Dalam perjalanan pulang ke rumah, Nisya hanya mendiamkan diri. Ranz juga hanya mendiamkan diri untuk memberi ruang kepada Nisya supaya dapat menenangkan diri. Nisya yang sedang khusyuk melayan perasaan tersedar selepas mendengar handphone Ranz berbunyi.
" Assalamualaikum mi, ada apa call Ranz ni? " tanya Ranz sambil menhentikan kereta yang dipandunya ke tepi jalan . Bahawa drive sambil calling calling katanya .
" Waalaikumsalam, kamu berdua dalam perjalanan balik ke? Kalau kamu berdua dalam perjalanan balik boleh tak singgah dekat mana mana kedai buah dulu ? Ummi nak minta tolong belikan buah-buahan, kita ada tetamu ni " ujar Datin Syerina.
" baik ummi, nanti Ranz dengan Della singgah lah dekat mana mana kedai untuk beli buah. Assalamualaikum. " balas Ranz terus menamatkan panggilan tersebut. " Dell, kita singgah dekat kedai buah-buahan dulu eh? Ummi suruh belikan buah. Ada tetamu . Dell ada benda nak beli? " tanya Ranz kpda Nisya.
Nisya hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa apa yang dia nak beli. Sejurus tiba di gerai buah-buahan, Ranz meninggalkan Nisya di dalam kereta.
Tok tok tok
Nisya membuka cermin untuk melihat siapa yang sedang mengetuk cermin kereta tersebut. Tapi apa yang dia dapati hanya seorang lelaki yang mengunakan hoodie sedang menghulurkan sampul surat kepada dia.
" Danisya Adella kan? Ni ada surat untuk kau " kata lelaki tersebut lalu meninggalkan Nisya.
" Surat apa pula ni? Ni dari siapa? Aduh dia ni, at least bagitahu lah dulu siapa yang bagi surat ni. " bebel Nisya sambil tangannya ligat membuka sampul surat tersebut. Namun apa yang dia lihat hanya satu surat dan sekeping gambarnya yang telah kotor dilumuri darah. " Masyaallah apa semua ni? Siapa pula buat semua ni? " ujar Nisya yang ketakutan melihat apa yang ada dalam sampul surat tersebut. Nisya tidak berani membaca surat tersebut. Dia hanya menunggu abangnya selesai membeli buah-buahan.
" Della okay? Kenapa muka pucat semacam je ni? Ni surat apa? " tanya Ranz yang khuatir melihat keadaan adiknya. Tapi dia perasan akan sampul surat yang dipegang oleh Nisya akan comot seperti dilumuri darah. Melihat keadaan Nisya seperti sedang ketakutan menambahkan lagi rasa khuatir dia.
" Abang, tdi ada seorang lelaki hantar ni kepada Dell . Ada satu surat tapi Dell belum baca. Lepastu ada satu keping gambar Dell tu dilumuri darah. Dell takut kalau ada sesiapa cuba untuk apa apa kan Dell. " ujar Nisya yang sedang sedaya upaya menahan tangisan. Dia berasa takut sangat.
" Dah, relax okay. Abaikan semua ni dulu, lepas sampai rumah nanti kita baca sama sama apa yang ditulis dalam surat tu. Dell tak payah takut, abang ada untuk jaga Dell. Abang akan jaga adik abang ni selagi abang hidup. Dah jum kita balik, mesti ummi dah lama tunggu. " Pujuk Ranz. Dia tertanya-tanya ada sesiapa ke berdendam dengan Nisya. Bukan dia tak perasan ada sebuah kenderaan seperti sedang mengekori mereka dari tadi. Ranz pandu selaju yang mungkin, dia kena sampai dekat rumah secepat yang mungkin. Dia takut kalau ada apa apa akan berlaku.
Tiba sahaja di rumah, Nisya terus menuju ke kamarnya untuk menyembunyikan sampul surat tersebut, kalau boleh dia taknak kedua dua orang tuanya sedar akan kewujudan sampul surat tersebut. Selepas selesai membersihkan diri, Nisya hanya menggunakan pakaian yang simple dengan menyarungkan tudung di kepala . Dia teringat tadi Ranz ada memberitahu dia ada tetamu. Tadi tak sempat pun nak tengok siapa tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Setelah selesai, Nisya turun ke bawah untuk menyediakan makan malam. Nak juga dia tengok siapa tetamu mereka malam ni.
" Della, mari sini. Ummi nak kenalkan kawan baik ummi. " pelawa Datin Syerina pada Nisya. Dia bukan saja nak kenalkan kepada kawan baiknya itu tapi nak kenalkan anak bujang kawan dia itu kepada Nisya. Nisya tanpa banyak soal dia terus mengambil tempat di sebelah Ranz.
" Della kenalkan, ni Datin Suraya dan ni pula Dato Zafuan. Mereka berdua ni kawan kepada ummi dan abah dari dulu. Yang lelaki tu pula anak sulung mereka Rayyan William. Dia sama umur dengan Della . Yang budak kecil comel comel tu nama dia Niana Wisya. " jelas Datin Syerina pada Nisya.
" Nisya hanya tersenyum ke arah kedua dua sahabat ummi dan abahnya. Tapi dia tadi seakan medengar nama Rayyan. ' aih, tak akan lah. Ke aku salah dengar? ' Getus hati Nisya.
Rayyan Pov
' Jap, tu bukan Nisya ke? Dia anak perempuan kepada sahabat ummi? Takkan lah. Tapi Aunty Syerina tadi ada sebut nama anak perempuan dia Danisya Adella, jadi dia ke orang tu? Ya allah kecil betul dunia ni. ' Tak sangka gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya itu anak kepada sahabat ummi. Jodoh mungkin.
" Aunty, boleh tak kalau saya nak bercakap sekejap dengan Danisya? " tanya Rayyan dengan sopan .
" Boleh , apa salahnya. Tapi jangan lama, dah nak makan dah ni. Ranz dari tadi merengek kata nak makan. Lapar sangat tu agaknya. Dekat luar tu ada taman, kalau kamu berdua nak bercakap sekejap boleh lah duduk dekat situ tapi jangan sangat tau " pesan Datin Syerina pada Rayyan. Yang lain hanya tersenyum penuh makna kecuali Ranz. Dia tak berapa menyukai Rayyan tapi entah kenapa.
" Baik aunty . "
Danisya Pov
Nisya hanya mendiamkan diri tiada tanda hendak bangun untuk mengikuti Rayyan. Dia malu. Mana tak nya kalau crush ajak bercakap dekat luar . Crush ke? Entahlah, dia sendiri pun tak pasti dengan perasaan dia tu. Dia masih ragu ragu untuk membuka pintu hati dia yang pernah disakiti itu untuk mana mana lelaki.
" Cik Danisya, jum. Saya ada benda nak dibincangkan. " ajak Rayyan.
Nak taknak, Nisya kena bangun juga untuk mengikuti Rayyan. Bukan dia tak perasan, semua orang sedang perhatikan dia. Cicak pun sedang perhatikan dia . HAHA gurau je wak.
" Ada apa yang awak nak bincangkan? Bunyi macam penting je? " tanya Nisya kepada Rayyan.
" Agak penting. Kau kenal Nisa? Dia ada jumpa kau ke kebelakangan ni? " tanya Rayyan pula kpda Nisya. " Ada, sebelum balik dari sekolah tadi " jawab Nisya .
" Kalau boleh lepasni kau kena berhati hati . Sebab tadi Felix ada nampak dia sedang memegang sekeping gambar kau yang agak comot sambil tersenyum sinis. Aku syak dia akan apa apa kan kau. " beritahu Rayyan kepada Nisya. Jujur, dia betul betul risau dengan keadaan gadis yang berada di hadapan nya itu. Bukan dia tidak mengenali Nisa , seorang gadis yang sanggup melakukan apa apa untuk diri dia. Gila mungkin.
" Gambar? Oh ya kalau awak nak tahu tadi saya ada dapat sampul surat lepastu dalam tu ada sekeping gambar saya yang berlumuran darah dan surat. Tapi saya belum baca lagi. Semua tu dari Nisa ke? " tanya Nisya yang agak ketakutan. Siapa je yang tak takut kan?
" Mungkin dari dia dan mungkin juga bukan dari dia. Aku tahu apa yang Nisa tu nak , tapi memang sampai bila bila dia tak akan dapat sebab semua tu hanya khas milik seseorang. Jadi lepasni aku nak kau berhati-hati. Kalau boleh elakkan berjumpa dengan dia, takut gila di tiba tiba datang pula " kata Rayyan.
" Apa yang Nisa tu nak? Milik seseorang? Apa semua ni? Awak buat saya takut lah. " soal Nisya yang kelihatan seperti hendak menangis .
" HAHAHAA, nanti nanti kau tahu lah. Dah dah tak payah takut , aku ada untuk kau . Jum masuk, dah lama kita dekat luar ni " kata Rayyan terus menarik tangan Nisya untuk mengekori nya masuk ke dalam rumah. Tak akan nak tinggalkan dekat luar pula. Kang kalau ada apa apa jadi dekat anak dara orang terus dia kena reject jadi menantu.
Mereka berdua terus mengambil tempat di meja makan tanpa menghiraukan pandangan mereka yang sedang berada di meja makan. Mereka berdua hanya berlagak seperti tiada apa apa yang berlaku. Makan malam pada malam tu sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan Nisya dengan Rayyan. Jam sudah menginjak ke pukul 10 malam, keluarga Rayyan meminta izin untuk pulang. Setelah selesai menghantar kepulangan mereka, Nisya memasuki bilik untuk berehat. Tapi dia terlupa untuk membaca kandungan yang berada dalam surat tersebut . Ranz pula sedang enak diulit mimpi. Adik beradik sama je , tidur tidur tidur.
✔
vote jangan tak vote. Nanti author merajuk. HAHAHAHA
YOU ARE READING
Milikku Selamanya ( HIATUS )
Romance' okay relax nisya, setakat pindah sekolah baru je kot buat apa nak takut sangat ni ' getus hati Danisya Adella ' oii, kau buat apa dekat sini? Tak tahu ke ni kawasan larangan? Hahh, ni kenapa pula tak masuk kelas? Oh nak ponteng? Felix, tulis nama...