Ini takdir kita

10 1 0
                                    

Enn merenung dirinya di hadapan cermin..sesekali matanya melirik kearah adiknya Dija yang tersengih2 memandangnya. Hatinya berdebar2..suasana riuh di sekelilingnya nda mampu menutup hatinya yang gundah. Enn sesekali membuang pandangannya ke luar jendela biliknya, sesekali memandang telefon bimbit di tangannya. Berkali2 dia menggosok tapak tangannya,perbuatannya itu hanya diperhati oleh adiknya Dija. Sambil menyentuh bahu kakaknya, dia bertanya.
"Kenapa ni Kak Enn? Mcm cacing kepanasan la."
"Akak nervous la Dija..hati ni mcm tak tenang ja. Mcm ada sesuatu yang tak elok terjadi", jawab Enn sambil melirik kembali telefonnya.
"InsyaAllah,tiada apa benda nda baik yg jadi la Kak.doa yang baik2 ja." Pujuk Dian.
"Entahlah dik,ada sesuatu yg mengganggu akak."
"Cuba contact abang Iman,tanya dia kat mana skrg?"
"Akak dah contact dah,dia kat rumah katanya. Dija ada nampak abang Ryan ka di bawah?"
"Ada Kak..tadi abang Ryan ada datang tapi tiba2 dia kelam kabut mau pulang. Nda sempat dia mau duduk pun..ada kecemasan katanya."
Enn segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Ryan..segera hampir lima kali mendail, barulah ada jawapan dari Ryan.
"Hello Yan..ko okey juga ka ni?"
"Huhuhuhu... Enn,ayah..ayah dah tiada"jawab Ryan sambil teresak2 menangis.
"Innalillahiwainnahirojiun.. sabar Yan. Kejap lagi aku datang..masih di hospital ka Yan?"
"Ya Enn.."
Enn segera menamatkan panggilan..dia segera mendail nombor telefon tunangnya.
"Assalamualaikum,abang. Enn mau pigi hospital ni,ayah Ryan meninggal bang. Huhuhuhu"tangisan yang ditahannya sejak tadi akhirnya terlepas juga.
"Waalaikumsalam..abang temankan.tunggu abang di sana"
Enn segera bersiap dan memberitahu perkhabaran itu dengan keluarganya. Sebaik sahaja Iman sampai, mereka sekeluarga segera menuju ke hospital.
Sebaik saja tiba, Enn segera mendapatkan Ryan dan ibunya. Ibu Ryan segera memeluk Enn sambil menangis teresak2. Enn membalas pelukan ibu Ryan sambil mengesat airmatanya.
"Salam takziah ibu, banyakkan sabar. Allah lebih sayang arwah ayah"pujuk Enn.
Enn memandang Ryan yang terduduk dilantai sambil menekupkan wajahnya. Perlahan2 Iman mendekati Ryan..tunangnya itu kelihatan mengusap2 bahu Ryan. Ryan mendongak dan segera memeluk Iman.. Enn mengalirkan airmatanya melihat kelakuan dua jejaka dihadapannya ini. Dia merasa sangat sedih kerana nda mampu membuat apa2 untuk memujuk Ryan sedangkan Ryan selalu memujuknya di saat dia bersedih..hatinya meronta2 mahu menenangkan Ryan tapi mengenangkan statusnya sebagai tunangan org membantutkan niatnya.
Majlis pengebumian ayah Ryan berjalan lancar, Enn dan Iman setia bersama keluarga Ryan sehingga majlis selesai. Ryan yang kelihatan sugul langsung nda bersuara, cuma meminggirkan dirinya seorang diri. Iman mendekati Enn..dia meneliti wajah tunangnya itu yang asyik memandang Ryan sampai nda sedar kehadirannya di situ.
"sayang,pigilah pujuk Ryan. kesian dia..dari tadi nda mau makan dan minum"ucap Iman sambil menghulurkan segelas air pada Enn. Enn menyambut gelas itu sambil merenung wajah tunangnya dengan mata yang berkaca2. Iman mengangguk dan berkata "abang izinkan". Enn memandang Iman sambil mengesat airmatanya namun tetap nda berganjak dari tempatnya berdiri.
"Pergilah sayang, abang izinkan. tolong pujuk Ryan..dia perlukan sokongan sekarang ni." Iman tersenyum sambil menghulurkan tisu.
"Abang dekat depan ya..temankan ibu Ryan." Iman berlalu meninggalkan Enn yang masih termanggu. Perlahan2 Enn melangkah menghampiri Ryan yang duduk termenung di beranda..dia melabuhkan punggungnya di sebelah Ryan dan menghulurkan gelas air itu.
Ryan melirik pada Enn namun nda menyambut pun gelas itu..
" Aku nda haus" ucap Ryan dingin.
" Dari tadi kau nda minum atau makan Yan" pujuk Enn.
" Kau peduli apa? Aku tau jaga diri aku la", Ryan mendengus marah sambil mengesat airmatanya.
" Aku peduli sebab aku sayang kau Yan..aku sayang ibu. Kalau kau terus begini, nanti kau sakit. Kau sakit, ibu macammana? Ibu perlukan kekuatan dari anak2nya Yan", Enn teresak2 menangis sambil menggenggam gelas ditangannya. Ryan berpaling membelakang Enn sambil menangis. Hatinya merontah2 mahu memeluk gadis disebelahnya itu namun dia sedar dimana haknya. Enn menangis tanpa suara, hatinya juga merontah2 mahu menenangkan Ryan.
" Enn,pergilah. nda manis tunang orang duduk di sini berdua dengan lelaki lain. Terima kasih atas segalanya", ucap Ryan tanpa memandang Enn. Enn berlalu meninggalkan Ryan namun meninggalkan gelas berisi air itu di atas kerusi. Ryan mengambil gelas itu dan merenungnya.. beberapa minit kemudian, Enn muncul semula dan membawa sepinggan makanan. Dia kembali duduk di sebelah Ryan..
" Makan sikit Yan,nanti kau sakit." Enn nda putus asa memujuk Ryan.
"Aku nda lapar. Pulanglah Enn..lewat sudah ni".
Enn mengangkat sudu dan berusaha menyuapkan Ryan makanan.
" Apa kau buat ini Enn? Kau sedarkah apa kau buat ni aa?" bentak Ryan.
Menggeletar tangan Enn apabila ditengking Ryan namun Enn tetap terus berusaha mahu menyuapkan makanan ke mulut Ryan. Iman yang menyuruh Enn melakukan hal itu kerana dia tahu Ryan cuma boleh dipujuk oleh Enn.
" Untuk sekali ni ja Yan..aku mohon. Tolong bagi aku peluang".
" Enn,sedarlah. kau tunang orang Enn".
" Aku yang izinkan dia Yan",sahut Iman dari ruang tamu.
Enn merenung kedalam mata Ryan..
" Beri aku peluang Yan, aku sayang kau. aku nda mau kau sakit, kalau kau nda mau buat sebab aku,tapi tolong fikirkan pasal ibu", Enn terus memujuk.
Ryan memandang Enn dan mengangguk, Enn segera menyuapkan makanan ke mulut Ryan. Sebaik sahaja Ryan mengunyah makanan itu, Enn menangis teresak2.
" Aku sayang kau Enn, tolonglah hidup dengan bahagia. Lepas ni aku nda ada sdh mau jaga kau tapi aku tau Iman akan jaga kau dengan lebih baik. Terima kasih sebab pernah gembirakan aku, aku bertuah ada sahabat macam kau. Jaga diri baik2 Enn, kau yang terbaik."
Enn terus menyuap makanan pada Ryan hingga habis dan berlalu pergi dengan linangan airmatanya tanpa berkata apapun. Ryan hanya mengekori langkah Enn dengan lirik matanya..kelihatan kelibat Iman mendekati Ryan dan menepuk lembut bahu sahabat tunangnya itu.
"Ryan..yang hidup pasti akan mati. Redhai pemergian arwah ayahmu, kau kena kuat demi ibu dan Enn. Enn sayang kau,dia nda mau ada hal buruk jadi pada kau. aku tau kau pun nda mau Enn sedih, kau mesti jaga diri aa Yan."
" Aku tau Man, tolong aku jaga dia baik2. Terima kasih sebab bagi aku peluang jaga dia selama ni, terima kasih bagi aku peluang  tadi. lepas ni aku nda akan ganggu kamu lagi".
" Aku nda halang kamu berkawan Yan,kau pun penting pada Enn. Aku sanggup buat apa ja asalkan Enn gembira".
" Nda boleh sudah Man..kau pun tahu kenapa. Terima kasih Man,kau banyak tolong aku."
"Sama2 Yan..suatu hari nanti,aku akan bagi balik apa yang sepatutnya jadi hak kau" Iman bersalam dengan Ryan dan terus berlalu pergi.
Enn dan Iman meminta izin pulang setelah semuanya selesai.
Ryan hanya memerhati Enn dan Iman hingga kelibat mereka hilang dari pandangan.
Ryan melangkah mendekati ibu dan memeluknya erat, Ibunya mengusap2 belakang Ryan dan memberinya kucupan kasih.
"Kita redhai pemergian ayah, kita yang hidup ni..teruskan hidup. Memang sakit nak tapi nda baik meratapi arwah, ibu mau Yan tabah. Allah duga sebab Allah sayang, ini takdir kita nak" pujuk ibunya sambil mengesat airmata Ryan. Dia sedar betapa terlukanya hati anaknya kerana kehilangan dua kesayangannya serentak. Ryan mengangguk dan memeluk ibunya dengan lebih erat.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Allah nda akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya

Kehidupanku KetentuanNya ( complete )Where stories live. Discover now