Jika berjumpa dengan anak-anak – katakanlah bahwa anak-anak itu lebih mulia daripada kita, kerana anak-anak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Apabila bertemu dengan orang tua – bahwa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerena banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerena mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.