Hati yang kau lukai part 16

3.9K 163 21
                                    

Aleesya.

Sejak insiden di majlis TS Holdings. Dia cuba fokus dengan plan utamanya iaitu untuk menjatuhkan Mirza. Sebaik saja Mirza memintanya menjadi kekasihnya. Dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan hati yang tertawa.
Kerana sikit masa lagi Mirza mula jatuh ketangannya.

Namun kedatangan Mirza di butiknya hari ini begitu mengejutkannya,bila Mirza datang melamarnya. Tidak sangka begitu mudah sekali dan cepat sekali Mirza jatuh ke perangkapnya.

Walaupun dia tahu keputusan di ambilnya akan membuatkan Azil tidak bersetuju. Namun mana mungkin dia akan melepaskan peluang yang ada kini. Sambil tersenyum manis dia memandang Mirza.

"Oh Dear..i tak tahu nak cakap apa lagi" ucap Aleesya sambil berpura pura merasa terharu.

"Just say yes my love" ucap Mirza dengan penuh berharap.

"Of course it Yes. Yes." Sambung Aleesya bersorak. Namun kata hatinya sudah mentertawakan Mirza.
"Yes Mirza. Tak lama lagi kau akan rasa apa aku rasa" tawanya dalam hati.

Kini cincin emas permata di sarungkan ke jari manis kanan Aleesya, membuatkan orang yang berada didalam butik itu, bersorak gembira sambil bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Mirza adalah orang yang paling gembira sekali. Sebaik saja menyarunkan cincin ke jari manis Aleesya. Tanpa mampu mengawal kegembiraan, dia terus memeluk Aleesya dan mencium pipi Aleesya. "Ikut i esok? I nak bawa you jumpa someone special in my life" Beritahu Mirza.

"Someone special? " Soal Aleesya buat sekian kalinya dia merasa hairan dan keliru sambil berteka teki di dalam hati. "Someone special? Siapa? Siapa lagi yang special sangat dalam hidup kau Mirza?"

"Yes sayang. Hanya dia yang i ada dalam hidup dan dunia ni,sebelum i jumpa you. Dan i nak sangat you jumpa dia dan i harap you dapat terima dia" jelas Mirza dengan serius. Sambil mengenggam erat jari jemari Aleesya.

"Dia? Maksud you ibu you?" Soal Aleesya ingin tahu.

"i yatim piatu remember?" Beritahu Mirza cuba mengingatkan Aleesya. Dulu dia pernah memberitahu Aleesya yang dia yatim piatu.

"Sorry i lupa..but Dia? You first wife ka?" Usik Aleesya lagi. Cuba mengumpan.

"Sayang...im serius. Just follow me okay...i promise you gonno love and sukakan dia" ujar Mirza.

"Sure. But at least bagitau siapa? Or bagi i clue..dia tu siapa?" Soal Aleesya lagi begitu teruja dan ingin tahu siapa kah dia yang di maksudkan Mirza. Seingat Aleesya mereka mana ada datuk dan nenek lagi. Dan mana mungkin someone special yang di maksudkan Mirza adalah keluarga terdekat. Persoalan Aleesya mengapa Mirza cuma maksudkan "someone special" yang hanya mengambarkan hanya seorang. Siapa "Dia" yang di maksudkan oleh Mirza?
Semuanya bermain di fikiran Aleesya dengan penuh tanda tanya.

"Dia hanya seorang insan yang tak berdosa dan perlukan kasih sayang" jawab Mirza perlahan sambil tersenyum membelai lembut rambut dan kemudian pipi Aleesya dengan penuh kasih sayang.

"Ugh! I jadi penasaran pula nak tahu. Hmm..tak sabar nak tunggu esok" ujar Aleesya tersenyum meskipun hatinya merasa jijik di belai sedemikian oleh Mirza.

----

Husna.

Hampir sebulan sejak kejadian dimana Zain menjerit memanggil nama Mayra. Dan sejak itu hubungan di antara mereka mula renggang. Zain sudah mula mengelak dari tidur bersamanya. Dan asyik mengigau di malam hari sambil memanggil nama Mayra dengan lebih kerap. Kini Perkhawinan yang baru saja dibina beberapa bulan yang lalu sudah mula goyah. Sejak kematian Mayra lagi Husna tahu Zain mula berubah, sehinggakan mahu membatalkan majlis pernikahan mereka ketika majlis baru saja berlangsung. Namun atas desakan dan ugutan akhirnya Zain hanya akur bernikah dengannya.
Namun itu tidak sedikitpun mematahkan semangat Husna untuk memikat kembali hati Zain. Walaupun baginya agak mustahil kerana kehadiran Zaim akan membuatkan Zain akan selalu mengingati Mayra. Dan kini nama dan wajah itu muncul kembali menghantui hidup Zain.

Hati yang kau lukai (Completed✔️)Where stories live. Discover now