' nisya, sorry sayang. Mama tak dapat nak teman Nisya register harini. Mama ada meeting penting nanti. Sorry sayang. ' Ujar Datin Syerina kepada anak perempuannya yang sangat disayangi .
' takpa lah ma, Nisya okay je daftar sendiri, lagipun ni bukan pertama kali Nisya pindah sekolah. Dah, mama tak payah risau akan Nisya. Nisya akan jaga diri. ' tanpa melengahkan masa Nisya terus menyalami tangan ibu tercinta nya sebelum memasuki pekarangan sekolah baru nya iaitu SMK SRI MELATI.
' okay relax nisya, setakat pindah sekolah baru je kot buat apa nak takut sangat ni ' getus hati Danisya Adella tapi aku mana tahu dekat mana pejabat guru ni. Kalau macam tu baik aku tanya mana mana pelajar lah. ' Danisya segera mendapatkan seorang pengawas yang memakai blazer berwarna merah. ' erm hi, saya Danisya Adella. Saya pelajar baru, saya kena daftar dengan pengetua tapi saya tak tahu lagi pejabat guru dekat mana, boleh awak tolong tunjukkan? '
' oh hi, saya Ilesya Rania. Boleh panggil Nia je, marilah saya tolong tunjukkan pejabat guru untuk awak. ' kata Rania kepada seorang gadis yang kelihatan ayu lagikan cantik sekali. ' ohh terima kasih Nia kerana sudi tolong saya 'Nasib baiklah ada insan yang baik hati boleh dijadikan kawan dekat sekolah baru aku nii yayyy yayy, kata Nisya bersorak dalam hati.
' Danisya Adella, selamat datang ke SMK SRI MELATI. Guru kelas awk bernama Cikgu Aina, kelas awak pula dekat 5 Anggerik. Saya berharap awak selesa dengan persekitaran sekolah baru awak ni. ' Kata tuan pengetua kepada Danisya. ' Cikgu Aina ada kelas sekarang ni, sementara menunggu Cikgu Aina baik aku pergi cari kelas aku dulu daripada duduk menunggu dekat luar ni dah macam pokok ditanam je rupa aku ni ' getus hati Nisya.
Nisya terpegun melihat persekitaran sekolah barunya yang dipenuhi dengan pelbagai bunga, pondok bacaan, pondok ulangkaji dengan kawan kawan. Nisya leka dengan pemandangannya sehingga memasuki kawasan larangan .Ketika meronda, mata Rayyan seakan tertarik dengan seorang gadis yang sedang leka dengan pemandangan bunga bunga yang tubuh dengan cantik sekali . Tak boleh biar ni, Rayyan selaku ketua pengawas dengan lagaknya memarahi Nisya. ' oii, kau buat apa dekat sini? Tak tahu ke ni kawasan larangan? Hahh, ni kenapa pula tak masuk kelas? Oh nak ponteng? Felix, tulis nama budak ni lepastu serahkan dekat Cikgu Maira ' ujar Rayyan dengan nada suara yang mampu membuat Nisya menitiskan air mata.
Ranisya rasa sedih, takut, marah tapi dia tak mampu mengungkapkan apa apa pun oleh kerana dia tengah menangis. Nisya tidak pernah dimarahi sebegitu , sebab tu lah dia menangis . Dengan perlahan Nisya menuturkan ' maaf, saya tak tahu pula ni kawasan larangan. Saya pelajar baru. Saya sedangkan menunggu Cikgu Aina, sementara menunggu saya rasa bosan sebab tu saya jalan jalan dekat kawasan sekolah ni ' ujar Nisya untuk menjelaskan segala yang berlaku. Rayyan terkesima mendengar penjelasan gadis tersebut. Dia ingin memohon maaf tetapi ego menghalang dia berbuat sedemikian. ' Ya Allah, apa aku dah buat ni. Tak pasal pasal aku termarah dia . ' Felix selaku penolong ketua pengawas hanya berdiam diri menyaksikan apa yang berlaku.
' Dah dah, kau takyah nak drama sangat dengan air mata kau tu . Aku nak kau tunggu Cikgu Aina depan pejabat guru tu. Jangan nak merayau-rayau lagi. Sekali lagi aku nampak , siap kau ' ujar Rayyan yang berunsur ugutan. ' ya..ya, saya akan tunggu ' kata Nisya lalu meninggalkan ketua pengawas yang garang tu. Nisya sakit hati diperlakukan sebegitu!
Kringg kringg ~~
Nisya terlihat kelibat seorang guru yang sedang menujui nya. Sudah pasti ini Cikgu Aina, yay dah jumpa! Sorak hati Nisya. ' Adek ni Danisya Adella? Saya dah dimaklumkan oleh tuan pengetua bahawa ada pelajar baru yang mendaftar. Saya Cikgu Aina, merangkap guru tingkatan awak. Jum, saya bawa awak ke sekolah sekarang ' panjang ujar cikgu Aina. Nisya hanya mengikuti Cikgu Aina dari belakang.
Kelas 5 Anggerik yang kedengaran bising sekali persis di pasar malam terus menjadi senyap apabila Rayyan William selaku ketua pengawas yang yang garang lagikan tegas memasuki kelas tersebut. 5 minit kemudian, Cikgu Aina memasuki kelas berserta dengan seorang pelajar perempuan yang kelihatan seperti pelajar baru. ' kelas, mulai hari ni kelas kita ada seorang pelajar baru, tolong bagi kerjasama yang baik dengan dia ya ' kata Cikgu Aina lalu meminta ku untuk memperkenalkan diri. ' Assalamualaikum semua, nama saya Danisya Adella . Saya pindah ke sekolah ni atas urusan keluarga. ' kata Nisya dengan tenang. Ni bukan pertama kali dia pindah sekolah. Rayyan seakan berminat untuk mengetahui siapakah gadis tersebut kerana dia seakan pernah mendengar suara itu. ' the fuck, perempuan tu!? Arghhh banyak banyak kelas , kelas ni juga dia masuk. ' ujar Rayyan dalam hati. Untuk meneruskan sesi Pdp, cikgu Aina meminta Nisya duduk di tempat kosong iaitu di sebelah Rayyan. Ya, ketua pengawas yang sombong!
Kenapa pula aku kena duduk sebelah mamat gorilla nii? Mamaaa, tolong babyy!!! Nisya tidak selesa duduk sebelah Rayyan. Aku mendapati ada seorang gadis sedang melambaikan tangan terhadap aku . Ya! Itu Ilesya Rania. Dia sekelas dengan aku? Yayyayy ada juga yang boleh berkawan dengan aku.
Kringg kringg ~~
Setelah mendengar bunyi loceng yang merupakan waktu rehat, pelajat berpusu-pusu bergerak ke kantin. Haihh, macam lah kantin tu terbakar. Sedang aku asyik mengemas meja ku, 3 orng gadis menuju kepada aku dengan bibirnya mengukir senyuman yang ikhlas. ' hi Nisya, ni kawan aku Jeylina dan ini pula Sheriatul Mira ' Gadis yang dikata Jeylina oleh Nia sebentar tadi menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan ku. Sheriatul pula melakukan benda yang sama. ' Jum gerak ke kantin, lapar lah. ' ujar Jey lalu disahut oleh Sheriatul ' kau ni, makan je kerja kau. Dahlah, jum Nisya, gerak dengan kita orang sekali ' Akh hanya mengangguk tanda setuju. Wahh, best nya dapat kawan baru!
Hi, author nak cakap ni. Kau, Cintaku merupakan cerita pertama yang author tulis. Author minta maaf sekiranya hambar mahupun membosankan. Teruskan membaca bab seterusnya ya? Jangan lupa vote and comment ya. Sayang semua!! 🙈❤
YOU ARE READING
Milikku Selamanya ( HIATUS )
Romance' okay relax nisya, setakat pindah sekolah baru je kot buat apa nak takut sangat ni ' getus hati Danisya Adella ' oii, kau buat apa dekat sini? Tak tahu ke ni kawasan larangan? Hahh, ni kenapa pula tak masuk kelas? Oh nak ponteng? Felix, tulis nama...