Pada keesokan hari, Ye-Rim baru tersedar dari tidur dan nampaknya Woo-Jin telah mengangkatnta ke katil yang lebih selesa. Bilik pun kelihatan kosong. Ye-Rim pun keluar dari bilik dan pergi ke tandas untuk menyucu mukanya. Sewakty Ye-Rim menyuci mukanya, dia berfikir sama adam sewaktu Woo-Jin menarik tangan dia dan berkata " Tolong jangan tinggalkan aku lagi, tolong berada di sisi aku" itu mimpi atau realiti. Tiba- tiba Ji Hoon memanggil Ye-Rim untuk sarapan bersama. Lekas si Ye-Rim bergerak ke meja makan. Katanya Woo Jin yang memasak kali ni.
Woo-Jin tiba sambil membawa beberapa hidangan yang Ye-Rim suka. "Jemput makan." Kata Woo-Jin yang tersenyum lebar. Sewaktu Ye-Rim makan, Ji-Hoon dan Woo-Jin meletakkan makanan di atas nasi Ye-Rim. " Dah dah jangan letak lagi, saya boleh mengambilnya sendiri." Kata Ye-Rim kepada Woo-Jin dan Ji-Hoon. Woo-Jin memandang Ji-Hoon dengan mata yang tajam itu. Ji-Hoon menyedari hal ith tetapi dia hanya memandang makanan sambil tersenyum.
Sewaktu Ji-Hoon menyuci pingganya, Woo-Jin datang dan berbisik " kalau kau sayang aku, kau basuhkan sekali pinggan aku tau. Aku nak pergi latihan bola sepak ni." Kata Woo-Jin kepada Ji-Hoon sambil memeluknya dari belakang. Selepas sahaja Woo-Jin keluar dari rumah, Ji-Hoon terus tersenyum dan berkata " ya aku memang sayang kau, takkan kau tak perasan?" Ji-Hoon bercakap dengan nada yang perlahan. Ye-Rim meletakkan pinggan sewaktu Ji-Hoon membasuh pinggan Woo-Jin. " Aku pulang dulu ya, nanti aku datang balik." Kata Ye-Rim kepada Ji-Hoon dengan nada yang lantang dan gembira.
Sejurus sahaja habjs membasuh pinggan, Ji-Hoon dengan lantas menukar baju untuk bersekolah. Ji-Hoon menunggu Ye-Rim di luar rumah Woo-Jin. Tak lama kemudian, Ye-Rim tiba sambil memakai ear phone yang memainkan lagu dari kumpulan Wanna One. Ji-Hoon mengambil ear phone sebelahnya dan mendengar lagu itu sampai ke sekolah.
Sewaktu Ji-Hoon dan Ye-Rim tiba di sekolah, Woo-Jin ternampak mereka berjalan bersama-sama sambil tersenyum jadi Woo-Jin datang kepada mereka walaupun baju dia pernuh dengan peluh. Dia bertanya khabar kepada mereka dan Ye-Rim tiba-tiba menutup hidungnya disebabkan bau busuk yang datang dari Woo-Jin. Woo-Jin menanggalkan bajunya di depan Ji-Hoon dan Ye-Rim lalu mencampakkan baju itu kepada Ji-Hoon. "Jangan risau aku ada bawak baju uniform." Kata Woo-Jin. "Tak apa, boleh tak aku ambil baju ni?" Kata Ji-Hoon keoada Woo-Jin sambil membau baju itu seperti minyak wangi. Ye-Rim memandang Ji-Hoon dengan muka yang mengelirukan disebabkan sikapnya yang suka menyimpan barang yang mempunyai bau Woo-Jin. "Ambillah cepat aku takut nanti ada orang cemburu" kata Woo-Jin sambil memandang Ye-Rim. "Aku tak cemburulah, aku geli" kata Ye-Rim yang marah itu. Die terus bergegas ke kelas dengan muka yang masam itu. Woo-Jin dan Ji-Hoon hanya ketawa sahaja. "HAHAHA comel" suara budak perempuan yang memerhatikan Ji-Hoon,Woo-Jin dan Ye-Rim sambil gelak kecik yang agak menakutkan. Budak perempuan ini merupakan President kelas Ye-Rim, bernama Ye-Na. Dia menyukai Woo-Jin sejak kecil lagi.
YOU ARE READING
What Is Love Anyway?
Romanceperasaan cinta yang kita tak tahu walaupun orang itu rapat dengan kita..