Waktu itu petang,jarum jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan angka 6.Jeno melepaskan keluhan berat lagi.Peluh yang merenik di dahi diseka.Jamnya dilihat sekali lagi,sambil menyandarkan badannya pada motosikalnya.Tidak lama selepas itu,mata sepet itu menangkap kelibat seseorang yang sedang berjalan terseret-seret dari kejauhan.
"Sampai pun kau,ingatkan dah lupa jalan balik tadi." Sindirnya setelah kelibat itu tiba di hadapannya.Namun marah itu hanya sementara,digantikan dengan perasaan hairan apabila melihat wajah Mark yang sugul."Mark,kau ok ke ni?Mark?Mark!Mark!"panggilannya tidak diendahkan.Mark tetap berjalan ke arah motosikalnya dengan langkah longlai.Helmet yang disuakan oleh Jeno tadi disarungkan.
Namun belum sempat Mark menyarungkannya,langkahnya terhenti apabila merasakan bahunya digoncang dengan kuat oleh Jeno.Mark menoleh,pandangan mata mereka bertemu.Tidak semena-mena Mark memeluk Jeno,air matanya turut mengalir di pipi.
Jeno yang melihat Mark menangis secara tiba-tiba mencuba menenangkannya. "Kau kenapa ni?Hah?Kucing kau mati ke?Atau cikgu dah tahu yang aku ponteng semalam pastu diaorang call parents aku lagi?"tanya Jeno dengan panik.Mark hanya menggeleng.
"Habis tu,kenapa kau nangis ni?Janganlah buat aku panik!" Ujar Jeno lalu melepaskan pelukan mereka.Jeno yang melihat tangisan Mark belum kunjung mereda,mengeluarkan duit syiling dari saku seluarnya lalu berlari anak ke arah pondok telefon.
Keadaan sekolah pada petang itu sunyi kerana merupakan hari terakhir SPM.Hari itu juga merupakan hari terakhir persekolahan bagi Mark namun dia terpaksa pulang petang untuk menemani Jeno yang didenda.
Sebaik sahaja tamat kelas pada waktu tengahari tadi, Mark pergi ke kelas teman wanitanya seperti biasa.Namun setelah dia tiba di kelas itu, kelas itu telah sunyi.Pelajarnya sudah bersurai awal.Mark mengerutkan kening.Seingatnya,Mina selalu akan menunggunya di hadapan pintu kelas walaupun mereka dilepaskan awal.Mark pun beredar dari situ dan pergi ke kelas Jeno.
Mark tua setahun daripada Jeno,Renjun,Haechan dan Jaemin,maka dia pergi ke kelas pelajar tingkatan 4.Pelajar tingkatan 4 sepatutnya tidak hadir pada hari tersebut,namun kerana dianggap sebagai pelajar harapan maka mereka yang berada di kelas hadapan dikehendaki untuk hadir.
Jeno kemudiannya meminta Mark untuk menemaninya yang didenda mencuci tandas sekolah kerana rakan-rakannya yang lain tidak dapat menemaninya.Selesai semua kerja,mereka berdua bersedia untuk pulang namun Mark ternampak Mina sedang berjalan dengan seorang lelaki.Dikeranakan perasaan ingin tahu yang tinggi,Mark pergi menyusul mereka berdua,meninggalkan Jeno terpinga-pinga bersendirian di tandas.
Tiba di stor sukan,Mark melihat Mina sedang berdiri di hadapan pintu stor itu.Tanpa membazirkan masa,Mark pergi menghampiri Mina namun belum sempat dia menyapa,lelaki yang bersama Mina tadi sudah kembali menyebabkan Mark menyembunyikan diri di sebalik tembok.
Ketika mereka berdua berjalan melintasi Mark, dia dengan segera menarik pergelangan tangan Mina tanpa berfikir panjang.Mina yang tidak menyangka Mark akan berada di situ menjadi panik.
"Mark?Apa awak buat kat sini?Bukan awak dah balik ke?"mata Mark tajam menatap Mina dan lelaki itu. "Siapa tu?"tanya Mark singkat. "Aku Ong,boyfriend Mina.Kau..Kawan Mina?" Jawab Ong dengan senyuman.Wajah Mina semakin pucat.Dia enggan menatap wajah Mark.Mark hanya mengangguk lalu beredar dari situ.
...
"Ohh..Maksudnya Mina curang dengan kau?Lepastu,kau dengan mamat tu sama-sama tak tau yang korang ni madu?Hmm..Berat juga kes ni."komen Haechan lalu menyuapkan makanannya ke mulut lagi.
"Dahlah tu,move on je.Bunga bukan sekuntum kan,lagipun kau kan dah habis sekolah.Lepas ni kau masuk universiti, lagi ramai awek cantik.Lagi cantik dari Mina,kau sabar je lah.Nah,makan."ucap Jaemin lalu duduk di samping Jeno.
Burger yang masih panas itu tidak disentuh langsung.Walhal selama ini jika dia berkunjung ke gerai burger Jaemin dan abangnya,Baekhyun, tidak sah jika dia tidak memesan burger kegemarannya itu.
Haechan yang masih leka menyuapkan burger ke mulutnya tiba-tiba disiku oleh Jeno secara ringan lalu Jeno mengatakan "Kau jangan makan je,tolonglah sikit." tanpa mengeluarkan suara.
"Jangan risau,esok kita bawa dia jalan-jalan pergi kite festival yang buka esok tu.Confirm dia akan ceria balik,dia kan suka main layang-layang."bisik Haechan lalu melanjutkan sesi makannya.Jaemin dan Jeno pun hanya mengangguk sakan.Bernas juga idea tu,fikir mereka berdua.
Jaemin kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku apron yang dikenakan lalu menghantar pesanan teks ke Jisung dan Chenle untuk memberitahu mengenai rancangan mereka esok.
.
.
.
.
To be continuedAnggaplah Dreamies tu student Malaysia macam biasa😂 Hope you guys enjoy it!😙💚Don't forget to vote dan comment if you like it🤗
YOU ARE READING
LOST | NCT DREAM
FanfictionMengisahkan pengembaraan tujuh orang remaja yang telah sesat di sebuah hutan akibat daripada kedegilan mereka sendiri.Satu persatu konflik menimpa mereka hingga menyebabkan persahabatan mereka hampir retak.Mereka mula menuduh dan menyalahkan antara...