Anis.
Dia yang baru saja menyelesaikan urusan bersalin,kini duduk menyandar di bangku ofisnya. Entah mengapa hatinya begitu gelisah dari tadi,sehinggakan di hilang fokusnya sekaligus meminta bantuan dari sahabatnya untuk membantunya dalam proses bersalin tadi.
"Haihh! Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena ya?"keluhnya sendiri sambil tangannya masuk ke poket seluarnya untuk mengeluarkan handpone bimbitnya.
Baru saja dia melihat screen handphonenya yang sudah di aksesnya dengan hanya mengunakan fingerscreen membuatnya melihat ada 3panggilan masuk 3jam yang lalu,menjadikan jantung berdegup laju kerana melihat panggilan itu daripada Mayra.
"Mayra? Ya Allah...ni mesti ada sesuatu yang tak kena"katanya sendiri dan mula mendail semula kepada Mayra,namun kini nombor handphone milik Mayra tiada dalam talian,membuatnya bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengambil handbagsnya sambil mula mendail nombor Zain pula,namun seperti biasa, panggilan nya tidak pernah di jawab, membuatkan dia resah dan keluar dari ofis kemudian bergegas ke basement untuk mencari keretanya.
"Ya Allah, selamatkan la sahabatku..."bisik hatinya sambil melangkah dengan pantas, sehinggakan dia terlanggar seseorang dengan begitu kuat dari depan.
"Hey...are you alright?"tanya seorang lelaki yang dihadapan nya sambil memengang kedua bahunya.
"Opss,im so sorry Dr Azeem,saya tak sengaja...hmm..i have to go"jawab Anis agak tergesa gesa, meneruskan langkahnya namun kemudian baru dia teringat yang dia tidak membawa kereta semalam.
"Astagfirullahalhazim,macam mana boleh lupa"bisiknya sendiri sambil berfikir seketika.
"Ada apa apa yang boleh saya bantu?"tegur Dr Azeem yang perasan dengan gerak gerik Anis kelihatan kebinggungan.
"Hmm..Dr Azeem tak ada appointment ke sekarang? Kalau Dr tak keberatan,boleh tak tolong saya?"ucap Anis merasa keberatan namun dia tidak mempunyai pilihan kerana mahu bergegas untuk mencari Mayra di kediaman Tengku Saleh.
"Awak lupa hari ni hari terakhir saya kerja disini?"beritahu Dr Azeem yang kini berdiri disebelahnya.
"Ya tak ya juga..hee,saya lupa pula,..hmm..boleh tak bantu saya? Saya rasa Mayra...dia dalam bahaya..dan saya lupa saya kereta saya dekat bengkel dari semalam"beritahu Anis sambil mengengam erat hanphone nya kerana merasa bersalah tidak menyahut panggilan dari Mayra.
"Mayra?...sure mari la saya hantar"jawab Azeem tersenyum sambil berjalan ke arah tempat letak keretanya.
"Thank you,Dr Azeem...saya risau sangat dekat dia,lagi lagi dengan keadaan dia mengandung,ni lagi call tengah tengah malam..mesti ada something urgent sampai 3 kali call"balas Anis kini sudah membuka pintu kereta Toyota Hilux milik Dr Azeem.
"Hm..tak payah panggil Doktor lagi la,kita di luar kawasan dah ni, panggil Azeem je"ucap Azeem yang kini menghidupkan enjin keretanya dan bersedia untuk memandu.
"Baikla Azeem...kita pergi Bukit Tun,nanti saya tunjuk jalan ya.."ucap Anis sambil membelek handphonenya untuk menghantar message,namun kemudian dia terkejut bila membaca message dari Mayra yang baru di sedarinya.
"Ya Allah..selamatkan Mayra"ucapnya tanpa dapat mengawal air matanya serta merta mengalir kerana terlalu risau dan ketakutan.
****
Mirza.
Dia yang baru saja menuruni tangga banglo, agak terkejut bila melihat kedatangan Anis,yang kini berdiri di ruang tamu sambil bercakap dengan pembantu rumah mereka, Kak kiah.
"Shit! Nasib baik darah tadi dah di bersihkan. Kenapa pulak dia tiba² datang ni? Macam tahu je perempuan gila tu dalam masalah....? Tak patut kak kiah call dia,semalam aku dah warning awal² kot. Or? Perempuan gila tu yang call? Tapi kenapa?..shit! Jangan jangan dia dengar perbualan aku dan Zain semalam?"sambil menuruni tangga dia bersoal jawab sendiri,otaknya ligat memikirkan kedatangan Anis disitu,sambil matanya memandang sinis ke arah kak kiah yang kini hanya menundukan kepalanya sambil menyeka air matanya.
YOU ARE READING
Hati yang kau lukai (Completed✔️)
Ficción GeneralTajuk :Hati yang kau lukai. Based on my imagination. Mengisahkan Mayra Dania,yg dikhianati oleh abang tirinya sehingga menghancurkan segala kebahagiaan miliknya. Oleh kerana dendam,kedua orang tuanya dibunuh dan juga anaknya dijadikan mangsa atas ke...