chap 42

6 1 0
                                    

MIA POV

"macam mana dengan mia?macam mana dia boleh masuk hospital?"

aku yang baru sedar dari tidur terdengar suara yang aku kenal.ia itu suara nenek,nenek datang malaysia.nenek membuka pintu wad milikku dan meluru kearahku.

"mia?kamu tak apa-apa nak?"kata nenek kerisauan melihat diri aku yang terbaring lemah diatas katil.

"mia okay je nek"balas aku dengan ketawa kecil.kerisauan tampak jelas diwajah datuk dan nenek.

"apa yang okaynya sampai masuk hospital,dari dulu nenek dah kata jangan ambil jurusan ganas macam ni.awak tu perempuan tak perlu ambil benda-benda macam nii."balas nenek sambil tangannya mengurut lembut lenganku.hailah nenek risau sangat.

"nenek,mia dah terbiasa dengan benda-benda macam ni.mia suka jurusan ni sebab mia boleh selamatkan orang dan mia boleh protect diri mia."aku meletakkan tangan di atas tangan tua nenek,cuba untuk memujuk dirinya yang risau.

"hailah kamu ni,sama je dengan ayah kamu degil,taknak dengar cakap langsung"satu cubitan hinggap di lenganku.aku mengaduh manja dan membaringkan kepala dibahu nenek memandangkan nenek duduk disebelah aku.

"nenek jangan lah risau mia kan dah besar,lagipun faiz ada dia boleh tengok-tengokkan mia dekat sini.ehh tapi nek,mana nenek tahu yang mia masuk hospital?"tanyaku sambil melihat tangan nenek yang sudah terlihat urat hijaunya.

"faiz yang bagitahu nenek.hampir tercabut jantung nenek dengar kamu masuk hospital tau tak?"bebel nenek.sudah menyesal aku buka topik ini.

"sekarang nenek takyah risau lagi.mia dah okay dah"jawabku bersama sengihan dibibir.ingin saja aku cerita dengan nenek tentang masalah yang aku hadapi sekarang tapi aku taknak nenek risau tambah lagi dengan aku yang masih dihospital.

"selagi kamu berada dalam hospital selagi itu kamu belum sihat.faham?"nenek memang tegas dalam hal kesihatan,sebab itu dia sihat dan kuat sampai sekarang.

sedang aku berborak dengan nenek terdengar suara yang kuat dari arah luar seperti sedang memarahi seseorang.nenek mahu bangun untuk melihat tetapi aku halang kerana aku tahu empunya suara.ya itu suara hakim,aku tak tahu dia mahu apa kali ini.

tiba-tiba pintu dirempuh kasar oleh hakim,aku terlihat nurse yang sering menjaga aku tertunduk.mungkin takut dimarah,tangannya juga merah akibat menahan pintu daripada dibuka oleh hakim.

"maaf mia,saya dah halang tapi---"kata nurse itu ketakutan.tetapi laju aku memotong kata-katanya.

"tak apa nurse awak boleh buat kerja,ah jangan lupa letak ubat dekat tangan awak.takut melarat pula"kataku tanpa memandang muka hakim dan hanya menumpu pada nurse perempuan tersebut.nurse tersebut membelek tangannya yang merah sebelum melangkah keluar meninggalkan wad.

"mia"hakim memanggil tetapi aku tidak menyahut,hati aku masih lagi sakit dengan kata-kata dia kelmarin.cakap tak serupa bikin,itulah manusia tidak mahu periksa dahulu tahu melulu saja.

hakim mencuba sekali lagi memanggilku.nenek sudah lama minta diri,katanya mahu beri ruang pada kami berdua.heh dengan hakim tidak perlu bagi ruang ianya tiada guna pun.

hakim datang mendekat dengan katilku.entah mengapa kini ego aku makin meninggi mungkin kerana hakim menuduh ibu dan ayah aku sembarangan.hakim cuba untuk mencapai tanganku tetapi laju aku melarikan tanganku,hati aku langsung tidak mahu melihat hakim.

"mia,aku minta maaf aku tahu aku tak patut berkasar dengan kau,aku tak patut tuduh kau macam tu.aku tahu aku salah mia,aku tahu kau marahkan aku dan mungkin sekarang kau dah bencikan aku tapi tolong jangan tinggalkan aku."rayu hakim disebelah katilku.jelas raut wajahnya menampakkan dia menyesal.tetapi hati aku masih ragu-ragu untuk memaafkan,aku sendiri tidak pasti dengan diri aku sama ada mahu memaafkan atau tidak.

"it's too late hakim.kau dah buat hati aku sakit,kau hina ibu ayah aku.aku tak kisah kalau kau nak hina aku tetapi jangan ibu dan ayah aku.diaorang tak salah,jadi jangan pernah salahkan mereka.jangan pernah hina mereka."balasku dengan suara yang bergetar menahan sebak di dalam hati.siapa je yang tidak sedih apabila keluarga sendiri dihina dan difitnah.

"maafkan aku mia,tolong bagi aku peluang kedua.aku akan berubah,please mia"rayu hakim lagi.aku tidak tahu mahu bagi keputusan apa sedangkan hati aku masih lagi keliru.

"beri aku masa"balasku lalu aku baring membelakangi hakim dan menarik selimut hingga paras leher.air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi.aku mengesat airmata kasar,tidak mahu terlihat lemah didepan hakim.

TBC~

hello i'm back you guyss,haaa ni dah update maaf le dah lama tak update lepas pt3 idea kering.mungkin otak dah tertinggal dekat dewan exam kot.hahahaha.okay lah enjoy okayyy.bubyeee ;)


Rescue GirlWhere stories live. Discover now