001

36 6 3
                                    

Park Woo-Jin merupakan kawan rapat Kim Ye-Rim sejak 4 tahun lagi. Park Woo-Jin kehilangan ibu bapa ketika dia berumur 6 tahun. Kin, keluarga Ye-Rim menganggapkan dia sebagai anak angkat mereka tetapi Woo Jin masih mahu tinggal dengan abangnya, Hazerin.

Woo Jin akan datang ke rumah Ye-Rim pada setiap hari untuk mengajak dia ke sekolah bersama-sama. Kadangkala, Woo-Jin mengambil kesepatan untuk sarapan di rumah Ye-Rim bersama keluarga dia.

Pada hari pertama persekolahan sekolah menengah, Woo Jin terpegun melihat Ye-Rin yang berubah menjadi lebih cantik dan comel tetapi dia masih dalam kalangan orang-orang yang dungu ( kurang pandai ) manakala Woo-Jin pula hanya mengubah personaliti dia sahaja untuk menjadi budak yang cool dan paling pandai di dalam kelas. Sejak itulah dia bermula mempunyai perasaan suka terhadap Ye-Rim tetapi dia tidak akan memberitahu kepada Ye-Rim kerana dia takut yang dia akan ditolak oleh wanita pertama yang dia sukai. Dia mengambil keputusan untuk mempendamkan perasaan itu sehingga Woo-Jin ada peluang dan masa yang sesuai untuk memberitahu Ye-Rim.

Jihoon merupakan kawan rapat Woo-Jin dan Ye-Rim. Dia sangat menyukai Woo-Jin sejak perjumpaan pertama mereka. Dia juga tidak meluahkan perasaan dia kepada Woo-Jin kerana dia mahu cinta dia bertepuk sebelah bahu sahaja tetapi dia hanya memberitahu hal ini kepada Ye-Rim sehaja kerana dia pandai menyimpan rahsia.

Tahun ini merupakan tahun terakhir persekolahan mereka, Woo-Jin memberanikan diri untuk meluahkan perasaan dia kepada Ye-Rim sewaktu peperiksaan akhir tahun mereka tamat. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Woo-Jin mengajak Ye-Rim untuk berlepak bersama dia di taman yang selalu mereka pergi pada waktu malam. Ye-Rim menganggukkan kepala dia sebagai tanda baiklah. Woo-Jin berasa sangat gembira dan teruja sampai tak terkata.

Sewaktu Woo-Jin dalam perjalanan ke taman sambil membawa anak anjing yang lebih kurang seiras dengan wajahnya, dia ternampak sebuah kereta datang lalu memberhentikan kereta itu sambil membuka cermin keretanya dan bertanya " ke manakah adik mahu pergi?" Tanya Hazerin kepada Woo-Jin sambil tersenyum. Woo-Jin hanya tersenyum sahaja lalu abangnya menjemput dia masuk ke dalam kereta baharunya dan menghantar dia ke tempat yang dia mahu.

Woo-Jin menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Ye-Rim di situ. Kemudian, abangnya memberitahu yang dia akan membawa Ye-Rim ke suatu tempat yang Ye-Rim mahukan pada pukul 9 jadi cepat-cepatlah ya berborak dengan dia. Hazerin tiba-tiba menyatakan dia menyukai Ye-Rim tetapi Woo-Jin menganggapkan benda itu sebagai gurauan. " saya suka dia bukan sebagai kawan tetapi sebagai wanita" kata abang kepada adik. Woo-Jin mula berasa gusar setelah mendengar benda itu daripada abangnya.

-coming soon-

Instagram : hell0leya

What Is Love Anyway?Where stories live. Discover now