BAB 11

36 8 0
                                    

" Ya allah bertuahnya dua ekor ni tidur lena dekat ruang tamu ni. Jam pun dah pukul 6:45 pagi dah ni. Si Della ni tak pergi sekolah ke? " bebel KakJah di pagi hari yang ceria ni. Dato dengan Datin dah turun untuk sarapan, harini takda meeting penting jadi tak perlu lah untuk tergesa gesa ke tempat kerja.

" ehhhh dua ekor budak bertuah ni belum bangun lagi rupanya. Yang perempuan tu tak sedar ke diri tu kena pergi sekolah, yang lelaki tu pula kena meeting . Anak siapa lahhh suka sangat tidur ni " tadi KakJah sekarang Datin pula yang membebel. " Bangun Della, Ranz. Sekarang dah pukul 6:50 . Bangun!! " kejut Datin Syerina sambil tangannya tidak lepas menarik telinga kedua dua anak bertuah dia tu.

" apa ni mi, sakitlah. Masih awal lah ni, subuh pun belum lagi " rengek Ranz sambil menggosok telinga dia yang terasa agak sakit lepas kena tarik oleh ummi dia. Della pula masih cuba menutup muka dia menggunakan bantal, nak sambung tidur lagaknya.

" Danny Ranz Kyle bin Dato Mustafiz dengan Danisya Adella binti Dato Mustafiz bangun sekarang kalau rasa nak pergi meeting kalau rasa nak pergi sekolah hari ni . Kalau taknak tak apa, abah tak halang . tidur lah sampai ke malam nanti.  Dah, abah nak sarapan. Kamu dua fikir lah sementara masih ada masa. " kata Dato Mustafiz dengan tegas sekali. Tanpa menunggu kedua dua anak nya bangun dia terus menuju ke dapur untuk sarapan. Sejurus saja mendengar arahan dari abahnya Ranz segera mencapai handphone dia yang tidak jauh untuk menilik jam. " Ya allah, dah nak pukul 7 . Dell, bangun sekarang! " marah Ranz. Padahal dua dua sama salah.

" Pehal abang tak kejut, Della dah lewat ni. Ishhhhh abang ni, dah lah pergi mandi cepat lepastu hantar Della " tanpa berlengah Nisya terus berlari secepat yang mungkin ke bilik dia. Nasib baik baju dengan tudung semalam dah disediakan semua. Homework? Memang tak lah jawab nya. Selepas selesai segala nya dalam masa 15 minit begitu juga dengan Ranz, kedua dua meninggalkan perkarangan rumah tanpa sarapan.

Sampai sahaja di sekolah, Nisya terus berlari secepat yang mungkin untuk menuju ke kelas. Tak kisah lah makcik cleaner ke cikgu ke yang tengok, asalkan tak sampai lewat ke kelas Mr Wan!

Tok Tok Tok

" Assalamualaikum, izinkn saya masuk ke kelas Mr Wan " pinta dia dengan sopan sambil menghadiahkan senyuman yang mampu mencairkan sesiapa saja .

" Amboi , awal betul kamu sampai harini Cik Danisya Adella . Bangun terlampau awal ke miss ? " Hishh , main perli perli pula Mr Wan ni . Nisya yang tadi tersenyum manis telah mempamerkan wajah tak puas hari setelah ditegur sedemikian , tapi dia hanya mampu redha diperli sebegitu . Mr Wan terkenal di sekolah kerana teguran yang tidak berlapis . Tegur ke perli ? " Tuan puteri , kamu boleh masuk tapi kena berdiri di tempat kamu . Jangan salahkan saya , kamu sendiri yang datang lambat . Okay class , continue dekat mana kita berhenti tadi . Nisya terus menuju ke tempat duduk nya lalu mengeluarkan buku sambil berdiri . Hari yang malang sekali bagi dia .

Tamat sudah waktu Mr Wan mengajar , makna nya Nisya bolehlah duduk . Rayyan yang berada di sebelah dia terus bertanya dengan muka yang teringin sangat nak tahu dia tu " kenapa kau lewat harini ? Tak pernah pernah kau datang lambat "

" Ni semua gara gara abang aku lah . Ajak tengok movie sampai lewat malam , lepastu dua dua susah nak bangun . Memang padan lah muka , aku dah lah tak cukup tidur . Haihh , apalah nasib . " Rayyan yang mendengar penjelasan daripada Nisya hanya menggelengkan kepala . " Kau pergilah tandas cuci muka dulu , kang nanti kau ngantuk memang tak lah kau nak focus subjek Sejarah tu nanti . Nanti aku bagitahu dekat Cikgu Martha yang kau pergi tandas . " tutur Rayyan dengan lembut sekali . Alahai , siapa je yang tak cair dengan Rayyan ni , makin hari makin baik layanan dia .

" Hmm yalah , aku pergi kejap . Bagitahu dekat Cikgu tau . Nanti tak pasal pasal aku kena marah dengan dia . " Nisya keluar dari kelas sambil memandang sekitar sekolah , sungguh indah . Tapi entah kenapa , Nisya merasa tak berapa sedap hati . 'Haihh , takkan ada apa yang berlaku punya , tenang . '

Dengan cepat dia menuju ke tandas , taknak membuang masa kata nya . Selepas mengenangkan sekarang ni waktu sejarah , Nisya mengambil keputusan untuk menerokai sekitar sekolah . Tak nak membuang masa konon . Dia hanya mengikuti kemana saja kaki dia melangkah pergi . Entah macam mana dia boleh membawa diri ke belakang stor sukan yang juga merupakan kawasan larangan . Dia terkejut dengan apa yang dia sedang saksikan di mana ada beberapa pelajar lelaki dan perempuan yang sedang menghisap dadah dan ada juga yang sedang merokok . Ya ampun . ' Aku kena maklumkan dekat guru disiplin ni . Memang dasar calon sampah masyarakat betul dengan pelajar perempuan yang sudah pun menanggalkan tudung dari kepala ' Baru sahaja Nisya hendak melangkah pergi dari tempat itu , dia terlanggar pasu bunga yang berada di situ sehingga bunyi tersebut telah menyedarkan pelajar pelajar tersebut bahawa dia berada di situ .

RAYYAN'S POV

Rayyan yang sedang menanti kepulangan Nisya si buah hati dia tu menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian . Kenapa aku rasa tak sedap hati ni ? Ada apa apa berlaku dekat dia ke ? Aihh , takleh biarkan ni , kalau ada apa apa jadi dekat dia macam mana ? Dahlah aku belum confess dekat dia . Rayyan yang tetiba bangun dari tempat duduknya telah mengundang pertanyaan dari Cikgu Martha " Ya Rayyan ? kenapa tiba tiba bangun ni , ada masalah ke ? dengan lembut sekali dia menanya Rayyan , maklum lah anak murid kesayangan .

" Err , izinkan saya mencari Nisya cikgu . Sebab dia dah lama sangat pergi tandas ni , saya risau ada apa apa berlaku dekat dia ." pinta Rayyan . Cikgu hanya mengangguk tanda setuju mengizinkan Rayyan keluar . Tanpa berlenggah , Rayyan terus keluar dari kelas untuk mencari Nisya . Pelajar perempuan yang lain hanya menayangkan wajah tak puas hati , maklumlah bae mereka risaukan perempuan lain . Manakala Nia , Jey dengan Riatul hanya tersenyum .

Rayyan telah mencari Nisya di tandas tapi menurut apa yang pelajar perempuan yang baru keluar dari tandas tersebut mengatakan tiada pelajar lain dalam tandas selain mereka . Rayyan bergerak menuju ke belakang stor kerana firasat hatinya kuat mengatakan bahawa Nisya berada di situ . Dia terserempak dengan tiga orang guru disiplin lelaki yang sedang berada tidak jauh dari belakang stor . Sedang leka bersembang , mereka berempat dikejutkan dengan satu suara wanita yang sedang menjerit meminta pertolongan .

NISYA'S POV

" Lepaskan aku Andres , apa yang kau sedang buat ni ? Sesuka hati kau jer nak sentuh aku . " Pinta Nisya sambil sedaya upaya melepaskan diri dari pelukan Andres yang kelihatan seperti tidak sedar akan apa yang sedang dilakukan nya . Pelajar perempuan yang lain pula hanya memandangkan aku tanpa ada niat untuk membantu . Tak guna betul !

Andres tidak menghiraukan apa yang dikatakan terus cuba untuk mencium muka aku yang masih suci ni . Jijik betul aku dengan dia ni , dahlah bau rokok . " Lepaskan aku lah , TOLONGGGGG !!!!! " Jerit aku sekuat yang mungkin sambil mengharapkan ada sesiapa yang mendengar . Tak lupa untuk aku menendang kemaluan milik Andres untuk melarikan diri . Tapi malang , belum sempat nak melarikan diri Dino kawan kepada Andres menarik tangan aku . Apalah nasib . Andres yang berang dengan tindakan aku tadi bangun lalu mencekik aku tanpa belas kasihan . Apa dia ingat aku ni anak patung tak reti nak bernafas ?

" oii , lepas kan dia lah lahanat ! Kau siapa nak sakitkan dia . Tak guna kau syaitan ! " Pemilik suara tersebut terus meluru ke arah Andres lalu menghadiahkan satu tumbukan padu ke muka Andres. Nisya yang hanya menyaksikan pergaduhan tersebut hanya tersenyum bahagia lalu pengsan oleh kerana dia kekurangan oksigen .

HI wak . Bosan ? Me tahu , maafkan patik . Apa apa pun ringankan lah tangan tu untuk vote setiap bab . OKAY BYE SEMUA !

Milikku Selamanya  ( HIATUS )Where stories live. Discover now