Daliesya berjalan menuju ke katilnya sambil mengeringkan rambut dengan kain tuala. Dia baru selesai mandi. (pergh.. Ayat budak darjah satu ~T_T~)
Dia terlihat satu album berada diatas meja bulat ditepi katilnya. Dia menyusun langkah ke katilnya untuk mengambil album tersebut.Daliesya duduk bersila diatas katil sambil membelek album tersebut. Satu persatu gambar ditelitinya. Gambar dari dia kecil hingga besar. Tiba2 air matanya menitis jatuh ke atas album yang dipegang.
Kenangan bersama keluarganya bermain diminda. Dia rindu akan suasana bahagia. Dia rindu gelak tawa adik2nya. Dia rindu senyuman ibunya. Dan dia rindu pada ayahnya. Serentak itu, perbuatan ayahnya dulu bermain di dalam kepalanya.
Flashback (3tahun yang lalu)
Seorang perempuan berjalan dengan penuh gembira. Dia baru balik sekolah. Dia mahu memaklumkan kepada mama dan papanya tentang keputusan pt3nya. Semasa melintasi bilik tidur ayahnya, dia ternampak ayahnya mengemas pakaian. Dengan perasaan keliru dia menegur.
"Ayah nak pergi mana? "Soalnya."X de kaitan dengan kau. "Balas ayahnya dengan dingin. Dia tergamam. Tidak pernah ayah berkasar dengannya tetapi hari ini, ayahnya berubah menjadi seorang yang tidak pernah dikenalinya.
"Esya ada buat salah ke pa? Papa nak pergi mana? Kenapa papa kemas pakaian ni? "Dia menyoal dengan bertubi-tubi. Air matanya jatuh.
Dia seolah-olah dapat mengetahui niat ayahnya yang sebenar tetapi dia bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Aku nak blah dari sini. Dari neraka ni. Aku nak hidup senang. Aku nak duduk kat rumah mewah, bukan kat rumah buruk ni. Aku rimas kau tahu tak?"balas Razif dengan kasar.
"Papa tipu kan? Papa.. Papa tipu kan? Semua ni tak betul.. No.. Papa x boleh tinggalkan esya dengan adik-adik. Mama macam mana? Pa... X kan papa nak tinggalkan mama? "Dia sudah menangis teresak-esak sambil melutut dikaki ayahnya.
"Kau bangun boleh tak?! Rimas la. "Razif manarik rambut anaknya dengan kasar untuk memaksa anaknya berdiri.
"Papa nak pergi kat pompuan jahanam tu lagi?! Pa... Please don't be stupid.. Dia penipu. Dasar pompuan sundal tu jugak yang ayah tergila gilakan. Apa yang baik tentang dia?! "Jeritnya. Dia tidak dapat menahan amarah yang menguasai dirinya sendiri. Ya... Perempuan itu adalah Daliesya.
Push...
"Mulut kau jangan nak kurang ajar. Siapa ajar kau jadi macam ni?! Pompuan yang kau panggil sundal tu bini kedua aku. Ibu kau jugak! "Kata Razif sebaik saja menampar pipi Daliesya. Terkedu. Itulah yang dirasai Daliesya. Maknanya selama ini ayahnya telah berkahwin dua? Menipu dirinya?
"How dare you! Paa... Seriously? Are you kidding me? Pa.. Please tell me the true. You're liar right? This can't happened to me.. No!! "Jerit Daliesya.
"Up to you. "Selepas berkata, Razif pergi meninggalkan Daliesya sendirian. Daliesya terduduk sambil menangis.
End flashback.
Daliesya menyapukan air mata yang mengalir dipipinya. Dia mahu melupakan kenangan silam. Kenangan yang menyakitkan. Kenangan yang mengubah hidupnya. Yang mengubah dirinya menjadi seorang yang dingin.
Sorry kalau hambar. Mula2 memang cam ni -_-///..but please vote okey 😜komen gak.. Esok atau lusa, cheq sambung balik. Almaklumlah busy nak pereksa akhir tahun. Doakan cheq berjaya ek.. Love u oll😁

YOU ARE READING
I Love You , Gangster♥
RomanceDaliesya Qamilia, seorang yang ceria dan aktif. Tetapi apabila berlaku tragedi ,dirinya berubah 100%. dia menjadi seorang yang pendiam. Hatinya beku. Dia tidak mudah percaya kan orang lain. Tapi satu hari... "Memang ada kene mengena dengan aku...