chap 33

6 0 0
                                    

HAKIM POV

mencintai tidak semestinya memiliki itulah yang aku alami sekarang.mencintai seorang gadis yang tersangat cantik walaupun sifatnya ganas..aku mengeluh perlahan

"woi..menung apa tuhh..makanan dah hampir siap"-kamal

"hah..tak ada pape lah..cuma aku fikir macam mana nak pujuk mia balik malaysia semula"

"yeke..ke kau tengah sedih sebab mia?"-kamal

"macam mana kau tahu..ni mesti dayah bagitahu kau kan"

"bro..aku ni kawan kau,aku kenal kau macam mana..dah kalau muka macam kena tinggal awek sape je yang tak tahu.dari jauh dengar kau mengeluh tau"-kamal

"hmm..nak buat macam mana dia tak terima aku..pintu hati dia masih belum terbuka untuk terima aku"

aku mengeluh buat kali keduanya..

"kau dah confess dengan dia ke?"-kamal

"dah..tapi tulah dia suruh aku bagi dia masa,itu aku tak kisah sangat..memang aku boleh bagi dia masa tapi kau tahu dia kata dia takut aku ni sama macam hafiz..dia takut aku cintakan dia hanya kerana dia ada harta..aku betul betul ikhlas dengan dia.."

"lahh..dia suruh kau bagi dia masa untuk dia berfikir..kau dah lupa ke dayah cakap dekat kau pasal mia,dia akan suruh orang tu bagi dia masa dan dia akan tengok macam mana kau punya perangai..perempuan biasalah mula-mula memang dia overthinking sikit tapi nanti lama-lama dia tahu lah kau ni macam mana.."-kamal

"hmm..berapa lama aku kena bagi dia masa?"

"terpulang pada dia..kalau kau rasa kau dah tak tahan atau dia tolak kau..bunga bukan sekuntum bro"-kamal

"tapi aku taknak bunga yang lain..aku nak bunga yang ada sekarang ni"

"haih lah hakim..berat betul masalah kau ni..macam ni lah kau bagi je dia masa..nnti bila dia dah betul-betul ready dia akan bagitahu kau sendiri..dah kau tak payah fikir sangat lah"-kamal

"wahh kamal sejak bila pandai beri nasihat kat orang ni..biasanya kalau orang ada masalah kau buat bodoh je"

"semenjak aku dengan dayah"-kamal

kamal mula tersenyum sumbing..ada saja si kamal ni,dayah mula memanggil kami berdua untuk santapan malam..macam mana aku takut untuk  bertembung dengan dia

aku dan kamal mula melangkah masuk kerumah nenek dan berlalu pergi kedapur..semasa hendak pergi kedapur..aku terserempak dengan mia wajahnya ditundukkan..aku tak pernah tengok mia semalu ni..aku hanya mengikut mereka dari belakang..dan mengambil tempat berhadapan dengan mia..

END HAKIM POV

"mia..kenapa kamu senyap je ni..ada apa-apa ke?"-nenek

"ha..tak ada apa-apa lah nek..mia tengah fikir nak sambung belajar lagi atau tak lepas final exam nanti"-mia

"dari tadi kamu tak keluar bilik..bila makan kamu asyik menguis je nasi tuh tak jamah pun..lepas makan kamu terus masuk bilik..ada apa-apa yang kamu sorok dari nenek ke?"-nenek

"eh,tak ada lah nek..mia tengah bendera jepun,mia kena senggugut tu yang makan pun tak ada selera..maaflah kalau nenek terasa ye..lagipun mia rasa tak berapa nak sedap badan ni"-mia

mia cuba mengukirkan senyuman yang manis walaupun hambar..memang betul dia berasa tidak sedap badan..kepalanya terasa sangat berat..kalau makan terasa mahu terkeluar semula tetapi dia tetap gagahkan untuk makan supaya neneknya tidak berasa hati dengannya

"yelah..nanti lepas makan kamu makan ubat ye"-nenek

"baik nek"-mia

selesai makan mia berasa tersangat pening..keadaan di sekelilingnya seakan berpusing dengan laju..mia gagahkan diri untuk pergi ke dapur untuk mencuci pinggan..mia berpaut pada meja dan kerusi untuk bergerak..

setibanya di dapur keadaan sekeliling mula menjadi dua di mata mia..kalini kepalanya semakin memberat..pandangan mula menjadi kabur dan gelap..akhirnya mia terjatuh kelantai..hakim yang baru sahaja sampai di dapur ternampak mia yang terbaring lemah di atas lantai terus ke arah mia..

"mia..mia bangun,ni aku hakim"-hakim

masih tiada jawapan dari mia..mujur sahaja dia sudah basuh tangan di meja makan tadi..memeang nenek ada sediakan air untuk basuh tangan di meja..hakim terus mengangkat mia untuk di bawa ke bilik..setibanya di ruang tamu semua kelihatan terkejut lagi-lagi nenek mia..neneknya berlari mendapatkan mia..

hakim mula meletakkan mia di atas katil sesekali dia mengusap lembut kepala mia..memang badan mia sangat panas,tidak lama selepas itu nenek datang bersama semangkuk air dan tuala kering di tangan..nenek mula membasahkan tuala tersebut dan meletakkan di atas kepala mia..

wajah mia yang manis itu ditatap lama oleh hakim..wajahnya yang polos itu membuatkan hakim tersenyum seorang diri..nenek sudah lama beredar..katanya mahu ke farmasi untuk mencari ubat untuk mia..yang tinggal hanya hakim dan mia sahaja di dalam biliknya

"umi..ayah jangan tinggalkan mia..tunggu mia,mia nak ikut umi dengan ayah!!"-mia

hakim yang terlena disisi mia mula tersedar apabila mia menjerit..hakim mengangkat wajahnya dan melihat mia yang sudah berpeluh-peluh..hakim mula berdiri untuk membasahkan semula kain,baru sahaja hakim mahu melangkah terasa tangannya ditarik..dia memandang kearah tangannya..ternyata yang memegang tangannya ialah mia

"jangan tinggalkan aku..jangan pergi jauh dari aku"-mia

"okay..aku tak tinggalkan kau"-hakim

hakim kembali duduk sambil menggengam tangan mia..pertama kali dia merasa tangan mia,walaupun dia ganas tetapi tangannya terasa sangat lembut seperti seorang gadis yang sangat lembut..wajah mia kembali ditatap lembut oleh hakim

"apalah yang kau mimpi sampai berpeluh macam ni"-hakim

hakim mengelap peluh di dahi dan muka mia menggunakan tapak tangannya..wajah mia yang bersih tanpa sebarang jerawat itu dipegang lama..

"kau tahu tak kau makin buat aku jatuh cinta kat kau..macam mana aku nak buat aku terima kau...kau buat aku makin sayang dan taknak berjauhan dengan kau..kau tahu tak"-hakim

hakim menyentuh hidung mancung milik mia..wajah mia tersangat lembut seakan akan mia memakai losyen di muka..tangan kanannya masih setia di tangan mia..tangan kirinya pula sibuk mengelap bahagian muka mia yang berpeluh..nak kata di jepun panas tidak..tetapi kenapa peluh mia keluar tanpa henti..

"get well soon sayang..cepat sembuh,aku nak berbual and jawapan kau..aku tunggu ye"-hakim

pada keesokan paginya mia mula tersedar dari pengsannya..kepalanya masih terasa berat.matanya melilau kearah tingkap sampailah tertancap pada tubuh seseorang yang tidur sambil duduk di sisinya..tubuh yang sangat mia kenal tidur sambil menggengam tangannya..

"hakim..bangun kenapa kau tidur macam ni pergilah tidur dekat bilik kau"-mia

mia mengejut hakim dengan suaranya yang lembut kerana masih lemah..hakim mula gerak sedikit dan mengeliat di atas kerusi yang diduduki tersebut..hakim menoleh kearah mia dengan senyuman yang manis

"kau dah sedar?..kau rasa sakit kepala lagi tak?"-hakim

"masih terasa sikit..tapi nanti makan ubat dia okay lah tu..kau kenapa tidur sambil duduk sakit tengkuk tu nanti"-mia

"aku jaga kau semalam..aku lebih rela sakit tengkuk asal aku dapat jaga kau"-hakim

"dah-dah tak payah nak merepek.kau pergi balik bilik kau and rehat..kau tak payah risau pasal aku..aku taknak kau pulak yang jatuh sakit"-mia

"care jugak kau dekat aku..okay aku balik bilik..kalau kau nak apa-apa panggil je aku..lagi satu..apa yang aku cakap bukan merepek tapi benda tu betul.."-hakim

hakim mula melangkah keluar dari bilik mia dan menapak ke biliknya dengan sengihan yang lebar..manakala mia di dalam biliknya mula mengukirkan senyuman yang manis sambil menundukkan wajahnya yang kian memerah..

'terima kasih sebab baik dengan aku..aku akan balas cinta kau bila waktunya sampai'desis hati mia 

TBC~

selamat menyambut bulan ramadhan guyss :)

Rescue GirlWhere stories live. Discover now