October 2018 (United Kingdom)
...kringgggggg. Telefonku berbunyi mengejutkan aku dari tidur aku yang lena serta menandakan ada panggilan masuk. Aku mengangkat panggilan tersebut dengan hati yang berat. Siapa lagi yang kol kalau bukan ibu bapa ku yang berada di kampung halaman. Jam menunjukkan pukul 9 pagi manakala di Malaysia sekarang adalah pukul 4 petang. Terdapat perbezaan masa 7 jam antara kami.
"Assalamualaikum", kataku seraya mengangkat panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam, adik sihat?", balas ibuku.
"Sihat je bu. Ada apa kol pagi2 ni.", jawabku. Pagi la sangatkan. Matahari dah naik tinggi. Jika ibu tau aku baru sahaja bangun memang kena bebel sebakul dah ni.
"Tak ada pe pun. Just nak confirm yang adik akan balik cuti Krismas dan New Year nanti kan?", kata ibuku.
Aku melepas keluh yang besar. Kalau boleh aku tak nak menapak kaki aku di Malaysia lagi tetapi memikirkan family aku yang dah dua tahun lebih aku tak bersua muka sejak aku mengambil keputusan untuk sambung pelajaran aku di negara orang.Namun, aku tabahkan juga hati untuk pulang. Mungkin semua tertanya2 kan kenapa aku berat hati. Hurmmm.
"Adikkkkkk......", jerit ibuku. Menyedarkan aku dari berfikir tentang nasib aku.
"Ya ibu, tak perlu la jerit. Adik dengar je apa ibu tanya.", kataku sambil mengurut dada akibat terkejut. Nasib baik tak terjatuh fon yang dipegang. Kalau tak menangis tak berlagu la aku. Kesayangan aku fon ni, aku jaga dengan baik even org lain nak pegang aku tak bagi. Nak tau kenapa?? Jengg. Jengg. Jengg. Kena la baca cerita ni lebih lanjut.
"Habis tu kalau dengar, kenapa tak jawab. Dari tadi senyap je.", balas ibuku lagi
"Adik dah jawabkan tadi 'Ya'." balasku. Aku boleh dengar dilatar belakang ibu memberitahu ayah jawapan aku, yang mungkin sedang membaca surat khabar disebelah ibu.
"Satu lagi adik, Ibu ada terserempak dengan Han di pasar hari tu. Dia suruh ibu kirim salam ke adik. Makin cantik ibu tengok dia.", cerita ibuku. Aku yang dengar dah kaku sebaik sahaja ibu menyebut nama tersebut. Segala memori datang kembali ketika ibu menyebut nama dia, memori yang aku dah lama pendam dan lupakan.
"A...adikk ada hal ibu, adik pergi dulu. Nanti adik kol ibu. Assalamualikum.", kataku tergagap. Belum sempat ibuku membalas salam aku dah letak panggilan tersebut. Mesti ibu pelik dengan perangai aku.
Aku dah terduduk diatas lantai sebelah katil aku dengan kedua2 lutut aku rapat ke dada. Nafas aku tidak sekata dan aku tengah hyperventilation. Inilah yang selalu terjadi apabila aku dengar nama dia. Doktor sahkan aku ada mild PTSD seketika dahulu, cuma dia tidak tahu apa yang menyebabkan aku menjadi begitu. Tiada siapa yang tahu kecuali kawan baik aku Fiq, nama panjangnya Syafiqah.
Penglihatan aku mula kabur dan nafas aku makin kuat, sekeliling aku senyap tanpa sebarang bunyi. Aku merangkak ke meja ditepi katil aku untuk mengambil ubat aku, namun tidak berdaya. Tiba-tiba pintu bilik ku dibuka dan aku nampak kelibat manusia berlari ke aku dan mengatakan sesuatu yang tak dapat aku paham. Aku hanya nampak mulutnya bergerak dengan muka yang sangat risau. Manusia tersebut menyuap dua biji pil kepada aku dan aku terus telan sebelum semuanya hitam.
Sinaran matahari dimataku membuat aku terjaga. Aku membuka mata perlahan2 kerana silau dan melihat sahabatku Fiq sedang duduk di kerusi yang berada di balkoni sambil memandang aku. Aku senyum kepadanya dan mengucap terima kasih kerana tolong aku tadi.
"Dani. Apa yang terjadi? Dah lama kau tak dapat attack kau tu.", tanya si Fiq. Aku hanya perlu jawab dengan satu perkataan.
"Han."
YOU ARE READING
SELAMATKAN AKU
RomanceDaniel Rania Hanif atau lebih dikenali dengan Dani sentiasa rasa dirinya lain dari yang lain tetapi tidak diendahkan olehnya. Sepanjang hidupnya, dia cuba untuk mengembirakan hati semua orang tanpa mempedulikan hatinya. Dani datang dari keluarga yan...