HAKIM POV
Aku melangkah keluar daripada wad mia,aku tahu hatinya masih sakit tetapi aku tetap mahu memohon maaf dari dia.aku nak pulihkan keadaan.aku tak tahu kenapa perasaan cemburu aku begitu melangit.
"hai hakim"seorang wanita menyapa aku dari jauh.aku mengecilkan mataku untuk mengenal pasti gadis tersebut.wanita itu mendekatiku dengan senyuman yang sukar ditafsir.
BUKK!!
Belakangku terasa perit yang teramat.aku memegang belakangku yang seperti dipukul dengan sesuatu yang keras.pandangan sekeliling semakin kabur,akhirnya aku terbaring tetapi mata masih memandang wanita yang sudah mencangkung dihadapanku dengan senyuman sinis.selepas itu,pandangan mula gelap.
"good boy"
END HAKIM POV
MIA POV
Kenapa aku rasa tak sedap hati sejak dari hakim keluar dari wad aku.Ya Allah jangan apa-apa jadi pada hakim.
"mia ni nenek ada bawa makanan untuk kamu ni"kata nenek meletakkan bekas makanan dimeja sebelah dan berlalu untuk mengambil pinggan.nenek meletakkan pinggan dihadapanku tetapi aku tidak mengambil malah masih mengelamun.
"mia,kamu kenapa ni?"nenek memegang lenganku,lamunanku terhenti lalu berpaling menghadap nenek yang kelihatan risau melihat aku mengelamun dari tadi.
"ye nek?apa nenek cakap tadi?"soalku dengan polos.nenek duduk diatas katil menghadap diriku.
"nenek tanya kamu kenapa?dari tadi nenek tengok kamu mengelamun.macam tengah fikir sesuatu."jawab nenek mengundang senyuman yang hambar.kalau lah nenek tahu aku sedang memikirkan tentang hakim pasti ada saja dia akan beri cadagan untuk berbaik.
"tak ada apa lah nek.mia tengah fikir macam mana budak-budak mia dekat kolej tu.nenek macam tak kenal mia,walau dekat mana pun mia kena ambil tahu tentang budak-budak mia."jawabku bersama senyuman yang dimaniskan.tidak mahu nenek tahu apa yang aku sedang fikirkan sekarang.
"haih kamu ni.selalu buat nenek risau.dah ni nenek bawakkan makanan kesukaan kamu."nenek ni tahu-tahu aja aku sedang rindukan masakan ayam masak merah dari dia.wajah yang tadi mendung berubah ceria apabila nasi dan lauk berada dihadapanku.
satu suapan aku suap kedalam mulut dengan senyuman lebar.suapan demi suapan diberi tetapi terberhenti apabila pintu dirempuh oleh savage army dengan wajah yang berpeluh seolah-olah baru sahaja lepas dikejar anjing.
"korang kenapa datang dengan keadaan berpeluh-peluh ni?baru lepas kena kejar anjing ke?"soalku dengan gelak kecil.nenek mencubit lenganku perlahan,tetapi aku tidak endahkan dan tumpuan kembali kepada nasi dihadapanku.
"korang nak sikit?"aku menyuakan kearah mereka berlima dengan senyuman.
"mia.hakim kena culik again"kata mai dengan pandangan yang sukar ditafsir oleh aku sendiri.sudu yang tadi aku suakan pada mereka jatuh dilantai.air muka mereka terus berubah,air mata mula bertakung ditubir mata.
"apa kita kena buat sekarang mia?"soal hanna seolah-olah mengerti pandangan yang aku beri pada mereka.jarum ditangan aku rentap kuat dan mencapai pakaian yang sesuai untuk ditukar.
"mia,kita lapor saja pada polis.kamu masih tak sihat tu"kata nenek untuk menghalang aku untuk pergi.
"tak boleh nek.kalau mia biarkan bermakna mia gagal selamatkan budak-budak mia.ini janji kami untuk selamatkan mereka walau apa pun yang terjadi.mia minta maaf nenek,kali ini mia tidak dapat dengar cakap nenek.mia pergi dulu,assalamualaikum."balasku sambil memegang tangan nenek dan menyalam tangan tuanya.aku dan savage army bergerak keluar dari wad aku sendiri.
"mia"kamal dan ahmad juga berada bersama kami,kami mula bergerak masuk kedalam kereta masing-masing.mereka sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan.sekarang ialah masa untuk beraksi.
kami kembali ke gudang untuk mengambil senjata dan baju kalis peluru.aku dan yang lain menggunakan pistol jenis WALTHER P99AS yang sering digunakan oleh anggota unit khas.setelah selesai memasukkan peluru dan mengambil peluru untuk kegunaan jika peluru habis,kami semua terus ke suatu tempat yang agak jauh dari tempat penculikan hakim.
kami berkumpul bersama-sama dengan anggota polis untuk menyelesaikan masalah penculikan.setelah semua diberi tugas kami bergerak ke tempat penculikan hakim.ternyata dibahagian pintu masuk mereka mengahantar dua orang lelaki yang berbadan tegap berserta senjata FN MINIMI yang mengandungi 100 peluru berantai dan 30 peluru bagi magazine.senjata ini amat terkenal di 50 buah negara.
kelebihan senjata ini ialah dapat memberi tembakan yang padu.aku,dayah dan beberapa anggota polis perlu menukar plan yang kami rancang.aku memakai baju kurung dan tudung yang diikat sehingga ke leher manakala dayah berpura-pura menjadi kanak-kanak kurang upaya.ditangan aku ada bakul yang kononnya berisi kuih-muih tapi ternyata ada pistol untuk memudahkan kami menumbangkan musuh manakala dayah punya bakul berisi kuih-muih yang sebenar.kini kami bergerak kehadapan mereka.
kami memulakan permainan kami dimana anggota unit khas perlu menyorok dibalik semak,apabila mendengar kami dapat menumbangkan dua orang yang berada dihadapan pintu masuk,barulah mereka keluar untuk beraksi.
"dik.nenek ada jual karipap,tiga singgit je.kamu nak?"dayah menyuakan bakul kepada mereka untuk mereka melihat karipap yang kami jual.mereka kelihatan terpinga-pinga.
"nek ni kawasan larangan,tidak boleh jual-jual kat sini."kata salah seorang lelaki yang menjaga pintu tersebut.
"nenek selalu menjual kat sini.tak pernah pula diaorang larang untuk masuk sini."kataku untuk bermain tarik tali bersama mereka.
"alah remy kita beli jelah kuih dia ni,selagi kita tak beli selagi tu dia tak blah"kata lagi seorang lelaki yang dari tadi mendiamkan diri.cihh kau fikir aku nak sangat jual ke?
"nek,saya rasa baik nenek pergi jelah.kami dah kenyang"kata lelaki yang bernama remy tadi,heh nama sama ngan adik akuu.
"maaf nenek dan cucu nenek kacau kamu.terima kasih ye dik"aku berpaling kebelakang tidak lama selepas itu kami pusing kembali dengan satu senyuman.tangan sudah dimasukkan kedalam bakul tadi,dengan kadar pantas kami mengeluarkan dan menembak mereka tepat didada.kedua-dua lelaki tadi jatuh rebah ke tanah.anggota unit khas yang bersembunyi disebalik semak keluar dan menghampiri kami berdua.
tudung yang tersarung di kepala di buka dan baju kurung yang terletak pada badan dibuka dan dicampak kedalam semak.sanggul yang hampir jatuh diikat keatas,oh lupa nak bgi tahu senjata kitaorang,kitarang dah letak silencer di bahagian hadapan senjata.kami mengambil senjata dari tubuh mayat dan meletakkan dibalik semak.beberapa anggota unit khas menjaga pintu luar dan mengepung manakala beberapa lagi mengikut aku dan dayah.
walkie talkie yang diletakkan dikocek belakang diambil dan mula memberitahu mereka yang lain bahawa kami sudah berjaya masuk kedalam bangunan tersebut.ina dan intan memberitahu bilik yang ada mangsa culikan adalah bilik tiga dan lima.
"sekarang kita perlu ke bilik nombor tiga baru ke bilik nombor lima.ingat jangan habiskan peluru"kataku pada mereka menggunakan walkie talkie.mai dan hanna menunggu di tingkat 2 bangunan ini.bermaksud bilik itu berada di tingkat dua.kami bergerak ke tingkat dua dengan keadaan senyap seperti pasukan tentera yang sedang mencari musuh mereka.
"mia"panggil mai dengan suara yang dengar tidak dengar.
"bilik nombor tiga berada pada pukul 9 manakala bilik nombor lima berada pada pukul 11"beritahu mai apabila kami sedang menyorok dibalik dinding berhadapan dengan tangga.
"now kita gerak ke bilik yang berada pada pukul 9 dahulu.Now,now,noww"arahku,apabila berada dihadapan bilik bernombor tiga salah seorang anggota unit khas merempuh pintu yang terkunci dan akhirnya pintu itu terbuka luas.di dalam bilik itu menempatkan beberapa mangsa penculikan termasuk adam mikhail.diaorang ni memang attack orang yang rapat dengan aku ke?!
TBC~
GUYSSS!!! OKAY MEMANDANGKAN DAH LAMA TAK UPDATE,AKU UPDATE PANJANG SKIT..OKAYY DAH TU JEE.
YOU ARE READING
Rescue Girl
RomanceMengisahkan sekumpulan gadis yang dipanggil savage army yang terdiri daripada Mia,Dayah,Ina,Intan,Mai dan Hana..setiap yang berlaku di luar atau di dalam universiti mereka..orang ramai pasti akan mencari mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut...