Teruslah melangkah

6 1 0
                                    

Enn menggosok2 matanya yang pedih dan sembab kerana menangis semalaman. Dia sedaya upaya menyembunyikan matanya yang bengkak. Enn sedang sibuk membaca buku di perpustakaan yang sering dikunjunginya sebagai terapi minda,dia berusaha melupakan Ryan. Tiba2 ada kelibat seseorang sedang duduk dihadapannya, Enn mendongak dan memandang orang yg sedang tersenyum manis di hadapannya itu. Enn segera menundukkan wajahnya kerana risau org dihadapannya akan perasan tentang matanya yg bengkak.
"Assalamualaikum, tunang abang." Sapa Iman sambil merenung wajah tunangnya.
"Waalaikumsalam abang"balas Enn sambil terus tunduk merenung buku dihadapannya.
"Sayang, abang tanya boleh?"
Enn cuma mengangguk. Dia sedar tunangnya sedang merenungnya. Enn merasa bersalah..
"Sayang,kenapa mata bengkak ni? Sayang ada apa2 nak share dengan abang?" Soal Iman lembut.
Enn menitiskan airmatanya.. dia merasa bersalah pada tunangnya kerana menangis disebabkan lelaki lain. Bibirnya bergetar menahan rasa..Iman menghulurkan sapu tangannya dan Enn segera mengesatkan airmatanya.
"Enn minta maaf abang, Enn menangis disebabkan lelaki lain selain abang."
"Shuss...ndapa. Sayang share kalau nak share..abg sedih tgk sayang sedih."pujuk Iman.
Enn mengangkat wajahnya dan merenung wajah tunangnya yg sentiasa tersenyum itu.
"Ryan, bang..dia nda mau bkawan dgn Enn lagi.dia takut abang terluka,dia cakap kami nda boleh mcm dulu lagi sebab kami masing2 ada hati yg perlu dijaga."
"Sayang..mungkin Ryan ada sebabnya sendiri. Kita kena hormati keputusan Ryan. Abang tau bertapa pentingnya Ryan dalam hidup sayang,kita bagi dia masa. abang yakin suatu hari nanti,pasti kita akan dapat bersahabat dengan Ryan semula. Sayang jangan sedih lagi aa.."pujuk Iman lagi.
"Enn minta maaf abang, Enn menangis kerana lelaki lain."
"Abang faham..sayang jangan risau. Abang hormati sayang..pasni nda mau sedih2 lagi. Apa kata nanti kita lawat ayah Ryan..sayang mau ka?"
"Nantilah bang, Enn belum ready mau jumpa Ryan".
"Sayang jom..kita pigi butik yang abang cakap hari tu.tapi sebelum tu..singgah cafe ummi dulu. Ummi dan ibu ada tunggu kita d sana", ucap Iman.
Enn menganggguk dan melangkah mengikut tunangnya menuju ke destinasi yang dirancangkan.

******************************

Enn dan Iman sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan mereka..sejak dari hari pertunangan mereka, Ryan sudah nda pernah menghubungi atau bertemu dengan Enn lagi. Enn merasa kehilangan kerana sudah terbiasa dengan kehadiran Ryan yang setiap hari akan bertemu atau menghubungi namun sedaya upaya ditepis perasaannya itu kerana tunangnya juga sangat mengambil berat tentang dirinya. Enn sudah mula dapat menerima Imam sebagai tunangnya dan dia juga sudah mula sayang pada jejaka itu.. Iman sangat bersungguh2 untuk membahagiakannya,menjaganya membuatkan Enn sangat menghormati tunangnya itu.
Pada suatu hari, Iman meminta Enn untuk bertemu di taman yang selalu dikunjungi mereka. Enn segera pergi ketempat yang dijanjikan namun tidak melihat kelibat tunangnya di mana2. Tiba2 ada sepasang anak kembar datang menghampiri Enn dan memberikan Enn 3 kuntum mawar merah bersama sekeping kad. Enn segera membuka dan membaca kandungan kad tersebut.
" selamat ulangtahun kelahiran sayang, I love u. Terima kasih kerana sudi menerima pinangan abang,sudi untuk menjadi kekasih halal abang. Terima kasih kerana sayang sudi menerima abang apa adanya..di saat sayang sudi disarungkan cincin pertunangan oleh ibu, abang adalah orang paling bahagia di dunia kerana diberi kesempatan untuk memiliki gadis sebaik sayang. Cinta dan kasih abang ni milik sayang selamanya..semoga abang mampu membahagiakan sayang disepanjang hidup abang."
Enn tergamam membaca luahan tunangnya itu..menitis airmatanya kerana terharu dengan apa yang sudah dilakukan oleh tunangnya. Tiba2 terdengar suara berdehem dibelakangnya, Enn segera menoleh dan mendapati tunangnya itu sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Enn tersenyum dan mengucapkan terima kasih namun kelibat seseorang dibelakang tunangnya itu mematikan senyuman Enn. Iman segera memaut bahu orang itu dan membawanya mendekati Enn, Iman tersenyum melihat mata tunangnya yang sedang menjeling tajam padanya sambil membuat muka pelik.
"Happy birthday Enn..aku minta maaf."
Enn melirik wajah tunangnya yang masih tenang dan masih tersenyum sangat manis.
"Terima kasih", Enn menjawab sambil berpaling dan melangkah pergi meninggalkan dua jejaka itu yang terpinga2 dengan tindakan Enn. Iman bertindak untuk menahan Enn dari berlalu pergi namun disekat oleh Ryan.
"Dia masih marah..biarkan dia bertenang. Terima kasih Man, izinkan aku berjumpa dengan Enn di hari jadinya. Aku janji ini kali terakhir, tolong aku sampaikan hadiah ni pada dia". Ryan menghulurkan sebungkus hadiah pada Iman.
"Aku izinkan kau jumpa dia bila2 Yan..kau sahabatnya.aku nda pernah halang persahabatan kamu,sebab kau antara org terpenting pada dia. Dia gembira,aku lagi gembira. Nanti aku sampaikan sama dia aa", jawab Iman sambil menepuk bahu Ryan perlahan.
Ryan menggeleng sambil berkata " nda manis kami masih bersahabat lagi sedangkan kau bakal jadi imamnya. Aku harap kau faham..cuma aku minta dan mohon sangat, tolong jaga Enn baik2..buat dia bahagia. Bnyk kali sdh dia terluka..kesian dia Man. Kalau kau sia2kan dia..aku nda akan teragak2 rampas dia dari kau".
"Nda perlu rampas Yan..kalau aku sia2kan Enn, aku sendiri akan kembalikan dia pada kau Yan. Buat masa ni aku minta peluang menjaganya, aku sangat mencintai dia. Beri aku kesempatan itu"balas Iman.
Ryan terkedu mendengar apa yang diucapkan Iman..hatinya berdegup kencang.
"Apa maksud kau Man?" Ryan mengerutkan dahinya.
"Tiada apalah Yan..aku mohon sangat,datang ke majlis perkahwinan kami aa Yan. Sekurang2nya Enn mesti akan sangat gembira kalau kau ada waktu hari bahagia kami."
Ryan mengangguk perlahan..
"InsyaAllah Man..kalau tiada aral, aku datang. Tolong sampaikan salam aku pada Enn".
Ryan berlalu pergi meninggalkan Iman. Iman segera mendapatkan Enn,dia faham perangai tunangnya tu yang pasti akan bersembunyi kalau ada yang mengganggu fikirannya. Melilau2 mata Iman mencari kelibat tunangnya itu..akhirnya Iman menjumpai Enn sedang duduk termenung di hadapan tasik. Iman duduk di samping Enn sambil berdehem. Enn memandang Iman sekilas lantas tersenyum hambar.
"Sayang marah abang?".
"Nda..terima kasih bagi Enn ni" jawab Enn sambil menunjukkan semua pemberian tunangnya itu.
"Abang tau sayang merajuk dengan Ryan tapi nda baik tau bermasam muka lama2 ni. Ryan bagi sayang ni,dia kirim salam dan dia cakap dia minta maaf.."ucap Iman sambil menyampaikan amanah Ryan.
"Waalaikumsalam." Enn mengambil hadiah dari Ryan dan meletakkannya di sebelah hadiah Iman.
Iman merenung wajah tunangnya dalam diam, dia berasa sangat bertuah kerana Enn memilih dia sebagai pasangan hidupnya walaupun Iman seakan dapat menangkap perasaan Ryan pada Enn.
"Sayang, kenapa sayang sudi menerima abang?"
Enn melirik tunangnya sambil tersenyum..
"Kerana Allah..Enn yakin abanglah jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah untuk Enn. Enn menerima abang atas sebab yang sama macammana abang boleh yakin yang Enn ni yang terbaik dijadikan suri hidup."
Iman tersenyum,hatinya merasa sangat bahagia. Iman yakin Enn sudah mampu membuka hatinya untuk dia.
"Terima kasih sayang..semoga ini yang terbaik buat kita."
"InsyaAllah..amin."
"Jom la pulang..nda manis kita lama2 di sini."ujar Iman sambil berdiri dan membantu tunangnya mengangkat hadiah2nya itu.

Berkekalankah mereka hingga ke jinjang pelamin?
Dipermudahkan ka semua urusan pernikahan mereka?

Kehidupanku KetentuanNya ( complete )Where stories live. Discover now