"Mama... Siapa bakal suami N?" tanya Miss Bibik.
"Entah lah... Yang mama tahu dia tu lelaki" jawab mama nya.
"Apa benda mama ni... Kalau cam tu N pun tau" keluh Miss Bibik.
Mama nya keluar dari bilik Miss Bibik. Mama nya terus ke dapur untuk menyiapkan minum petang...
Petang itu...
Miss Bibik mendengar telefon bimbit nya berdering...
"Hello... Assalamualaikum..." Miss Bibik mengangkat panggilan.
"Waalaikumsalam... Ni saya... Saya nak tanya... Macam mana dengan majlis tunang tengah hari tadi?" tanya Mister Bobok.
"Hmm... Ok je... Semua berjalan lancar..." jawab Miss Bibik.
"Hah... Bagus lah tu... Nampaknya jodoh awak tu sesuai dengan awak... Awak dah tahu ke siapa bakal suami awak?" tanya Mister Bobok.
"Hmm... Masih tak tahu... Agak nya siapa lah ya?" keluh Miss Bibik.
"Owh tak pe lah macam tu... Saya kena pergi ni... Bye... Assalamualaikum..." kata Mister Bobok.
"Waalaikumsalam... Bye..." kata Miss Bibik.
Setelah itu, Miss Bibik terus turun ke bawah untuk minum petang...
"Mama... Ada apa je untuk minum petang ni?" tanya Miss Bibik.
"Hari ni mama buat cheese cake... Kegemaran N..." jawab mama nya.
"Wah... Sedapnya..." kata Miss Bibik.
Dia terus makan cheese cake tersebut. Kemudian dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Mama nya juga ikut.
"Mama nak tanya... Tak pe ke dengan bakal suami kamu yang dipilih oleh mama and papa?" tanya mama nya.
"N tak kisah pun... Dah jodoh and takdir N... Nak buat macam mana" jawab Miss Bibik.
Mama nya hanya tersenyum... Mereka berdua menonton rancangan televisyen kegemaran nya.
Entah macam mana Miss Bibik terbayangkan Mister Bobok sebagai hero dalam cerita tersebut. Dia menggosok mata nya bagi memastikan ianya hanya hayalan. Rupanya ia memang suatu hayalan...
Setelah menunaikan solat maghrib, Miss Bibik duduk di atas katil nya lalu terlena. Dia terbayangkan perkahwinan nya nanti bersama Mister Bobok.
Kemudian, dia terjaga...
"Huh... Owh... Mimpi je rupanya..." kata Miss Bibik.
Dia terfikir bahawa kenapa dia selalu terfikirkan Mister Bobok. Dia ambil kesempatan itu untuk menelefon Mister Bobok.
"Hello... Assalamulaikum..." kata Miss Bibik.
"Waalaikumsalam... Ada apa call saya ni?" tanya Mister Bobok.
"Saya cuma... Nak tanya kat awak... Kenapa awak selalu tanya saya tentang siapa bakal suami saya... Awak tahu ke?" tanya Miss Bibik.
"Tak... Dah semesti nya saya tak tahu... Kenapa?" jawab Mister Bobok.
"Saya cuma... Ermm... Entahlah... Sejak dua menjak ni saya selalu terbayang kan wajah awak... Tu yang saya nak tanya awak kalau kalau awaklah lelaki bertuah untuk jadi suami saya tu..." kata Miss Bibik.
"Owh... Biasa lah tu... Dah kalau saya ni handsome... Sapa je yang tak rindu kat saya..." kata Mister Bobok.
"Awak ni main main lah... Jawab lah soalan saya tu" kata Miss Bibik.
"Soalan apa eh?" tanya Mister Bobok.
"Haih dia ni... Handsome tapi pelupa" bisik Miss Bibik.
"Apa dia?" tanya Mister Bobok kerana tidak berapa dengar.
"Tak de apa apa lah. Soalan saya... Awak ke lelaki yang bertuah untuk jadi suami saya?" kata Miss Bibik.
"Tak kan lah saya pulak... Kalau saya lah bakal suami awak... Saya dah bagitau awak awal awal dah" jawab Mister Bobok.
"Owh ye ke... Tak pe lah... Saya nak kena pergi bawah ni... Mama panggil" Miss Bibik cuba mengelat.
"Owh... Kalau macam tu tak pe lah... Assalamualaikum..." kata Mister Bobok.
"Waalaikumsalam" kata Miss Bibik.
Miss Bibik menghabiskan panggilan tersebut...
***SEKIAN TERIMA KASIH***
YOU ARE READING
Miss Bibik vs Mister Bobok
RomantizmSi Bibik dan Si Bobok selalu bergaduh sesama sendiri. Saksikan ape yang akan terjadi kepada mereka....