KetentuanNya ( Final )

24 2 0
                                    

Beberapa bulan berlalu, Ryan menjalani hidupnya dengan kesibukan bekerja meneruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. Sejak dari hari terakhir dia bertemu dengan Enn, Ryan sama sekali nda pernah berjumpa atau menghubungi Enn lagi namun sudah menjadi kebiasaannya setiap hari dimana dia akan melihat Enn dari jauh walaupun cuma sekejap. Ryan juga menjadi sangat pendiam dan sering menyisihkan diri dari semua kawannya.
Seperti kebiasaannya, dia akan memerhati Enn yang sibuk di cafe dari keretanya. Namun seperti setiap hari dia melihat Enn, Enn lebih banyak termenung. Enn merasa sunyi tanpa kehadiran Ryan yang selalu menceriakan hari2nya dan juga tentang perkhabaran pernikahan Roy dan Dian. Ryan mengupah seorang kanak2 untuk memberikan coklat kegemaran Enn..sebaik sahaja Enn mendapat coklat itu,matanya melilau mencari kelibat Ryan kerana dia yakin jejaka itu yang memberi coklat padanya. Enn tahu setiap kali dia bersedih, Ryan akan memujuknya dengan cara sedemikian. Enn tersenyum namun wajahnya bertukar sedih apabila dia nda ternampak Ryan di mana2. Enn mengesat airmatanya kerana dia rindu pada jejaka itu. Ryan yang memerhatikan gelagat Enn juga merasa sedih dan dia juga sangat merindui gadis itu. Ryan segera berlalu pergi kerana takut Enn akan menyedari kehadirannya.

************************************

Hari demi hari berlalu, Iman dan Enn sudah semakin rapat. Iman berusaha sedayanya untuk memikat hati tunangnya itu. Enn juga sudah mula membuka hatinya untuk menerima dan menyayangi tunangnya itu. Setiap hari,ada saja perkara yang Iman lakukan untuk menggembirakan Enn. Ryan yang menjadi pemerhati yang setia merasa gembira dengan perubahan Enn walaupun dia nda mampu memiliki wanita idamannya itu.Akhirnya Ryan membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Enn dan Iman kerana dia takut akan membuat sesuatu di luar kewarasan fikirannya. Hakikat kehilangan ayahnya dan juga hakikat yang wanita dicintainya bakal menjadi milik orang terlalu berat untuk Ryan lalui namun sokongan dari ibunya membuatkan dia kuat.

************************************
Enn menggenggam jemari adiknya Dija, perasaan gemuruhnya sukar disembunyikan lagi. Enn balik2 mengurut dadanya menenangkan hatinya yang gundah.
" Akak..relax la. hihihi..pucat sdh muka tu ba"usik Dija.
" Ish.. nervous ba akak dik. Sudah la ramai orang. bikin malu ba dik orang tengok2" balas Enn sambil menguis2 jarinya sendiri.
" Sudah pula namanya pengantin, memanglah ba orang tengok2 kak. kakak Dija ni cantik orangnya..manis pula tu. Nda payah risau la kak, yakin ja" pujuk Dija sambil mengusai pakaian pengantin Enn. Ya, hari perkahwinan Enn akhirnya tiba, majlis mereka di raihkan secara sederhana.
"  Dija..bawa kakak turun aa. Kejap lagi majlis nikah mau dilangsungkan sdh. rombongan lelaki pun sudah sampai tu" ummi yang muncul di balik pintu memberi arahan pada anak2nya.
" Baik ummi..jom kak. Jangan nervous aa, pigi kahwin ja ba tu..bukan pigi perang..ada jg Dija dengan ummi teman akak. Jangan lupa senyum aa..hehehe"usik Dija lagi.
Enn menjeling tajam adiknya sambil mengusai baju nikahnya itu.. " Tunggu nanti turn Dija..Dija tau la tu apa akak rasa".
Perlahan2 Enn melangkah turun ke ruang tamu sambil di pimpin oleh ummi dan adiknya. Enn cuma menundukkan pandangannya sehingga tiba di pelamin yang tersedia kerana merasa malu diperhatikan oleh para tetamu dan merasa dia direnung oleh mata si bakal suaminya. Sebaik sahaja semuanya teratur, acara akad nikah pun dimulakan.
Sebaik sahaja akad nikah di lafazkan, airmata Enn mengalir perlahan dipipinya..perasaannya bercampur baur antara gembira, sedih, sayu, terharu berkecamuk di fikirannya. Enn melirik memandang susuk tubuh insan yang bergelar suaminya, kelihatan sang empunya diri juga mengalirkan airmata sepertinya.
Setelah selesai menunaikan solat, acara membatalkan wuduk pun dimulakan. Enn menundukkan wajahnya..pipinya kemerah2an kerana malu di usik oleh tetamu yang hadir. " Assalamualaikum, isteri" suara garau itu menyapa di telinga Enn.
" Waalaikumsalam, suami." jawab Enn sambil melirik malu.
Tangan sasa itu menyentuh lembut jemari Enn dan menyarungkan cincin bertakhta berlian dijemarinya itu..dengan tangan yang bergetar, Enn pula menyarungkan cincin di jari sang suami. Tangan sasa itu kemudiannya menyentuh kepala Enn dan berdoa..perlahan2 dia mendekatkan bibirnya di dahi Enn dan mengucupnya.
"Terima kasih sayang sebab tetap memilih abang", ucap Iman sayu dan sempat merenung anak mata wanita yang sudah menjadi suri dihatinya. Airmata yang mengalir di pipi sang isteri di seka lembut dengan jemarinya.
Enn tersenyum manis sambil membalas ucapan suaminya.. "Terima kasih abang sebab sudi menyunting sayang".
Iman menggenggam erat jemari isterinya dan berpaling memandang ke arah para tetamu yang sibuk menangkap gambar mereka..apabila Enn berpaling juga memandang ke hadapan,matanya tertangkap kelibat seseorang yang sangat di kenalinya namun apabila Enn berpaling semula untuk mencari kelibat itu, ianya sdh hilang dari pandangan. Enn menjadi keliru dan bermonolog sendiri dalam hati "perasaan aku ja kali".
Ryan yang curi2 menyaksikan majlis pernikahan Enn dan Iman segera berlalu pergi dan meninggalkan bungkusan hadiah pemberiannya dan ibu di atas meja yang disediakan di halaman rumah. Dia bergegas masuk ke dalam keretanya dan tergesa2 meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Setelah agak jauh dari rumah itu, Ryan memberhentikan keretanya di bahu jalan dan menghamburkan tangisannya yang ditahan sedari awal lagi. Terbayang2 dimatanya wajah Enn yang ayu berpakaian pengantin dan senyuman manis Enn dan Iman saat mereka di ambik gambar bersama oleh para tetamu yang hadir.
"Aku redha Enn..kebahagiaan yang terpancar dimukamu itu sudah membuatkan aku merasa sangat bahagia. Mencintai nda bermakna memiliki,aku gembira mencintaimu walaupun kau milik orang lain. Selamat tinggal Enn, sampai disini saja cerita kita". Ryan berlalu pergi bersama luka dihati.
Selesai majlis bersanding, Iman dan Enn membantu mengemas halaman rumah dan perkakas yang sudah digunakan. Walaupun berkali2 diarahkan naik berehat,namun nda diendahkan oleh pasangan pengantin baru itu. Rasa malu antara satu sama lain masih menebal, kedua2nya menyibukkan diri dengan tugas2 yang boleh dikerjakan. Apabila semuanya selesai, mereka sekeluarga duduk berehat minum kopi di ruang tamu sambil berborak kosong. Apabila angka jam sudah menunjukkan angka 10 malam, seorang demi seorang ahli keluarga mereka meminta diri masuk tidur. Abi yang kusyuk berborak dengan Iman juga sudah meminta diri bersama ummi untuk tidur dan mengarahkan Enn membawa Iman berehat. Enn melirik suaminya yang tersenyum manis disisinya.
" Abang mau tidur sudah? Kalau penat, marilah masuk tidur."ucap Enn terketar2.
" Abang mau mandi sayang, melekit badan." jawab Iman sambil tersengih nakal menyakat sang isteri yang tersipu malu. Enn berdiri dan berjalan menuju ke biliknya di ikuti oleh Iman. Sampai di bilik, Iman segera bergegas ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Setelah dia selesai, Enn pula mengambil alih kamar mandi dan membersihkan diri. Keluar saja dari kamar mandi, Enn sudahpun lengkap berpakaian. Matanya melirik longgokan hadiah di tepi katilnya..Iman yang memerhati pergerakan isterinya tersenyum.
"Banyak hadiah tu kan sayang? Mari duduk dekat abang".
Enn memandang suaminya yang duduk bersandar di kepala katil, hatinya berbelah bagi mau pergi atau tidak.
"Abang nda makan orang juga ba sayang"usik Iman. Perlahan2 Enn melangkah menghampiri katil dan duduk di sebelah suaminya. Iman menghulurkan tangannya dan menggapai jari jemari isteri kesayangannya itu dan menarik badan Enn untuk terus rapat padanya. Tangannya melingkar di pinggang Enn dan perlahan dia mengucup dahi Enn.
" Terima kasih sayang, abang orang paling bahagia sebab berpeluang memperisterikan sayang. Selama ni abang nda pernah sangka yang sayang akan memilih abang, abang sangka abang nda akan sempat sampai sejauh ini. Terima kasih kerana menunaikan impian abang" bisik Iman sambil mengusap2 kepala isterinya yang disandarkan didadanya.
" Sayang juga nda percaya ada seseorang yang sudi menyunting sayang sebagai isteri,terima kasih abang sudi menerima sayang seadanya. Sayang berjanji akan menjadi isteri yang terbaik untuk abang..maafkan sayang kerana selama ini sayang ragu2  dengan perasaan sayang." Enn tersedu menahan tangis.
" Abang faham,jangan menangis sayang. abang mohon, izinkan abang menjaga dan membahagiakan sayang selama hidup abang ni. Abang nda memaksa perasaan sayang untuk jatuh cinta pada abang, peluang yang sayang bagi sama abang ni lebih dari cukup untuk abang." ucap Iman sambil menyeka air mata dipipi isterinya sambil menghadiahkan kucupan kasih di dahi Enn. Enn yang sangat terharu dengan perbuatan dan tutur kata suaminya itu mengesat airmatanya sambil mengucup mesra tangan Iman.
" Kita cuba ya bang..insyaAllah, Allah bersama kita",balas Enn.
Iman menarik Enn rapat dan mengeratkan pelukannya, terasa bahagia menjengah ruang hatinya saat dia mampu memiliki gadis yang dicintainya selama ini. Enn membalas pelukan suaminya dan perlahan2 dia terlena di pelukan kekasih halalnya.

Enn dan Iman adalah jodoh yang sudah ditentukan oleh yang maha Esa.

Roy dan Dian akhirnya menjadi satu dalam ikatan yang sah.

Ryan membuat keputusan mengundurkan diri demi kebaikan semua orang.

Cinta nda boleh di paksa tapi mungkin boleh dipupuk.. bahagia atau derita adalah ketentuan yang Maha Esa. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan. "Kehidupanku KetentuanNya" melabuhkan tirainya. Segala kekurangan mohon di maafkan..harap pembaca enjoy hasil karya yang nda seberapa ini. Terima kasih atas kesudian..

Love,
Sakura Krystal.

Kehidupanku KetentuanNya ( complete )Where stories live. Discover now