goreng tadi sedaplah".Dia memulangkan bekas yang diisi Nasi Goreng tadi.
Tiba tiba kawannya mencelah "Bukankah Nasi Goreng tadi..." Mister Bobok menutup mulut kawannya supaya tidak terlepas cakap.
"Sangat sedap" kata Miss Bobok.
"Ok" kata Miss Bibik.
"Kau janganlah jujur sangat.Kang terasa hati dia" kata Mister Bobok secara perlahan kepada kawannya.
6.40 petang merupakan waktu tamat persekolahan. Masing masing pulang ke rumah. Apabila Miss Bibik sampai di dalam kereta, ibunya memberitahu bahawa Nasi Goreng yang dimasaknya tadi sangat manis.
Miss Bibik pelik dan hairan bahawa Mister Bobok dan kawannya berkata bahawa ianya sangat sedap.
Sampai di rumah, dia merasa Nasi Goreng tersebut. Dia merasakan ianya sangat manis.
Pada malam itu, Miss Bibik meminta maaf tentang Nasi Goreng tersebut kepada Mister Bobok. Dia berjanji bahawa dia akan memasak Nasi Goreng yang baru untuk Mister Bobok esok.
Keesokan harinya, Miss Bibik berjaya bangun awal. Dia dengan senangnya memasak Nasi Goreng yang baru. Dia membungkus Nasi Goreng tersebut.
Setelah itu, dia bertolak ke sekolah. Setelah sampai di sekolah, dia memberikan Nasi Goreng tersebut.
"Kau pasti ke yang Nasi Goreng ni tak manis lagi?" tanya Mister Bobok.
"Tak. Aku pasti ianya tak terlalu manis" jawab Miss Bibik.
Pada waktu rehat, Mister Bobok merasa Nasi Goreng tersebut. Alhamdulillah Nasi Goreng tersebut sedap. Ianya dipuji oleh kawan kawannya juga.
Mister Bobok berterima kasih kepada Miss Bobok untuk Nasi Goreng tadi. Dia juga memuji atas kesedapan Nasi Goreng tersebut...
YOU ARE READING
Miss Bibik vs Mister Bobok
RomanceSi Bibik dan Si Bobok selalu bergaduh sesama sendiri. Saksikan ape yang akan terjadi kepada mereka....