Untold Story

45 4 1
                                    

Wahai penghuni dunia oren
Aku menyusun sepuluh jari
Mengucapkan selamat mengabdikan diri
Ke dalam kisah yang berangkai ini
Di mana Si Puteri ingin menempuh kehidupan dan Si Putera yang ingin mencari sinar harapannya.

~Light~

Ini rencah kehidupan
Yang manis, masam, pahit dan masin.
Atau aku boleh katakan
Bahawa jalan cerita aku dan kau juga begitu
Ada gembira, marah, sedih dan kecewa.
Hidup ini ibarat satu kertas lukisan.
Kita warnainya dengan pengalaman dan coraki dengan perasaan.
Dan lukisan itu perlu ditontoni oleh mereka
Supaya cerita disebalik lukisan itu dapat dihayati.

Dalam hening malam,
Datangnya bulan menemani Sang Malam,
Dan aku tertanya mana pergi Sang Bintang yang dulunya setia menemani Sang Bulan,
Dulunya isi bumi ini terang dengan kehadiran pasangan ini,
Kini, kian malap dengan kehilangan Sang Bintang.
Dan malam coretkan kisah ini
Melafazkan rindu malam kepada Sang bintang,
Andai takdir Allah itu cantik,
Pasti kita dapat bertemu lagi.

Percaya,
Janji Allah itu pasti.
Selepas hujan Allah hadirkan pelangi.



Untold StoryWhere stories live. Discover now