Pejam celik. Pejam celik. Dah masuk dua bulan aku menjadi pelajar di sekolah ini. Kehidupan aku disekolah ini sangat normal. Namun kenormalan itu tidak berkekalan. Semuanya bermula apabila Fiq mengajak aku untuk bermain bola keranjang. Fiq adalah player sekolah dan mereka memerlukan seorang lagi untuk mencukupkan dua team.
Aku keberatan untuk bermain bukan kerana aku tidak pandai bermain tetapi kerana aku tidak suka menonjolkan diri aku. Pasukan bola keranjang kami sangat famous atas pencapaian mereka yang cemerlang. Setiap kali latihan mereka mesti ada penonton.
"Dani, join kitorang main. Tak cukup player ni." ajak Fiq. Fiq tahu yang aku pernah main bola keranjang kerana aku pernah cerita kepadanya. Kan aku dah kata aku dan Fiq banyak persamaan.
"Tak nak la aku. Malu. Kau tau kan aku macam mana."
"Ala..Tolong la. Nanti outing aku belanja kau apa saje kau nak."
Dengar saje Fiq cakap macam tu aku terus setuju dan mengangkat bontot aku dari tanah.
"Apa saje aku nak. Kau tak boleh complain.", aku warning Fiq sambil tunjuk jari telunjuk aku ke muka Fiq.
"Yela. Aku janji.", balas Fiq dengan nada menyampah sambil menjeling matanya.
Selepas tu, player dibahagi kepada dua kumpulan. Nasib aku baik dapat satu kumpulan dengan Fiq, takde la aku kekok sangat. Aku tak berapa kenal player lain. Aku bermain posisi shooting guard manakala Fiq posisi point guard(PG ).
Wisel dibunyikan, kedua2 PG melompat untuk menangkap bola yang dilambung oleh referee. Disebabkan Fiq lagi tinggi daripada PG pasukan lawan, dia berjaya menepis bola ke arah aku. Aku menyambut bola tersebut dan dribble ke arah basket. Datang seorang cuba menghalang aku tapi aku back dribble dan memoloskan diri ke belah kirinya.
Lepas je garisan 3 pointer datang lagi seorang menghalang aku. Aku susah nak memboloskan diri kerana pemain tersebut sangat lincah. Aku melihat teman sepasukan aku dan tiada sorang pun free. Aku membuat keputusan untuk menjaringkan bola tersebut. Aku memegang bola dengan dua belah tangan dan menbengkok lutut aku.
Player yang halang aku itu tinggi so aku melompat ke belakang, lepas sahaja kaki aku dari garisan 3 pointer aku melepaskan bola ke arah basket. Tiba2 rasa macam slow motion, semua orang melihat trajektori bola tu dan akhirya masuk ke dalam basket. Hanya kedengaran bola melantun di lantai dan semua orang memandang aku dengan muka terkejut.
Aku hanya memberi senyuman tak bersalah. Kenapa semua orang senyap? Meh aku explain. Apa yang aku buat tadi adalah satu teknik yang susah lebih2 lagi aku perempuan pulak tu. Jarang perempuan dapat shot di line 3 pointer. Tambah pulak aku membuat teknik fade away. Mana tak terlopong semua.
"Woi..Aku tau la kau pandai main tapi tak tahu pulak sampai tahap tu." kata Fiq memecahkan kesunyian.
"Tahap apanya. Biasa je la."
"Biasa kepala otak kau. Tu dah macam pro aku tengok."
"Betul apa Fiq kata tu.", player yang block aku tadi bersuara.
"Nama aku Farah Kirana Ilyas, panggil aje Kira. Tak ramai yang berjaya shoot bila aku block", katanya lagi.
"Terima kasih. Sebab aku tau aku tak dapat lepas tu yang aku buat macam tu."
"Kau patut join team basket. Kitorang sangat memerlukan orang yang talented macam kau.", Kira mempelawa.
"Betul tu. Kita kan buddy Dani", sampuk Fiq sebelum aku sempat balas.
Aku sebenarnya malas tapi tengok muka bersungguh Fiq, tak sanggup aku nak menolak tawaran tu. Aku mengangguk dan Fiq melompat kegembiraan. Macam budak2 betul. Selepas itu kami meneruskan game dan team aku dan Fiq menang dengan beza satu mata. Mana taknya sengit, team satu lagi semua pemain wakil sekolah kut.
Sejak dari peristiwa itu, satu sekolah kenal aku. Memang takde sorang kat sekolah ni tak kenal player basket. Player basket kira macam selebriti la kat sekolah ni. Ramai junior dan senior menegur aku apabila aku berjalan. Lebih2 lagi bila aku berjalan dengan Fiq dan Kira. Kira ni cantik dan smart orangnya. Kira adalah pujaan sekolah kerana dia adalah star player basket. Lepas dari game hari tu aku jadi rapat dengan dia.
Sambil aku, Fiq dan Kira berjalan, aku nampak Han berjalan dari arah depan sambil berbincang dengan orang disebelahnya. Aku jarang nampak Han kerana dia sangat sibuk dan kami kelas tak sama. Aku jadi tenang apabila memandang mukanya. Tinggal beberapa langkah antara kitorang dan Han, dia melihat ke arah kami. Dia mengukir senyum lebar dan lari ke arah kami. Aku tidak tahu untuk membuat apa hanya berdiri di situ sahaja macam tunggul.
Han berlari sambil memandang straight ke aku, tetapi dia ubah ke arah Kira pada saat akhir dan memeluknya. Kira membalas pelukan Han dan mengangkatnya. Melihat peristiwa itu membuat aku rasa sesuatu yang aku tak dapat tafsir.
"Kiii...Rindu.", kata si Han masih lagi dalam pelukan Kira.
"Kira pun rindu jugak bunga Kira sorang ni. Dia yang selalu busy memanjang.", balas Kira sambil meleraikan pelukan dan mencium pipi Han.
What?????
YOU ARE READING
SELAMATKAN AKU
RomanceDaniel Rania Hanif atau lebih dikenali dengan Dani sentiasa rasa dirinya lain dari yang lain tetapi tidak diendahkan olehnya. Sepanjang hidupnya, dia cuba untuk mengembirakan hati semua orang tanpa mempedulikan hatinya. Dani datang dari keluarga yan...