Hati yang kau lukai part 1

11.7K 238 16
                                    

# Flashback

Mayra Dania.

"Saya terima nikahnya Mayra Dania binti saleh dengan emas khawin 300ringgit tunai"ucap zain dengan yakin sambil memandang imam dihadapannya.

"Sah!"

"Sah?!..syukur alhamdullilah"ucapnya sambil memandang Mayra yg tertunduk dan tersenyum malu,kemudian dia memandang Mirza yg tersenyum sambil menganggukan kepalanya.

Sambil di iringi ayah Mayra,dia mendekati Mayra dengan membawa sebentuk cincin,sambil memberikan salam kepada Mayra.

"Assalamualaikum isteriku Mayra Dania"ucapnya perlahan sambil menatap wajah lembut mayra yg bertudung,kelihatan cantik manis orangnya.

"Walaikumsalam suamiku zain faiq"balas Mayra tersenyum malu untuk bertendangan mata dengan zain yg kini menjadi suaminya yg sah.

"Izinkan saya untuk menyentuh tangan awak dan menyarungkan cincin dan gelang ini sebagai tanda awak sah menjadi milik saya,saya harap awak sudi"ucap zain dengan perlahan sambil tersenyum.

"Saya sudi"jawab Mayra lembut, sambil menghulurkan tangan kanannya dan disambut lembut oleh zain sambil menyarungkan cincin ke jari manis Mayra dengan senyumannya,dan kemudian melingkari lengan Mayra dengan gelang yg emas berbentuk hati dan berbuah lonceng.

"Izin kan saya pula untuk menyarungkan cincin ini sebagai tanda cinta dan tanda awak adalah suami saya sah,saya harap perkhawinan ini akan berkekal hingga ke syurga"ucap Mayra lembut dengan penuh makna, sambil memandang zain dengan penuh rasa kasih sayang kemudian menyarungkan cincin silver di jari manis zain dengan senyumannya.

Selesai saja sesi menyarung cincin, Mayra menyalam dan mencium tangan zain,manakala zain menyentuh ubun kepala Mayra sambil berdoa didalam hatinya.kemudian mencium dahi Mayra dengan lembut buat seketika.

"Selamat pengantin baru Zain &Mayra"ucap kedua orang tua Mayra tersenyum gembira,akhirnya anak gadis mereka sudah sah menjadi seorang isteri.

"Terima kasih mama,ayah"ucap Mayra lembut sambil memeluk kedua ibubapanya.

"Selamat datang kekeluarga saleh zain tahniah"ucap tengku saleh sambil bersalam dan memeluk zain.

"Terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu,walaupun saya seorang yg biasa2 saja"ucap zain kepada tengku saleh.

"Kamu jodoh terbaik untuk Mayra yg kami pilih,dan begitu juga Mayra,dia setuju untuk menjadi isteri kamu kerana merasa kamu boleh menjaganya dengan baik"ucap tengku saleh sambil menepuk bahunya.

Zain memandang Mayra yg tersenyum manis,dia mengengam jari Mayra.Dan berkata"terima kasih kerana sudi menerima lamaran saya,saya janji akan jaga awak dengan sebaik mungkin"ucapnya kepada Mayra yg tersenyum malu sambil menundukan kepalanya.

# Flashback end

"Mana janji awak?"tangis Mayra sambil memegang perutnya yg sudah membuncit kehadapan,sambil berdiri di tepi tingkap,dia teringat majlis pernikahannya 1tahun 8bulan yg lalu.dimana ketika kedua orang tuanya masih hidup,dan bertapa gembiranya hidup dan hari2 yg dilaluinya bersama zain ketika itu.

namun sekarang semuanya berubah bila saja kedua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya,4bulan yg lalu.dimana kereta yg mereka naiki tiba2 terbabas dan meletup.

Mula dari kehilangan orang tuanya,zain mula berubah,tidak lagi melayannya seperti biasa dan sudah jarang berada dirumah,apa lagi untuk melayannya seperti selalunya. Membuatnya merasa terpinggir dan tertekan,jiwanya meronta2 dan memangil2 nama zain.

Dan dia juga rindukan belaian manja zain,dalam keadaan kandungan yang kini berusia 8bulan lebih dan bila bila masa saja dia boleh bersalin, betapa kini dia sangat memerlukan zain untuk berada disisinya, namun zain hilang entah kemana, sudah hampir 2bulan zain menghilang tanpa menelepon dan memberitahunya dimana dia berada.

Hati yang kau lukai (Completed✔️)Where stories live. Discover now