Secangkir kopi dihidangkan di hadapan Jaemin lalu dia meneguknya dengan pantas menyebabkan Jisung terkejut.Kopi panas pun selamba je dia teguk macam tu?Fikirnya.
Mereka semua memandang Mark dengan pandangan jengkel.Mana tidaknya,dari tadi dia taknak lepaskan patung beruang yang dia dapat masa main claw machine.Katanya,patung itu akan diberikan kepada Mina dengan harapan Mina akan menerimanya semula.Senyuman Mark telah kembali.Walaupun berasa jengkel,mereka tetap bersyukur kerana akhirnya dapat melihat Mark tersenyum lagi dan mula berbual dengan mereka.
"Oh yaa,pasal camping tu bapa aku cakap nak hantar kita.Dia cakap,dia tak percaya kalau kita sendiri yang drive.Tak pasal-pasal nanti aku dengan Jisung tak sempat nak SPM." Ujar Chenle memecah keheningan lalu mendapat tatapan tajam dari 'the 00lines' :3
"Kau ingat korang berdua je yang tak sempat SPM kalau kita kenapa-napa?Habis tu,kami ni?" Bidas Haechan.Chenle hanya membalas dengan senyuman kerang busuknya.
"Ishh dahlah tu.Korang ni asyik gaduh je,tak penat ke?" Ujar Mark tiba-tiba sambil tangannya masih lagi memeluk erat patung beruangnya.Rakan-rakan yang lain mula menatapnya dengan tatapan tidak percaya.
Akhirnya...Selepas dua hari tersiksa,Mark dah boleh bercakap balik!
"Kau masih boleh bercakap rupanya,Mark?Aku ingatkan kau dah bisu."Mark hanya tersenyum pahit setelah mendengar kata-kata Renjun itu.Dia sedar,dia telah banyak menyusahkan sahabat-sahabatnya.
"Sorry lah,korang..Aku,nak minta maaf sangat-sangat kat korang.Koranglah sahabat sejati aku T^T " ujar Mark sambil mengesat 'air matanya'.
"Alah,takpa.Kita pun bukannya kenal baru sehari-dua hari kan?Sebagai sahabat,kenalah saling membantu." Balas Haechan mengeluarkan kata-kata mutiaranya.Renjun,Jeno dan Jisung menekup mulut masing-masing kerana terlampau 'terharu'.Chenle pula terus mengeluarkan jurus ketawa dolphinnya sambil memukul-mukul perlahan meja itu.
Seumur hidup,baru pertama kali mereka mendengar Haechan mengucapkan perkara sebegitu yang mampu mengusik jiwa kelelakian mereka :v
Bunyi loceng yang berdering kerana pintu kafe dibuka telah menarik perhatian mereka kerana mereka memang duduk dengan pintu.Lebih senang nak keluar masuk katanya :v
Mata Mark membulat sempurna,pelukannya pada patung beruang tadi mengendur.Hancur sudah harapannya untuk kembali bersama Mina.Rupanya orang yang masuk ke dalam kafe itu tadi ialah Mina,dan boyfriend baru dia.Senyum Mark hilang lagi.
Dreamies yang baru sahaja ketawa bergurau senda dengan Mark tadi pun ikut terkedu.Habislah... The heartbroken Mark is back!!
......
Mark kembali bersedih :( Patung beruang yang bersungguh-sungguh dia dapatkan haritu,dia berikan pada Jaemin.Biasalah,Jaemin suka main anak patung.
Kini mereka berada di sebuah kafe kucing.Ya,kafe yang membolehkan pelanggan menikmati kopi sambil ditemani oleh berpuluh-puluh kucing selama sejam.
Eh tunggu,bukan Jeno ada alergik dengan kucing ke?Jangan salah faham,Jeno sendiri yang mencadangkan mereka untuk melepak di situ.Sekarang ni padan muka dia, daritadi lagi Jeno terbersin-bersin walaupun dia dah pakai topeng muka.Sebenarnya apa rancangan Jeno ni?Tak habis-habis dengan plan dia,tapi satu pun tak menjadi :v
Sebelum memulakan rancangan,sempat juga dia mengambil gambar bersama kucing-kucing di situ.Walaupun ada alergik dengan kucing,Jeno tetaplah seorang pencinta kucing! Uwu😍
"Mark,sebagai sahabat kau dari zaman kita mandi sungai telanjang sama-sama sampai zaman globalisasi ni,aku nak jujur tentang sesuatu" Ujar Jeno memecahkan keheningan.Mark hanya menanggapinya dengan tatapan kosong.
"Kitaorang susah hati gila-gila tengok kau macam ni tau tak?Mana dulu janji kau yang kau akan belanja kitaorang habis je SPM kau?Aku ingat lagi,masa kau form2 dulu.Kau cakap nak direct cari kerja lepas habis SPM,pastu kau cakap nak tolong mak kau buat bisnes jual tembikai.Sekarang ni mana pergi janji-janji kau tu?" Cela Haechan dengan memberikan penekanan dalam setiap kata-katanya dengan harapan Mark akan pulih semula.Yang lain hanya menatap Haechan dengan tatapan penuh harapan.Termasuklah ibu Mark di layar telefon Jaemin.
Ya,mereka daritadi memvideo-call ibu Mark agar beliau dapat melihat perubahan Mark.Semuanya memiliki harapan yang sama,semoga Mark tak terpuruk lagi dalam patah hatinya.Cinta monyet je pun :v
"Kalau kau tak percaya juga akan keikhlasan kitaorang,kau tengok ni." Ucap Jeno tiba-tiba lalu menanggalkan topeng mukanya.Kemudian dia mengangkat seekor kucing yang boleh tahan gemuk badannya lalu dia mencium kucing itu.
Maka,bermulalah sesi bersin Jeno yang tak berhenti-henti.Mark terpegun sehingga mulutnya ternganga.Dia tak sangka,Jeno sanggup melakukan perkara itu.
"Kalau tak cukup juga,kau tengok ni." Mark menoleh ke arah Jisung yang sedang memegang sepotong mocha cake.Kejap,mocha cake?Bukan ke Jisung akan sakit perut kalau dia makan mocha cake?Lepastu mesti dia akan sakit nanti,fikir Mark.
"Jangan!!!!" Pekik Mark secara tiba lalu merampas mocha cake itu daripada tangan Jisung. "Nanti kau sakit perut!" Marahnya.
Tanpa disedari,air matanya mengalir di pipi.Dia tak sangka dia telah membuat sahabat-sahabatnya risau.Dicapainya topeng muka Jeno tadi lalu dia menyerahkannya kepada Jeno.Kucing yang berada di pangkuan Jeno juga dialihkan.Barulah Jeno jadi tenang 'sikit'.
"Aku minta maaf weii.. T^T" Katanya lalu memeluk sahabat-sahabatnya itu.Mereka yang lain juga ikut menangis,lebih tepatnya tangisan palsu.Suara je kuat,air mata tak tumpah pun --'
Ibu Mark juga terharu.Lega hatinya,Mark sudah mula aktif bercakap seperti biasa.Ia memanjatkan doa syukur kerana Tuhan telah menganugerahkan anak bujangnya itu rakan-rakan yang benar :v
.
.
.Congrats NCT127 dapat 4th win💚 Jungwoo oppa,don't cry🤗 Czennies love you guys so much💚💚
YOU ARE READING
LOST | NCT DREAM
FanfictionMengisahkan pengembaraan tujuh orang remaja yang telah sesat di sebuah hutan akibat daripada kedegilan mereka sendiri.Satu persatu konflik menimpa mereka hingga menyebabkan persahabatan mereka hampir retak.Mereka mula menuduh dan menyalahkan antara...