HAKIM POV
Kepala aku terasa berat sangat,belakang badan masih terasa perit.mata cuba dibuka seluasnya tetapi mengambil masa.
"aku kat mana ni?"soalku seorang diri.setahu aku,aku berada di hospital tadi.tapi kenapa sekarang aku berada dekat satu bilik yang kosong,gelap,sunyi.aku cuba mengerakkan badanku tetapi ia seperti diikat kuat.
"tolongg!!sesiapa kat sini tolongg!!"jeritku kuat walaupun kepala masih berat dan sakit.tangan yang diikat pada belakang kerusi cuba dilepaskan tetapi terlalu ketat.
"tolongg!!"suara makin lemah,sungguh aku tiada daya tika inii.sesiapa yang ada dekat sini tolong lah akuu.
"hai sayang,dah bangun?"soal seseorang,wajahnya aku tak dapat lihat kerana bilik ini terlalu gelap.hanya ada satu lampu diatas aku.tapi suaranya aku kenal.
"siapa?tolong lepaskan aku"soalku bercampur dengan rayuan.cukuplah sekali diculik oleh raisya.kalini siapa pula
"hey,takkan dah lupa aku kot.oh aku lupa kau dah ada mia kan?"kata suara tadi,siapa dia ni tolong lahh
"siapa kau?!"perasaan marah semakin melonjak naik,adakah dia hanya mahu mempermainkan aku.
"ini rania hakim,takkan sekejap sangat kau lupa aku?"rania menghampiri aku yang masih terkial-kial mahu melepaskan ikatan pada tangan dan kaki aku.
"apa kau nak rania?apa yang kau tak puas hati?!"soalku bengang,bengang dengan perangai rania yang tak matang.penculikkan adalah satu kesalahan yang besar.
"kau tanya aku nak apa?of course aku nak kau.disebabkan perempuan yang bernama mia tu,kau tinggalkan aku.dan sekarang aku takkan lepaskan kau lagi"jawabnya dengan senyuman sinis.rania duduk diatas pehaku sambil mengusap pipiku lembut.ahh geli.
"kau tinggalkan aku hakim,kau pergi dekat dia.aku pindah sini sebab nak raih cinta kau semula tapi kau bodoh!!kau pergi dekat perempuan tak guna tu."katanya dengan suara meninggi,air matanya aku dapat lihat mengalir keluar dari tubir matanya.
"tapi bukan macam ni caranya rania,kau yang buang aku dulu."jawabku sambil menjauhkan mukaku dari usikan rania,sungguh aku geli.
"aku tak kira,aku culik kau sebab aku nak tengok sama ada kawan-kawan kau dengan kau punya kesayangan datang cari and selamatkan kau atau tak"jawabnya seraya bangun dari pehaku,fuh lega dah lah berat.kalau ringan tak apa lagi.ehh kalau ringan sekalipun aku tak rela dia duduk dekat peha aku.puihh
rania masuk kedalam satu bilik bersebelah dengan bilik aku.tetapi aku tak dapat lihat apa yang ada kat dalam tu.keadaan bilik tu sama dengan bilik aku,gelap.
END HAKIM POV
MIA POV
Aku dan anggota unit khas meleraikan tali yang diikat pada tubuh mereka.selepas itu aku mengarahkan mereka untuk keluar dari bangunan ini dengan diiringi beberapa orang anggota unit khas untuk mengawasi mereka.
semua sudah keluar kecuali adam,dia masih berdiri memandang aku.
"kenapa kau tak keluar lagi?cepat keluar tempat ni berbahaya tau tak?"soalku sambil memandang kearah pintu.
"mia.kau kena hati-hati,sebab rania dah ada buat plan.dekat bilik nombor lima ada ramai kuncu-kuncu dia.just be careful."katanya dengan wajah yang kelihatan risau.aku mengangguk menandakan aku faham dengan pesanannya.
aku,savage army bersama anggota unit khas bergerak perlahan ke bilik nombor lima,situasi diluar bilik kelihatan sangat sunyi,tiada dengar bualan atau percakapan.anggota unit khas mula merempuh pintu yang berkunci dan ia terbuka besar menampakkan hakim yang sedang duduk sambil menggelengkan kepala menandakan ada suatu benda buruk yang bakal berlaku.
aku tidak endahkan amaran dari hakim dan terus meluru kepada hakim dan meleraikan ikatan pada tangan dan kakinya.setelah membuka ikatan aku membuka baju kalis peluru dan menyarungkan di tubuh hakim.keselamatan mangsa sangat penting.
baru sahaja kami ingin keluar dari bilik tersebut,rania dan juga raisya keluar daripada bilik yang berada di dalam bilik nombor lima tersebut.maknanya bilik ni ada dua bilik.mereka keluar bersama pistol ditangan.aku pandang mereka silih ganti.
"kenapa mia?terkejut?well for your information raisya ni akak aku."soalnya bersama dengan senyuman sinis dibibir.
"hye mia,long time no see you girl."sapa raisya dengan senyuman yang dibuat-buat.
"aku ingat kau dah taknak selamatkan kau punya kesayangan yelah sebab dah gaduh besar haritu kan?rupanya still selamatkan"kata rania dengan ketawa bercampur dengan senyuman sinis.
"dah alang-alang kau orang kat sini takkan aku nak lepaskan macam tu je kan?"pandangan tajam aku beri pada mereka.
aku lihat raisya mula mengangkat pistolnya kearah hakim dan picu ditarik menandakan dia akan melepaskan peluru bila-bila masa sahaja.aku memandang hakim dan raisya silih ganti.dan ya peluru dilepaskan oleh raisya,dunia terasa seperti bergerak perlahan.aku berlari kearah hakim dan menolak hakim ketepi.
BAMM
peluru tepat mengenai dadaku,aku rebah ke tanah.tangan memegang tempat yang ditembak.air mata jatuh mula jatuh ke tanah.aku dapat lihat anggota unit khas menembak raisya,rania dan beberapa kuncu-kuncu mereka.aku dapat lihat juga savage army dan hakim berlari mendekatiku,pemandangan semakin kabur.
aku terasa kepalaku diangkat dan diletakkan diatas peha seseorang.ya kepala aku berada diatas peha hakim.air matanya mereka mula bertakung ditubir mata.aku mengesat darah yang terkena pada muka hakim sambil tersenyum sebelum pandangan aku mula gelap.dan tangan aku jatuh dari pipi hakim.
aku dengar raungan hakim memanggil namaku tetapi apa daya aku tak boleh bangun untuk kesat air mata mereka satu persatu.Ya Allah adakah ini kali terkahir untuk aku lihat dan berjumpa dengan mereka.kalau betul ini kali terakhir aku minta kau jaga mereka dengan baik Ya Allah.
TBC~
GUYSS APA JADI DENGAN MIA?DIA STILL HIDUP OR DAH TAK ADA.SAMA-SAMA KITA NANTIKAN NEXT CHAPTER.CERITA NI DAH NAK FINAL DAH,DAH TU JE NAK BGITHU TATA :)
YOU ARE READING
Rescue Girl
RomanceMengisahkan sekumpulan gadis yang dipanggil savage army yang terdiri daripada Mia,Dayah,Ina,Intan,Mai dan Hana..setiap yang berlaku di luar atau di dalam universiti mereka..orang ramai pasti akan mencari mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut...