"Mama! Mama! Where are you? Look, i've brought something for you! " jerit seorang budak kecil kegembiraan sambil memegang sebuah buku kecil di tangannya.
"Mama, here, darling! " sahut Puan Azharina dari belakang rumah. "Hana bawak apa? " tanya Puan Azharina sambil berjalan ke arah anaknya yang sedang berlari. "Hey, be careful. Wow! What makes you look so happy, my princess? " tanya Puan Azharina sebaik sahaja anaknya berada dalam dukungannya.
"Look Mama! This is my report card! I got number one in this previous exam! " kata Hana manja sambil melentokkan kepalanya ke atas bahu mamanya.
Puan Azharina segera mengambil kad laporan Hana. Dia akui,walaupun anaknya baru berumur 7 tahun, namun dia sudah sangat petah berbicara dan merupakan seorang yang pandai.
"Wow! I am so proud of you, princess! Let's go and celebrate it, yeah?! " "yeay, i love you mama! " kata Hana. "I know princess. Now, pergi masuk bilik, tukar baju. Tonight we are going out. Okay?!" "okay, mama. As you wish! " dengan lajunya Hana berlari menaiki tangga rumah banglo tiga tingkat itu ke biliknya. Puan Azharina hanya memandang anaknya sambil tersenyum senang.
>>>>>>
Hana keluar dari biliknya dengan pakaian princessnya. Mamanya sudah berjanji mahu membawanya keluar. Dia berasa sangat seronok dan excited. Hana menuruni tangga rumahnya satu persatu.
Tiba - tiba, dia terdengar bunyi kaca pecah. "Kau ni memang sial la pompuan. Betina jalang. Aku nak duit!! " kedengaran suara ayah tirinya menengking mamanya. "Hey, kau ni. Nak je aku cekik biar mampus. " tengkingnya lagi. Hana yang ketakutan, menyorok ditangga. Dia melihat ayah tirinya mencucuk perut mamanya dengan serpihan kaca yang pecah tadi. Mengalir air mata dari mata mamanya. Mamanya membuat isyarat senyap kepada Hana. Mamanya risau Hana akan diapa-apakan oleh suami binatang itu. Kedengaran bunyi pintu dihempas kuat. Ayah tirinya sudah berlalu pergi bersama perempuan simpanannya yang turut menyaksikan pembunuhan itu. Disebabkan rasa takut, mereka terus keluar dari rumah itu.
Terus Hana berlari ke arah mamanya yang sudah berlumuran darah itu. Hana meraung sekuat hatinya. Tangan kecilnya menyapu air mata mamanya yang jelas menahan sakit ditarik nyawa itu. "Princess, take care! "Kata Puan Azharina dengan payahnya. Akhirnya, tangan mamanya terlepas dari genggamannya. "No! No Mama! Don't leave me alone. Please. Mama tak tandatangan lagi my report card. You can't do this to me. Mamaaaaaaaaaaaa!" raung anak kecil itu keseorangan.
Kedengaran bunyi kereta di luar rumahnya. Hana cepat-cepat menyorok di tepi tangga ketakutan. Kedengaran bunyi derapan kaki mendekati tempatnya dan mamanya yang terbaring kaku itu.
"Ya Allah! Rina! Apa dah jadi? Mana Hana? Hana! Hana! " kedengaran suara seorang yang sangat dikenali. Uncle Hilman. Hana keluar dari tempat persembunyiannya. Segera berlari ke arah empunya suara itu. Dia menangis di dalam dakapan rakan baik mamanya merangkap peguam keluarga itu. Segera Uncle Hilman menelefon pihak polis.
>>>>>>>>
Air matanya mengalir mengenangkan peristiwa pahit itu. Perlahan dia menyapu air matanya. Kini dia sudah berumur 17 tahun. Uncle Hilman lah yang menjaganya selama ini.
Dia merasakan satu tangan memegang lembut bahunya. "Hana, kau teringat lagi peristiwa hitam tu? "Tanya Ariana merangkap kawan baiknya. Ketika itu mereka berada di dalam kelas. Mujurlah tempat duduk Hana terletak di penjuru kelas. Hana tersenyum hambar sebagai jawapan kepada soalan sahabatnya itu. "Dah la, tak mau la sedeh sedeh. Kau kan ada aku sekarang. Nak aku jadi badut tak? Boleh! Asalkan kau happy. Tengok ni. "Kata Ariana sambil melompat -lompat. Lagaknya seperti seekor beruk. Hana tergelak melihat telatah rakannya itu. Sungguh dia bersyukur mempunyai rakan sebaik Ariana. "Haaa, macam tu la kawan aku. Baru la cantik. Mana Hana aku yang brutal gila tu?! " kata Ariana lagi. Kepalanya diketuk dengan pembaris oleh Hana. Mereka berdua tergelak.
"Kau tak nak gi rehat ke weh? " soal Ariana kepada Hana. "Laa, ha jomlah. Aku pun lapar ni. " sahut Hana pula. Mereka berjalan beriringan ke kantin sekolah. Banyak mata memandang ke arah mereka. Ariana sudah sedia maklum bahawa Hana mempunyai ramai peminat di sekolah itu. Namun, tiada seorang pun yang berani mendekatinya disebabkan perangai Hana yang sedikit sombong dan brutal itu. Malahan, Hana dan Ariana mempunya seni mempertahankan diri. Hal ini menjadikan mereka tidak berani didekati oleh pelajar lelaki.
"Oh, btw, petang ni ada kelas martial art en?! " tanya Ariana kepada Hana. "Haah. Asal? " tanya Hana pula. "Jom skip. " kata Ariana pula. "Tak nak lah aku. Kang Papa marah pula. " Papa yang dimaksudkan adalah Uncle Hilman merangkap bapa kepada Ariana. Ya, selepas kejadian hitam yang menimpa Hana, Uncle Hilman yang menjadi penjaganya. Uncle Hilman jugalah yang menjadi pemegang amanah kepada semua harta peninggalan arwah mama Hana.
"Alahhh, kau nak risau apa. Kau kan dah hebat. Dari kecik kot kau belajar martial arts. Macam macam pulak tu. " Ariana akui, Hana memang seorang sangat hebat dalam seni mempertahankan diri. Hana juga sering mempertahankan diri Ariana apabila ada sesiapa yang ingin membulinya. Inilah yang membuatkannya begitu sayang kepada Hana. "Bukan masalah hebat atau tak. Tapi aku kan ada misi aku sendiri. Tapi, aku janji lepas habis kelas, kita gi shopping, okay? " janji Hana. "Halah, yelah" Ariana mengalah. Dia memang sedia maklum dengan misi yang dikatakan oleh Hana itu. Misi mencari pembunuh mamanya. Bak kata lain, misi membalas dendam.
Lagipun, bukan apa. Seni mempertahankan diri ini disuruh oleh papa mereka sendiri. Ini demi keselamatan mereka berdua juga. Ini kerana, konco- konco bapa tiri Hana masih lagi mengejar Hana sehingga kini. Bapa tiri Hana masih belum ditangkap oleh pihak polis kerana bapa tirinya itu sangat licik. Pihak polis juga tidak dapat menjejakinya sehingga kini.
Ariana mengeluh memikirkan nasib yang menimpa rakan baiknya itu. Sekolah ini merupakan sekolah keempat bagi mereka berdua kerana mereka sering dikejar oleh konco-konco itu. Papa mereka yang memindahkan mereka. Malah, papa mereka berhasrat untuk mengupah bodyguard untuk menjaga mereka. Namun, cadangan itu ditolak mentah oleh Hana. Uncle Hilman juga mencadangkan mereka agar menjalani home school saja. Tapi, idea ini juga ditolak oleh Hana. Mereka segera bergerak ke kelas setelah habis sahaja waktu rehat
Kringggggggg
Hana dan Ariana berjalan beriringan ke pintu pagar sekolah memandangkan waktu persekolahan sudah tamat. Kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna putih sudah siap menunggu mereka di luar pagar sekolah. Mereka disapa mesra oleh driver mereka yang dipanggil Pak Koloi itu. Mereka tersenyum mesra membalas sapaan itu. Mereka menaiki kereta itu. Segera mercedes itu melunjur laju di atas jalan.
"Haih, untungnya la kalau aku dapat jadi pak we salah seorang dari diorang tu. Fuhh, cantik beb! Dah la cantik,pandai ,kaya pulak tu." kata seorang pelajar lelaki kepada kawannya. "Mimpilah kau. " balas kawannya pula. Mereka memandang kereta itu pergi.
YOU ARE READING
Sinis vs Brutal
AdventureHANISAH RAIHANA. Zaman kecilnya dipenuhi dengan kekejaman oleh ahli keluarganya sendiri. Ayah tirinya seorang kaki judi. Suka memukul ibunya. Jiwanya dipenuhi dendam yang membara sehingga seseorang datang menghulurkan bantuan. Hana sudah menganggap...