Tak terluahkan

13 1 0
                                    

Ryan sering menemui Enn setiap kali berkesempatan, baginya Enn sudah menjadi keutamaannya. Setiap kali Enn mau berjumpa atau memerlukan pertolongan, Ryan pasti akan meninggalkan pekerjaannya dan segera mendapatkan Enn. Keperihatinan Ryan terhadap Enn sedikit sebanyak menimbulkan perasaan yg sukar untuk diluahkan di hati Enn, semakin hari semakin bercambah rasa kasih Enn pada Ryan namun untuk mengakuinya di hadapan Ryan, Enn nda mampu. Dia takut dia akan kehilangan Ryan seandainya Ryan mengetahui akan isi hatinya, kerana hal demikian..Enn lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Ryan pula sedaya upaya menunjukkan rasa kasihnya pada Enn walaupun x pernah mengungkapkannya di hadapan Enn. Dia sudah cukup bahagia menjaga dan menggembirakan Enn tanpa ikatan apa2. Pernah terdetik dihatinya untuk menyunting pujaan hatinya itu namun dia takut Enn akan bertindak menjauhkan diri. Ryan nda sanggup kehilangan Enn, ibunya yg mengetahui ttg isi hati anaknya tu seringkali menasihati anaknya supaya berterus terang sahaja namun Ryan menolak dgn baik. Baginya cukuplah dia boleh melihat Enn bahagia meniti kehidupannya. Masing2 memendam perasaan atas dasar sebuah persahabatan..mereka nda menyangka yang aturan maha Esa adalah sebaliknya.

******************************

Baru sahaja Enn melangkahkan kakinya menuju ke biliknya, terdengar lembut suara umminya memanggil supaya Enn duduk bersama mereka di ruang tamu.
"Ada apa ummi, abi?"soal Enn lembut sambil melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan kedua org tuanya.
"Abi dgn ummi ada hal nak bincang dengan Enn. Mcmni Enn, tadi ada seorg pemuda datang merisik kamu. Namanya Iman, dia sudah lama berkenan dengan kamu. Abi nampak Iman tu baik budaknya,dia selalu datang mkn di cafe ummi dan teman abi bercerita. Abi dan ummi setuju kalau kamu dijodohkan tapi itu semua keputusan kamu, abi ummi x memaksa."terang abi panjang lebar.
Enn mengelah nafas panjang..
"Bagi masa Enn berfikir ya abi, ummi."jawab Enn sambil tersenyum menutup resah dihatinya.
"Buatlah keputusan yg terbaik buat kamu nak"ucap ummi.
"Enn minta diri abi, ummi. Assalamualaikum." Enn berlalu dan menuju ke biliknya untuk mandi dan solat.

*****************************

Enn duduk termenung memikirkan hal yang abinya suarakan tadi, hatinya tertanya2 siapakah gerangan org yg abinya maksudkan. Enn mengurut dahinya perlahan, dia buntu jawapan apa yang patut dia berikan kepada kedua org tuanya. Enn dapat merasakan betapa abi dan umminya mengharapkan yg dia akan bersetuju menerima lamaran jejaka tersebut. Enn terfikir.. untuk bercinta lagi seperti sebelum ini, dia sdh merasa serik. Hubungan yg terjalin bertahun2 lamanya dengan Roy x menjanjikannya akan berakhir dgn alam perkahwinan sepertimana yg Enn harapkan. Enn mula menyayangi Ryan namun dia merasakan yg dia cuma bertepuk sebelah tangan kerana Ryan x pernah menyuarakan apa2 kepada Enn. Akhirnya dengan berat hati Enn membuat keputusan untuk mengenali jejaka pilihan abinya.
"Mungkin ini yang terbaik."hatinya berbisik. Enn x terniat untuk memberitahu Ryan ttg hal itu kerana dia merasakan dia sdh terlalu banyak menyusahkan Ryan. Enn juga dapat merasakan yg abinya pasti akan kecewa sekiranya dia menolak cadangan abinya itu..
"Abi dan ummi pasti mahukan yang terbaik untuk aku, x salah mencuba"pujuk Enn pada dirinya sendiri.

******************************

Sedang Enn leka membaca novel pemberian Ryan di depan kaunter cafe umminya, dia disapa oleh seseorang.
" Assalamualaikum,"tutur lembut pemuda tersebut. Enn mengalihkan pandangannya kepada pemuda itu, orgnya segak berkaca mata dan berlesung pipit di kedua2 pipinya.
"Waalaikumsalam..boleh saya bantu encik?"soal Enn.
"Saya Iman, Muhammad Iman Abdullah."jawab pemuda itu lagi.
"Iman? Ini kali pemuda yg abah maksudkan"desis hati Enn.
"Encik nak order apa2 tak?" Soalnya lg.
"Saya cuma nak berkenalan dan memperkenalkan diri dgn saudari Enn. Saya lah yg masuk merisik Enn tempoh hari"terang Iman. Enn tertunduk malu mendengar penyataan berani pemuda itu.
"Kita tak kenal antara satu dengan lain, kenapa kamu yakin mau memperisterikan saya?" Soal Enn.
"Saya yakin dengan hati saya, saya dah lama perhatikan Enn. Saya terpikat dengan peribadi kamu, cara kamu membawa diri, cara kamu menghormati org lain. Kamu istimewa di mata saya"luah Iman jujur.
"Kamu x rasa terlalu cepat ka semua ni? Kamu blm kenal saya sepenuhnya"
"Selepas nikah,kita boleh saling lebih mengenali. Saya x memaksa kamu Enn..sbb ni semua keputusan seumur hidup. Saya yakin dengan pilihan saya, apapun keputusan kamu..saya terima dgn hati yg terbuka." Ujar Iman.
"Bagi saya masa"kata Enn perlahan.
Iman tersenyum sambil berkata" saya akan..ambillah seberapa bnyk masa yg kamu perlu. Saya tunggu..saya minta diri dulu Enn. Sampai bertemu lagi, Assalamualaikum."
Enn mengangguk lantas membalas senyuman Iman "waalaikumsalam".

Ryan yg memerhatikan Enn dari jauh tertanya2 siapa gerangan pemuda yg berbicara dengan gadis idamannya itu. Perlahan2 dia melangkah menghampiri Enn yg sedang termenung. Dia merenung wajah kesayangannya itu tanpa disedari oleh yang empunya diri.
"Jauh sudah kau sampai Enn? Aku d depan pun kau nda sedar. Ingat putera raja mana?" usik Ryan.
"Astaghfirullah..terkejut aku. Kau ni Yan..suka betul la. Lama nda muncul..busy ka?"
"Aha..busy dgn awek2. Ko tau la aku ni kan jejaka idaman Malaya..populariti mengalahkan artis." Jawab Ryan sambil tertawa.
Enn menutup mulutnya menahan tawa..
"Enn,aku mau menyibuk ba ni..itu ba yg lelaki td bercakap dgn kau tu siapa? Lama sdh aku sampai td tp saja x mau kacau daun." Soal Ryan menyuarakan hal sebentar td.
"Oh..itu Iman. Aku pn baru kenal dia tu."jawab Enn.
"Rancak pula aku tgk kamu bcerita."
"Iman masuk merisik aku beberapa hari lalu, dia kenalan abi. Tadi dia datang memperkenalkan dirinya"terang Enn.
Ryan terkejut dgn apa yg diceritakan oleh Enn namun segera dia menyembunyikan reaksinya.
"Hensem apa,jadi apa keputusan kau?" Ryan tersenyum paksa.
"Entahlah Yan..aku pn x terfikir apa2 lg ni.bingung ba.. Abi dgn ummi mcm berharap yg aku akan terima lamaran Iman tapi aku takut la Yan.aku bknnya kenal dia..lainlah mcm kau.kita dah kenal lama.."keluh Enn.
Ryan mengerutkan keningnya..
"Buatlah keputusan yg terbaik untuk diri sendiri Enn, aku tgk Iman tu baik orgnya. Apapun keputusan kau, aku sokong. Aku harap kau akan temui kebahagiaanmu kali ni. Aku yakin,abi dan ummi pasti mahukan yg terbaik untuk anak2nya." Ucap Ryan sambil merenung mata Enn.
Enn tertunduk,hatinya berbelah bagi mau membuat keputusan yg mcmmana. Hatinya membuak2 untuk menyatakan perasaannya pada Ryan namun malunya sbg seorg perempuan mengatasinya. Malahan dgn apa yg dikatakan Ryan, membuatkan dia yakin bahawanya Ryan x pernah menganggapnya lebih dari seorg sahabat. Enn sedaya upaya menahan airmatanya mengenangkan jejaka dihadapannya ini adalah milik insan lain. Enn terdiam seribu bahasa..x sanggup bertentang mata dgn Ryan.
"Enn, fikir masak2..minta petunjuk dr Allah. Aku cuma mau kau tau,aku ttp ada di belakangmu walau apapun keadaannya. Dah la Enn, x mau la murung2. Senyumlah.."pujuk Ryan. Enn mengangguk dan tersenyum menyembunyikan galau di hati. Ryan Dan Enn sama2 menyimpan perasaan namun cinta kedua2nya x terluahkan.

Enn akan memilih untuk menerima lamaran Iman dan memendam perasaan atau memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Ryan? Nantikan....

Kehidupanku KetentuanNya ( complete )Where stories live. Discover now