Woo Jin telah tiba di luar taman itu. Woo Jin berasa ragu untuk berjumpa dengan Ye Rim kerana dia takut ini keputusan yang salah walaupun Ye Rim telah banyak menelefon dan memesej dia. Woo Jin menangis teresak-esak sambil berjalan pulang ke rumah. Dia tidak sedar yang selama ini yang abangnya telah merampas kebahagiaan dia. Woo Jin pun melepaskan peluang itu untuk abang dia kerana selama dia tinggal bersama abangnya, abangnya telah banyak mengorbankan segala benda untuk dia.
Woo Jin masih tertanya-tanyab" mengapa aku tidak melafazkan cinta aku kepada dia dan tidak berjumpa dia?" Bisikan hati Woo Jin yang kecewa itu. Walaupun dia sudah banyak membuat buku sejak tahun pertama masuk ke sekolah menengah. Dia mengurungkan diri dia di dalam bilik dia untuk menyatakan diri dia tidak apa apa.
Pada keesokkan hari, si Ji Hoon datang ke rumah Woo Jin untuk bermain game bersamanya. Ji Hoon ternampak ada seekor anjing dalam bilik sewaktu Woo Jin membuat ramen. Ji Hoon pun membelainya seperti anjing sendiri. Woo Jin tersenyum melihat bertapa sukanya anjing itu keoada Ji Hoon. Woo Jin duduk lalu meletakkan ramen itu dan bertanya " awak nak tak anjing tu?" Ji hoon membalas " awak dah tak nak ke? Ini kan kembar awak." Woo Jin pun menyuruh Ji Hoon mengambil anjing itu seperti hadiah persahabatan mereka. Ji Hoon pun mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.
Hari sudah malam, Ji hoon mahu pulang ke rumah jadi Woo Jin menemankan Ji Hoon sampai ke luar rumah. Sewaktu di luar rumah, mereka pun ternampak Ye Rim berjalan seorang diri dan kelihatan tidak stabil sewaktu Ye Rim pulang ke rumah. Mereka pun lekas ke Ye Rim dan bertanya. Tiba-tiba Ye Rim pengsan di tengah-tengah jalan. Nasib baiklah Woo Jin sempat menangkap Ye Rim daripada terjatuh. Mereka pun cepat-cepat membawa Ye Rim masuk ke rumah Woo Jin lalu membaringkan dia di atas tilam yang lembut. Woo Jin pun memeriksa suhu Ye Rim lalu meletakkan kain basah di atas dahi Ye Rim. Nampaknya abang Woo Jin tidak akan pulang ke rumah disebabkan kerja di luar Negara.
Ji Hoon pun mengambil keputusan untuk menjaga Ye Rim juga. Woo Jin menutup lampu bilik untuk tidur. Tak lama kemudian, Ye Rim terbangun dari tidur dan menyedari yang dia tertidur di atas tangan Woo Jin yang berotot itu. Ye Rim pun bangun. Sewaktu dia baharu sahaja mahh berdiri, si Woo Jin menarik tangan Ye Rim lalu memeluknya dan berkata " Tolong jangan tinggalkan aku lagi, tolong berada di sisi aku."
YOU ARE READING
What Is Love Anyway?
Romanceperasaan cinta yang kita tak tahu walaupun orang itu rapat dengan kita..