Mark memeriksa begnya sekali lagi,memastikan semua perlengkapannya sudah cukup.Semua lengkap!Bibirnya mengukirkan senyuman.Sudah terbayang-bayang di mindanya keseronokan perkhemahan tu nanti. Sebab camping kat hutan peribadi keluarga Chenle, hilang sedikit rasa gusar di hatinya. (Takut haiwan buas lah tu😅)
Dia kemudiannya membaringkan tubuhnya di atas katil lalu memiring menghadap ke kanan.Sebelum dia memejamkan matanya, dia ternampak sebuah kotak berhampiran almari pakaiannya.
Mark bingkas bangkit dari perbaringannya lalu mengorak langkah menuju ke arah kotak itu.Dia terlupa sesuatu yang dia ingin lakukan tadi; membuang segala kenangan bersama bekas kekasihnya itu.Dia mengangkat kotak itu kemudian berlalu ke dapur.Sebelum itu, dia menjenguk bilik orang tuanya dahulu,untuk memastikan bahawa kedua-duanya sudah tidur.
Tiba di dapur, dia membuka pintu belakang untuk keluar lalu menyarungkan selipar dan berlari-lari anak menuju ke arah tempat pembuangan sampah.Nasib baik dekat,bisik hatinya.Sebelum mula berlari untuk pulang, sempat juga dia menoleh ke arah kotak itu sekali lagi. "Selamat tinggal, Mina," ucapnya.
......Deringan loceng seakan-akan tidak mengganggu tidur kacak lelaki ini.Malah dengkurannya bertambah kuat berselang-seli dengan suara loceng itu. "Tuan muda! Tuan muda Chenle!Cepat bangun!Kan harini tuan muda pergi camping dengan kawan-kawan,dah hampir pukul 9 ni tuan...!Kawan-kawan pun dah tunggu kat bawah tu," panggil pembantunya.
Namun ucapan pembantu itu tadi bagai angin lalu saja bagi Chenle,dia malah asyik menggaru punggungnya lalu mengelap kesan air liur di sudut bibirnya.Dengkuran halus kedengaran lagi.Pembantu itu tidak berputus asa,dia mendekati Chenle dan mengulang kembali ucapannya tadi sambil menepuk lengan Chenle perlahan-lahan.
Tiba-tiba,muncul seorang wanita yang berambut pendek dan mengenakan baju berwarna hitam, dia ibu Chenle.Di belakangnya,kelihatan juga kelibat Renjun,Jeno,Jaemin,Jisung,Haechan dan Mark mengekori ibu Chenle.Beliau kemudiannya mengarahkan pembantu tersebut untuk meninggalkan bilik itu lalu menyambung tugasnya di dapur.
"Lele,bangun sayang..Kawan-kawan dah sampai ni.Chenle-ya..Bangun.." pujuk ibunya sambil mengusap lembut rambut panjang Chenle. Chenle menggeliat kecil lalu membuka penutup matanya.Dia kemudiannya menggosok-gosok matanya yang hampir tidak kelihatan kerana masih mengantuk. 'Dasar anak manja,'kutuk yang lain sambil menahan tawa melihat wajah mengantuk Chenle.
Bukan mereka tidak tahu, Chenle memang anak manja.Maklumlah,anak bongsu.Abang sulung Chenle tidak berada di sini kerana bekerja di luar negara atas perintah ayah mereka.Maka,segala kasih sayang ayah dan ibunya ditumpahkan kepada Chenle seorang sahaja.Ayah Chenle jugalah yang mencadangkan mereka untuk berkhemah di hutan peribadi yang baru dibeli bulan lalu.Kemudian,ayah Chenle juga yang menawarkan untuk menghantar mereka ke hutan tersebut kerana katanya dia tidak yakin dengan kemampuan Mark untuk memandu :v
Sementara menunggu Chenle bersiap, mereka bersarapan di rumah Chenle.Tiba-tiba,ayah Chenle muncul lalu duduk di tempat ketua keluarga di meja makan itu.Dia berdehem lalu mengeluarkan beberapa buah walkie-talkie dan meletakkannya di atas meja.
Mereka hanya terpaku,menanti ayah Chenle untuk memberikan penerangan tentang walkie-talkie itu. "Pastikan sentiasa bawa benda alah ke mana-mana saja.Takut nanti korang terpisah pastu tersesat kat hutan tu pula.Ingat tau?" Jelas beliau singkat. Jeno kemudiannya mengambil walkie-talkie itu lalu menyerahkannya kepada mereka seorang satu.
Suara derap kaki di tangga menarik perhatian mereka.Itu Chenle,dia kelihatan segar dengan menggunakan baju berlengan panjang berwarna merah.Senyum manis tidak lekang di bibirnya,menampakkan beberapa garis kecil di pipinya,mungkin meminta maaf kepada kawan-kawan sebab lambat bangun :v
Dia mengambil tempat duduk di sisi ibunya lalu bersarapan dengan segera.Jam di pergelangan tangan kirinya sudah memaparkan angka 10.Pukul 11 sampai petang nanti mesti panas,bisik hatinya.Selesai sahaja dia menghabiskan ramen kegemarannya itu,dia meneguk airnya lalu bangkit dari kedudukan.Tidak lupa juga dia menghantar pinggan dan cawannya ke dapur.
Masanya sudah tiba,beg galas yang penuh dengan pakaian dan makanan ringan serta beberapa baldi untuk kelengkapan mereka diletakkan di dalam bonet kereta.Enjin kereta dihidupkan.Ibu Chenle mencium pipi anak kesayangannya itu dan memberitahu mereka semua untuk berhati-hati di hutan itu nanti.Kereta itu meninggalkan perkarangan rumah kemudian memecut lalu hilang dari penglihatan orang tua Chenle.Tidak lupa mereka yang lain mengirimkan pesanan teks kepada orangtua masing-masing untuk memberitakan keadaan mereka.
~~~
Sebulan lebih tak update cerita,nasib tak lupa storyline😅 satu paper sj lagi minggu dpan,sis hbis spm then officially tamat sekolah menengah🎉🎊 lepas ni barulah dapat fokus balik buat fanfic😂😍
YOU ARE READING
LOST | NCT DREAM
FanfictionMengisahkan pengembaraan tujuh orang remaja yang telah sesat di sebuah hutan akibat daripada kedegilan mereka sendiri.Satu persatu konflik menimpa mereka hingga menyebabkan persahabatan mereka hampir retak.Mereka mula menuduh dan menyalahkan antara...