LIMA

56 6 0
                                    

Mereka memandang Hutan Gahara dengan takjub. Lebih-lebih lagi si Jaemin,setiap sudut dia nak ambil gambar agaknya. Budak-budak yang lain apa lagi,semua berposing pelik-pelik berlatarkan hutan tebal Gahara tersebut. Pokok-pokok yang menjulang tinggi hampir mencecah awan hingga gunung-ganang yang kelihatan mustahil untuk didaki semuanya menarik perhatian para remaja tersebut. Maklumlah,budak zaman sekarang kan 24/7 berkepit dengan gajet. (tersindir diri sendiri😅)

Suara Lucas memanggil mematikan aktiviti 'photoshoot' mereka. Ya,Lucas telah diamanahkan oleh ayah Chenle untuk menjadi guide dan penjaga mereka. Lucas ialah abang saudara Chenle yang baru saja tamat pengajian dan tinggal dengan keluarga Chenle untuk sementara. Jadi,daripada menganggur takda kerja kat rumah,dia akhirnya bersetuju untuk mengikuti 'pengembaraan' Chenle dan rakan-rakannya. Lucas juga sudah beberapa kali mengikuti pakciknya tersebut masuk hutan itu, jadi dia hafal jugalah laluan-laluan kat hutan tu, kot(?)

Kini,sambil membawa beg galas dan baldi masing-masing,mereka meredah hutan tebal itu dan mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah.Jarum jam di pergelangan tangan semakin mendekati angka 1,tanda waktu makan tengahari sudah hampir tiba.Perut mereka juga sudah mula berkeroncong.Mereka berjalan dalam satu barisan dan dipasang dengan sebuah tali pinggang yang bersambung(faham tak?) agar tidak terpisah.

Lucas yang memimpin perjalanan menyeka peluh di dahi.Sikit lagi,dah nak sampai ke tapak,pujuknya dalam hati.Tidak lama kemudian,suara air terjun dari kejauhan menyapa halwa telinga mereka.Senyuman mula terukir di bibir masing-masing.Langkah kaki mereka semakin laju bergerak berpandukan suara air terjun tersebut.

Setelah beberapa minit meredah kawasan hutan yang agak tebal, mereka akhirnya tiba di destinasi.Keindahan air terjun itu benar-benar menghipnotis minda mereka.Perut yang berkeroncong sedari tadi pun tidak dihiraukan,janji mata bersih dicuci dengan pemandangan alam semula jadi.

Lucas akhirnya teringat akan tugas mereka dan segera memberi arahan.

Jisung&Jeno - cari kayu api
Mark&Renjun&Chenle - pasang khemah
Jaemin - masak
Lucas & Haechan - tangkap ikan
(Lebih kurang beginilah tugas mereka)

Jaring yang digenggam erat itu diangkat lagi dengan harapan akan ada ikan yang tertangkap.Namun hasilnya tetap sama,baju mereka berdua makin basah adalah.Kedua-duanya masih lagi tidak ingin berputus asa.Perut masing-masing masih lagi berkeroncong minta diisi.Nak makan makanan yang dalam tin,sikit sangat.Macam tak tau budak-budak kalau nak makan,tak cukup semua sardin tu. (Lebih-lebih lagi Lucas😂)

"Ishh tak boleh jadi ni.Dah hampir setengah jam kita buat ni,seekor pun tak dapat," rungut Haechan. "Haah,dahlah panas gila ni.Perut pun lapar,"tambah Lucas memperpanjangkan rungutan.

"Ok,kita cuba lagi," kata Lucas lalu merendahkan badannya dan menekan jaring itu lebih dalam lagi dengan perlahan-lahan.Perkara itu ditiru oleh Haechan.Fokusnya dipusatkan ke jaring itu.Mereka berdua berusaha sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Kita angkat jaring ni,satu dua tiga," bisik Lucas.Haechan hanya mengangguk sambil menggenggam jaring itu dengan lebih erat.Dalam hatinya,dipanjatkan doa agar akan ada ikan kali ni.Perutku sudah benar-benar tidak tahan lagi ya Tuhan,bisiknya dalam hati.

"Yyyaaahhhh!" Kedua-duanya melepaskan jeritan yang agak kuat setelah berjaya menaikkan jaring itu.Senyuman lebar terpancar dari kedua-duanya.Akhirnya doaku termakbul,bisik hati Haechan lagi.Bukan hanya seekor,tapi dua ekor telah berjaya dinaikkan!Besar-besar pula tu.😍

Mereka berdua kemudiannya membawa ikan-ikan tersebut ke tebing sungai dan meletakkannya ke dalam sebuah baldi besar yang sudah diisi dengan air.Baldi itu kemudiannya diangkat dan dibawa ke arah Jaemin yang sedang menanak nasi.

"Pfft!..HAHAHAHAHAHAHHA!!weii, kenapa dengan muka kau?Aduhai kesiannya," ejek Haechan setelah melihat muka Jaemin.Mana taknya,habis muka Jaemin kotor sebab arang yang digunakan.Jaemin hanya menjeling Haechan dengan tajam sambil tangannya masih lagi mengipas-ngipas api nasi tersebut.Haechan masih lagi ketawa dengan kuat,Lucas pun tak kurangnya.Nasib baik ikan dah selamat landing. :v

"Ohh,kau ketawa kan aku eyy.Bersyukur sikit aku dah masak nasi,kalau tak kelaparan korang semua,hmmph!" Rajuknya. "Dahlah Jisung dengan Jeno lama sangat cari kayu api,nasib baik aku teringat ada bawa arang tadi." Tambah Jaemin lalu melanjutkan kerjanya.Dia menggunakan senduk nasi kayu untuk mengacau nasi itu yang kelihatannya sudah mula mendidih.Buihnya membuak-buak hampir terkeluar dari periuk.Mukanya masih lagi masam dengan bibirnya dimuncungkan.

"Alalala merajuk pula dia,ya lah ya lah.Sorry,heheh.Ni,kitaorang dapat tangkap ikan tadi.Besar-besar pula tu.Kau rasa,masak macam mana lagi sedap ikan ni?" Ujar Haechan meminta pendapat Jaemin sebagai main chef mereka.Jaemin kemudiannya meninggalkan kerjanya itu lalu bangkit dari kedudukannya dan menjenguk ke arah baldi yang dibawa oleh Haechan dan Lucas.

"Ok,aku ada idea nak masak apa.Korang pergilah siang ikan ni dulu.Jangan lupa pergi jenguk trio yang pasang khemah sana tu dulu.Aku nak sediakan bahan ok?" Arah Jaemin.Lucas sebagai yang lebih tua, mengambil tugas untuk menyiang ikan-ikan tersebut manakala Haechan pergi memeriksa trio Mark Renjun Chenle.

.
.
To be continued~

Hhhh sedih gila tengok feeds kat ig harini :(
semua post psal Dreamies menangis kat Dream Show semalam😭 pling tak dpt tahan tengok Haechan yang slalu happy nangis :( Congrats on your graduation Mark-ya💚 Rest well til your next comeback💚💚 Love you, baby lion💚

LOST | NCT DREAMWhere stories live. Discover now