HAKIM POV
Hari ini sudah masuk dua hari aku tinggal di rumah nenek mia..pada mulanya hanya mahu memujuk mia supaya balik ke malaysia..tetapi selepas nenek mia pujuk untuk tinggal disini beberapa hari kami semua hanya ikutkan saja...dayah orang yang paling gembira bila kami semua setuju untuk tinggal disini beberapa hari..
sekarang baru aku tahu yang mia akan senyum dengan kawan rapatnya dan orang yang lebih tua daripadanya..bila mia bersama dengan nenek dan datuknya sungguh aku cakap dia sangat murah dengan senyuman manis dia..tetapi bila dekat kolej senyuman dia adalah senyuman yang paling mahal..
bila aku tengok mia tersenyum hati aku jadi tak keruan..dia buat aku makin gila..sedang aku termenung seorang diri di taman mini nenek mia seseorang telah menepuk bahuku..terkejut bukan kepalang bila aku menoleh..ternyata yang menepuk bahuku ialah mia..mia mengukir senyuman dan melabuhkan punggungnya di sebelah aku..jarak masih tercipta diantara kami berdua..
"termenung apa sesorang kat sini..rindu awek ke?"-mia
"ehh..mana ada..awek pun tak ada nak rindu apa"
"yelah tu..rania tu bukan awek kau ke"-mia
"mia..kitaorang dah lama break lah..tak payah lah sebut pasal dia lagi..serabut kepala"
"yelah..ni apa cite dengan perempuan yang selalu kau cerita kat aku..takkan dia masih tak tahu yang kau suka dekat dia"-mia
"macam mana dia nak tahu kalau dia pun dah pergi jauh dengan aku.."
"dia pergi mana pulak?"-mia
"aku pun tak tahu..aku dengar cite dia pergi jepun jugak..dia duduk rumah nenek dia"
"lahh..dah alang-alang kau kat jepun asal kau tak cari dia.."-mia
"aku dah jumpa dah pun.."
"haa..bagus lah..at least dia tahu kau suka kan dia..betul tak"-mia
"mia kalau aku cakap yang orang tu kau...kau percaya tak?"
sekarang ialah masa yang sesuai untuk aku luahkan segalanya..dah lama aku simpan benda ni..wajah mia terus berubah..aku dapat lihat menggunakan ekor mata..aku menoleh kearahnya..dia langsung tidak menoleh kearah aku..mungkin malu..
END HAKIM POV
"Mia..aku dah lama simpan benda ni,perempuan yang aku cerita dekat kau sebenarnya diri kau sendiri tapi kau tak pernah notice benda tu semua"-hakim
"ha..hakim kau gurau je kan..mana mungkin kau suka perempuan yang ganas dan penipu macam aku ni"-mia
"aku serious mia..aku tak kesah lah kau ganas ke apa ke..yang penting hati kau lembut"-hakim
"aku nak kau bagi aku masa untuk aku fikir..buat masa ni aku tak dapat nak terima kau..aku masih tak percaya pada cinta..aku takut kau sama macam hafiz cintakan aku hanya kerana aku berharta.."-mia
"baiklah..aku bagi kau masa..aku faham mia tapi yang pasti aku bukan macam hafiz yang lebih mementingkan harta berbanding hati..aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau mia"-hakim
"bahagiakan ibu dan ayah kau dulu hakim..jangan jadi macam aku..aku dah tak dapat bahagiakan ibu ayah aku..bahagiakan mereka baru aku..aku masuk dulu"-mia
hakim hanya menunduk,dia sudah agak pasti mia akan menolaknya jika dia meluahkan perasaannya..tapi sekurang kurangnya beban aku sedikit sebanyak sudah hilang selepas meluahkan pada mia..
mia melangkah masuk dengan muka yang merah...tidak tahu perasaan apa yang ada di dalam hati..sama ada malu atau marah..malu sebab cara hakim mengucapkannya tampak ikhlas..
"woi mia..kau kenapa ni..pipi merah-merah,nak cendol?kat jepun ada cendol ke?"-dayah
dayah meletakkan jari telunjuknya di dagu persis orang sedang memikir..mia mengetuk kepala dayah .
"aduii sakitlah mia..betullah aku cakap muka merah-merah nak cendol ke? kau tak tengok insta ke mia..benda tu tular okay"-dayah
"ishh..kau ni kalau aku nak cendol aku tak buat muka lah..aku tak kisah pun benda tu tular or tak.."-mia
"habis kenapa muka kau merah ni?"-dayah
mia menarik lengan dayah secara tiba tiba..dia mahu memberitahu dayah sesuatu..dia menarik dayah masuk ke dalam biliknya..
"ehh kau nak buat apa ni mia..jangan rogol aku...aku masih ada maruah"-dayah
"Ya Allah kau ni dayah..aku tak lesbian lah..aku nak bagitahu kau something ni..kau ni overthinking betul"-mia
"allhamdulillah..aku ingat kau nak rogol aku tadi"-dayah
mia membuat muka dan memandang tajam kearah dayah yang sedang membelek dirinya..
"haa apa yang ka..YA ALLAH MIA..ASAL KAU TENGOK AKU MACAM TU?"-dayah
"dah habis belek diri kau...dah habis fikir aku nak rogol kau..dah habis jerit.."-mia
"kau ni..terkejut aku tau..kau pandang aku acam tu..yelah aku tak fikir lagi..kau nak cerita apa tadi?"-dayah
"kau tahu tak yang tadi si hakim confess kat aku yang dia suka kat aku.."-mia
"bagus la..ehh jap..WHAT!!! hakim confess kat kau?"-dayah
"kau ni kalau tak jerit memang tak sah ae..ye dia confess kat aku"-mia
"ala sorry lah mia..aku bukan apa aku terkejut..habis kau terima dia tak?"-dayah
"aku suruh dia bagi aku masa untuk fikir..aku takut dia sama dengan hafiz..cintakan aku sebab harta"-mia
"ya Allah mia..let memories be a memories..buka pintu hati kau untuk terima hakim..mungkin he better than hafiz..who's know mia.."-dayah
"tapi aku takut..memang aku boleh biarkan kenangan tu menjadi kenangan tapi kau faham tak aku takut dia sama macam hafiz cintakan aku bukan sebab hati tapi sebab harta.."-mia
"mia..hafiz tu memori silam kau..buat saja kau dah lupa tentang hafiz..dan kau dah buka buku baru..mia..mungkin kali ni tuhan bagi yang baik buat kau.."-dayah
"aku tak tahu dayah..aku buntu..aku takk faham dengan perasaan aku sendiri..aku tak tahu nak terima atau tidak"-mia
"mia listen..aku tahu kau masih fobia nak bercinta..tapi kau tak boleh lawan takdir mia..kuasa tuhan..walau macam mana sekalipun kau tolak korang pasti akan bersatu kalau dah ditakdirkan korang berjodoh..jangan terlalu ikutkan perasaan..buang ego kau yang tebal macam dinding tu..buka hati kau terima dia..dia sanggup tunggu kau..dia sanggup tak jatuh cinta dengan orang lain semata mata sebab dia suka dekat kau sorang..dia pernah jumpa aku tanya pasal kau..aku hanya cerita apa yang aku tahu..dari raut wajah dia aku tahu dia betul-betul ikhlas nak dekat kau"-dayah
"tapi..aku takut aku terluka"-mia
"mana mia yang aku kenal..mia yang sangat mahir dalam mengenal orang..mia yang sangat faham perasaan orang..mia yang selalu jadi counselor pada kitaorang semua..kenapa mia yang depan aku ni lain dan lemah..aku tak pernah kenal mia yang ni"-dayah
"dayah aku memang mahir semua tu..memang aku jadi counselor pada korang semua..tapi terkadang aku kalah dengan air mata aku..aku kalah dengan perasaan aku sendiri..that's why bila korang tak percaya aku..aku sedih..aku rasa macam aku ni bodoh sangat"-mia
"aku faham kau mia..aku tahu kau masih takut..kalau aku jadi kau mungkin aku akan buat perkara yang sama tapi aku akan bagi dia peluang untuk kenal erti cinta yang dia masih tidak tahu..aku shabat kau mia..aku percaya kau,aku tahu kau takkan buat benda bodoh..tolong fikir betul betul..tolong bagi dia peluang.."-dayah
"i will dayah..tapi kalau aku tetap tak boleh aku mintak maaf..aku akan cuba yang terbaik"-mia
"dah lah kau rehat..nanti bila makan malam dah siap aku panggil..jangan terlalu fikir benda ni..bila kau dah sedia kau bagitahu dia secara baik..aku keluar dulu"-dayah
semasa mereka berbincang di dalam bilik ada sepasang mata yang memerhati dan ada sepasang telinga yang mendengar mereka berbincang..
TBC~
YOU ARE READING
Rescue Girl
RomanceMengisahkan sekumpulan gadis yang dipanggil savage army yang terdiri daripada Mia,Dayah,Ina,Intan,Mai dan Hana..setiap yang berlaku di luar atau di dalam universiti mereka..orang ramai pasti akan mencari mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut...