Pilihan

10 1 0
                                    

Enn merenung telefonnya sambil berkira2 mahu menghubungi Ryan. Hatinya berbelah bagi mahu menyampaikan keputusannya pada Ryan atau tidak. Akhirnya dengan berat hati, Enn menaip mesej pesanan ringkas untuk Ryan.
"Assalamualaikum, Yan. Pa khabar? Boleh kita jumpa ka Yan? Ada bah aku mau bagitau ma kau ni."
Beberapa detik kemudian.
"Waalaikumsalam,khabar baik. Boleh ba Enn tapi lepas ibu ganti aku jaga ayah aa. aku d hospital ni..petang karang la kita jumpa, tempat biasa."
"Tq Yan..nnti jumpa aa."
Enn termenung mengenangkan keputusan yg sudah dibuatnya.."mungkin ini yg terbaik"desis hatinya. Enn segera bersiap dan berlalu pergi ketempat yang dia dan Ryan janjikan.
Sebaik saja Enn tiba,dia terpandang kelibat Ryan yg sedang menantinya. Sayu rasa hatinya melihat Ryan yg kelihatan sugul dan letih,mungkin sebab kesibukannya menjaga ayahnya yang terlantar di hospital. Enn melabuhkan punggungnya di hadapan Ryan dan melemparkan senyuman manis utk menutup gundah di hatinya.
"Yan okey? Mcm penat ja muka tu..nda sihat ka?" Sapa Enn.
"Alhamdulillah..okey ba juga cuma penat ckit ja la. Enn kenapa pucat ni?" Ryan merenung wajah gadis kesayangannya itu.
"Enn okey, pucat ka? Lupa kali pakai gincu"gurau Enn.
"Adakah?? hehehe..Enn mau bagitau apa? Mcm penting ja"
Enn menggenggam tangannya sendiri..menarik nafasnya dan menjawab pertanyaan Ryan.
"Yan, minggu depan Iman datang meminang Enn. Kami akan bertunang..Yan datang aa." Enn tertunduk setelah berterus terang. Ya.. Iman pilihan Enn.
Mata Ryan membulat mendengar ucapan Enn,hatinya seakan dihempas dengan batu besar dan matanya berkaca2. Namun mengenangkan yang Enn nda pernah mengetahui isi hatinya,dia segera menyembunyikan reaksinya sebentar tadi dan tersenyum manis.
"Tahniah Enn..insyaAllah,kalau xda aral..aku pasti datang."
Enn merenung anak mata Ryan mencari suatu kepastian namun dirinya hampa tatkala terpandang senyuman manis Ryan.
"Terima kasih Yan..tolong sampaikan salam aku pada ibu dan ayah". Enn segera bangkit dan berlalu meninggalkan Ryan sambil menahan sebak dihatinya. Tergesa2 dia menuju ke keretanya dan memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Airmata yang di tahannya sedari tadi akhirnya merembes keluar tanpa dapat ditahan2 lagi. "Ryan cuma menganggapku sahabat rupanya..kalaulah dia menghalangku bertunang"desis hati Enn sambil mengesat airmatanya.
Ryan yang ditinggalkan Enn cuma mampu memandang gadis itu berlalu pergi bersama airmata yg mengalir dipipinya sambil memegang dadanya yg terasa sangat sakit. Terngiang2 ditelinganya berita pertunangan Enn itu. "Selamat tinggal sayang, semoga kau bahagia" bisik hatinya sambil berlalu pergi dari tempat itu dan menuju ke hospital untuk menjaga ayahnya.

******************************
Hari pertunangan Iman dan Enn pun tiba, majlis pertunangan mereka sangat ringkas dan cuma dihadiri oleh sanak saudara terdekat sahaja. Terpancar kegembiraan di wajah abi Enn, umminya dan adik beradiknya. Kegembiraan dan kebahagiaan itulah yang diinginkan olehnya namun terasa belum lengkap kerana Ryan belum muncul sejak dari majlis bermula lagi. Mata Enn melilau mencari kelibat Ryan namun hampa kerana bayangnya pun tidak kelihatan. Sesudah selesai acara menyarungkan cincin oleh ibu Iman, Enn sah menjadi tunangan Iman. Ibu Iman memeluk dan mencium pipi Enn sambil mengucapkan terima kasih kerana kesudian Enn menerima pinangan anaknya. Enn membalas pelukan bakal ibu mertuanya.
Iman yang baru sahaja dibenarkan masuk ke rumah kelihatan segak berbaju melayu tersenyum manis apabila melihat tunangnya. Enn tersipu malu apabila galak diusik oleh sanak saudaranya. Iman datang menghampiri tunangnya Enn..
"Assalamualaikum,tunang abang. Cantik sayang hari ni"
"Waalaikumsalam abang,terima kasih"balas Enn sambil membalas senyuman tunangnya.
"Sayang cakap nak kenalkan abang dengan sahabat sayang Ryan..mana dia?" Soal Iman sambil memandang sekeliling.
"Ryan belum datang la bang,mungkin ada hal kali. Ayahnya kan sakit di hospital,nanti Enn bawa abang jumpa dia aa. Abang pegilah makan dengan abi, sambil kenal2 dengan keluarga."
Iman mengangguk dan berlalu menuju ke arah bakal bapa mertuanya. Enn merenung telefonnya,tiada sebarang panggilan atau mesej dari Ryan. Enn berlalu menuju ke arah kaum kerabat tunangnya dan melayani mereka makan. Apabila majlis selesai, keluarga Iman meminta diri untuk pulang. Ryan langsung tidak menghadirkan dirinya, Enn merasa sedih namun dia terus sahaja menyibukkan diri mengemas peralatan pertunangannya. Setelah semuanya selesai, Enn masuk kebilik dan berbaring di atas katilnya melepaskan lelah. Tiba2 pintu biliknya diketuk dan kelihatan adiknya Dija melangkah masuk sambil membawa sebungkus hadiah yang besar. Enn segera duduk sambil memandang adiknya dengan seribu satu pertanyaan.
"Kenapa dik? Bungkusan apa tu?" soal Enn apabila adiknya meletakkan bungkusan hadiah tersebut di atas katil.
"Dija cuma menyampaikan amanah orang,untuk akak" jawab Dija dan terus berlalu pergi tanpa sempat Enn mau bertanya lebih lanjut. Enn membelek2 bungkusan tersebut sambil tangannya mencapai sampul surat yang di letakkan bersama hadiah itu. Dia segera membuka dan membaca isi kandungannya..
"Assalamualaikum,sahabatku. Tahniah Enn,jadi tunangan orang sudah. Aku minta maaf Enn, nda dapat hadir di majlis mu ni. Niat hati memang mau betul datang tapi ada hal yang nda dapat dielakkan, jangan marah aa Enn.
Aku doakan kau bahagia, Iman lelaki yang sangat baik.aku yakin dia nda akan buat kau menangis,buat kau kecewa..sebab aku tau dia akan jaga kau dengan sangat baik. Enn,teruslah berbahagia..aku nda akan ada lagi untuk jaga kau macam sebelum ni. Persahabatan kita ini,kita nda boleh teruskan lagi sebab aku nda mau Iman terluka. Jaga diri baik2 Enn..jaga adab sebagai tunang org. Yan harap Enn faham..berat rasa hati mau buat keputusan begini tapi ini yang terbaik buat semua org.
Tolong sampaikan ucapan tahniah dan salam aku pada Iman, pesan sama dia..aku harap dia jaga kau baik2. Kalau dia kasi sia2 kau Enn,aku ambik kau dari dia. Hehehe.. Selamat tinggal Enn."
Tersedu sedan Enn menahan tangisnya membaca surat dari Ryan,hatinya macam dicarik2. Tangannya segera mencapai telefon dan menghubungi Ryan. Beberapa kali mencuba namun tiada jawapan dari ryan, dia tetap tidak berputus asa dan terus2an menghubungi Ryan.
Setelah lebih sepuluh kali Enn mendail,akhirnya Ryan menjawab panggilan Enn. Dengan suara yg bergetar Enn menyoal Ryan bertubi2.
"Kenapa buat Enn mcm ni Yan?"
Ryan melepaskan keluhan dan menjawab soalan Enn.
"Enn, ko tu tunang orang Enn. Kita nda boleh mcm dulu lagi. Tolonglah faham".
"Tapi Iman nda larang kita bkawan ba Yan".
" Memang dia nda larang tapi aku sebagai lelaki,aku faham Enn. Jadi sebaiknya kita mengelak hal yg nda sepatutnya daripada terjadi Enn."
"Kau nda sayang aku ka Yan? Sampai hatimu buat aku begini.." Sedu Enn.
"Sebab aku sayang kau la Enn aku buat begini,aku minta maaf Enn. Suatu hari nanti kau faham juga tu.jangan menangis Enn..aku nda suka dengar kau nangis. Tolonglah bahagia dan gembira sebab tu semua akan buat aku bahagia dan gembira juga."
"Kau jahat Yan..kau bilang kau akan jaga aku sampai bila2 tapi sekarang kau kasi tinggal aku pula" Enn tersedu sedan menangis meluahkan kekecewaannya.
"Enn, Iman yang akan jaga kau lepas ni. Aku tiada hak mau jaga kau sudah..Enn,janganlah begini. Kalau kau sayang aku, tolonglah berhenti menangis."pujuk Ryan. Suaranya bergetar menahan tangis..hatinya sayu mendengar tangisan pilu pujaan hatinya.
"Aku sayang kau Yan..tolonglah jangan tinggalkan aku. Aku perlu kau..tolonglah Yan."rayu Enn.
"Maafkan aku Enn..kita boleh tetap berkawan tapi nda boleh macam dulu.kita masing2 ada hati yang perlu di jaga"
"Pergi Yan..pergi. Jangan pernah pedulikan aku lagi". Ucap Enn bersama esak tangisnya dan terus mematikan panggilan. Enn menangis dan terus menangis..hatinya sakit.
"Maafkan aku sayang,aku terpaksa.aku terlalu terluka menghadapi hakikat yang kau akan jadi milik orang lain. Lebih baik sakit sekarang..aku takut aku nda akan mampu melepaskan kau bila tiba saatnya nanti. Selamat tinggal sayang, aku terlalu mencintaimu" bisik hati Ryan sambil mengusap gambar Enn yang di simpan di biliknya.
Esak tangis Enn didengari adiknya Dija..dia segera mendapatkan kakaknya dan berusaha menenangkan kakaknya.
"Sabarlah kak, apa yang berlaku pasti ada sebabnya dan pasti ada hikmahnya. Dija tau akak kuat" pujuk Dija tanpa menyedari kakaknya terlena dalam tangisan.

Dua hati yang saling menyayangi terluka kerana tiada kepastian yang nyata. Mampukah Enn meneruskan rencana pernikahannya?
Mampukah Ryan meneruskan hidup tanpa Enn disisinya lagi?

Kehidupanku KetentuanNya ( complete )Where stories live. Discover now