Pada 13 Ogos...
Pagi itu Miss Bibik bangun dengan ceria nya kerana ianya hari perkahwinan nya bersama lelaki misteri...
"Haih... Mintak mintak lah suami aku ni memang sesuai untuk aku" kata Miss Bibik.
Miss Bibik masuk ke bilik air untuk mandi. Kemudian dia turun ke bawah untuk bersarapan.
"Wahh... Ceria nya anak mama ni... Ada apa apa yang gembira ke?" tanya mama nya.
"Ish mama ni... Takkan dah lupa... Kan hari ni N nak kahwin dah" jawab Miss Bibik.
"Owh ye... Mama hampir terlupa pulak... Nanti lepas makan terus siap tau... Majlis nya mula pukul 10 pagi... So mama tak nak N lambat" kata mama nya.
"Baik mama..." jawab Miss Bibik.
Selepas itu, kawan nya yang bersama di Universiti Serdang sampai ke rumah nya untuk membantu Miss Bibik bersiap.
Miss Bibik terus naik ke bilik nya untuk bersiap. Dia di temani oleh Amarah kawan Universiti nya.
"Kau dah tau ke siapa suami kau?" tanya Amarah.
"Itu lah... Aku masih tak tahu... Cuma aku harap dia tu sesuai untuk aku" jawab Miss Bibik.
"Hmm... Cuma hari tu... Aku ada terdengar yang papa and mama kau cakap yang suami kau tu pilihan kau sendiri" kata Amarah.
"Hah!! Aku pun tak tahu siapa suami aku, kenapa kata aku punya pilihan pulak?" tanya Miss Bibik.
"Aku tak tahu tapi maybe kau yang tergila gilakan sangat mamat ni sampai papa and mama you tahu... So sebab tu diorang kata ini pilihan kau" jawab Amarah.
"Hmm... Setahu aku, aku cuma tergila gilakan I sahaja..." bisik Miss Bibik.
"Hah... Apa dia?" tanya Amarah kerana tidak berapa dengar.
"Eh... Mana ada apa apa... Aku cuma cakap yang lawa lah kau make up aku" kata Miss bibik.
"Ehehe... Tengok lah hasil tangan siapa kan..." kata Amarah dengan megah nya.
"Hahaha... Eh cepatlah... Dah pukul 9 dah ni... Takut lambat pulak..." kata Miss Bibik.
"Ok" kata Miss Bibik.
Mama dan papa Miss Bibik telah bersiap dan telah siap mengemas untuk majlis tersebut. Keluarga pengantin lelaki juga telah tiba di depan rumah.
"Assalamualaikum" mama Miss Bibik memberi salam.
"Waalaikumsalam" jawab tetamu tetamu nya.
"Haa... Mari lah masuk... Jangan malu malu..." mama nya memperlawa tetamu tetamu untuk masuk ke rumah nya.
Semua tetamu masuk ke rumah untuk makan dahulu.
"Hah... Makan lah dulu... Sementara tunggu Tok Kadi..." kata mama Miss Bibik.
Semua tetamu nya makan dengan berselera... Beberapa minit selepas itu, Tok Kadi sampai ke rumah nya.
"Assalamualaikum..." Tok Kadi memeberi salam.
"Waalaikumsalam" jawab mereka...
Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Pengantin lelaki telah sampai dan juga pengantin perempuan.
"Hah... Dia... Suami aku..." kata Miss Bibik.
"Hah... Dah kenapa pulak? Tak suka?" tanya papa nya.
"Mana ada. N suka. Kahwin lah cepat" kata Miss Bibik.
Semua tetamu mentertawakan terlatah Miss Bibik. Rupa rupanya ianya Mister Bobok...
Miss Bibik teringat semula yang Mister Bobok bukan suami nya. Tetapi dia hanya menganggap ianya hanya kejutan buat nya...
"Ok semua sedia?" tanya Tok Kadi.
"Sedia" jawab Mister Bobok.
"Hantaran cukup?" tanya Tok Kadi.
"Cukup" jawab Mister Bobok.
"Ok... Kita mulakan sekarang ya" kata Tok Kadi.
"Baiklah" jawab mereka.
"Erhhhemmm" Tok Kadi berdehem.
Tok Kadi: Muhammad Irfan Bin Mohamad Zaki...
Mister Bobok: Ya saya...
Tok Kadi: Aku nikahkan dikau dengan Nur Nadrah Wafiah Binti Roslan dengan mas kahwinnya RM850 tunai...
Mister Bobok: Aku terima nikahnya Nur Nadrah Wafiah Binti Roslan dengan mas kahwinnya RM850 tunai...
Tok Kadi: Sah??
Tetamu lain hanya menganggukkan kepala...
Tok Kadi: Alhamdulillah...
Tok Kadi membacakan doa dan yang lain mengaminkan...
MISS BIBIK DAN MISTER BOBOK DAH KAHWIN??!!! DAH HABIS KE MISS BIBIK VS MISTER BOBOK??!!!BELUM LAGI... BANYAK LAGI KONFLIK AKAN BERLAKU... TUNGGU DI CHAPTER SETERUSNYA...
***SEKIAN TERIMA KASIH***
![](https://img.wattpad.com/cover/163639323-288-k524068.jpg)
YOU ARE READING
Miss Bibik vs Mister Bobok
RomanceSi Bibik dan Si Bobok selalu bergaduh sesama sendiri. Saksikan ape yang akan terjadi kepada mereka....