"Rin, cepatlah! " laung Hana dari dalam kereta.
Vroom vroom
Cepat - cepat Ariana memasuki kereta Audi R8 Hana. "Ish lambat betol la kau ni. Nanti kalau Bro Aryan marah, kau jawab eh. " marah Hana. "Halah, ye lah yelah. " kata Ariana pula.
Laju kereta Audi R8 yang dipandu Hana meluncur di atas jalan raya. " Woi, jangan la laju sangat. " jerit Ariana ketakutan. Fujhh, seram beb. "Heh, who told you to be late? " kata Hana sambil tersenyum sinis kepada Ariana yang sudah biru mukanya kerana ketakutan. 'Hahaha, rasakan. ' *gelak jahat dalam hati*
Akhirnya, mereka sampai sudah di pusat latihan martial arts milik Uncle Hilman. Sebaik sahaja Ariana keluar dari kereta, terus dikeluarkan semua isi perutnya. Terbahak -bahak Hana ketawa melihatkan keadaan kawan baiknya itu. Ariana hanya memandang lemah dengan perasaan yang berbaur dalam hati. Nak dimarah, dia sudah tiada tenaga. Fuhh, sabo je la.
"Alamak, weh! Dah lambat sangat ni. Jom jom! " kata Hana sambil menarik tangan Ariana supaya berdiri. Segera mereka masuk ke dalam pusat latihan itu. Kelihatan Bro Aryan merangkap pelatih mereka sudah bercekak pinggang memandang mereka. Mati la nakk. "You are late. " kata Bro Aryan. Ariana yang tadinya berasa pening terus segar mendengarkan suara garau pelatih mereka itu. "Sorry Bro Aryan. Rin ni yang lambat tadi. Gi berak pulak. Saya dah marah dah dia tadi. Ish ish" kata Hana tanpa mempedulikan mata Ariana yang sudah tajam menikam wajahnya. "Eh, cabul eh mulut kau. Aku cepuk kang. " kata Ariana kepada Hana. Hana menunjukkan peace kepada Ariana yang sudah merah mukanya menahan malu. Hehehehe. "Haa, dah dah. Pergi siap cepat masuk gelanggang. " kata Bro Aryan dengan tegasnya. Bergegas mereka berdua bersiap sedia masuk ke dalam gelanggang. Tergelak Bro Aryan dengan telatah mereka berdua.
Bro Aryan memerhatikan gerakan yang dilakukan oleh Hana. Cukup tangkas dan padu sehingga anak buahnya juga dapat ditewaskan oleh Hana. Sayu hatinya melihat wajah lembut itu terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup pada usia yang masih muda. Sayu lagi hatinya apabila teringat kepada arwah mama Hana merangkap kawan baiknya dan Hilman. "Kau tak payah risau la, Man. Aku yakin Hana tu boleh jaga diri. Hana tu kuat seperti arwah mamanya juga. " kata Bro Aryan kepada Uncle Hilman yang datang ke situ dari pejabat untuk melihat Hana dan Ariana berlatih martial art. "Hmm, nak buat macam mana. Aku tetap risau. Nak nak lagi dia tu perempuan. Dua dua aku sayang. " kata Uncle Hilman pula. Bro Aryan menepuk bahu sahabatnya itu. Dia tahu akan cinta Hilman terhadap arwah Azharina yang tidak kesampaian. Hilman sudah berjanji untuk menjaga Hana dan sayanginya seperti anaknya sendiri. Jam menunjukkan jam 6.30 petang.
"Girls, enough for today. Come again tomorrow. And dont be late. " kata Bro Aryan kepada Hana dan Ariana. Hana dan Ariana hanya tersengih memandangnya dan terus memberi tabik kepadanya menandakan janji mereka untuk tidak lewat pada keesokan harinya. Bro Aryan hanya tersenyum.
"Okay, let's go home. " sampuk Uncle Hilman pula. Segera kedua gadis itu memeluk tangan Uncle Hilman sorang satu, bersedia untuk keluar dari pusat latihan itu. Mereka melambaikan tangan ke arah Bro Aryan pula. Kereta yang dinaiki oleh Hana dan Ariana diekori dari belakang oleh Uncle Hilman yang memandu kereta Porsche nya. "Ouhh, kau! Reti pon bawak kete ni perlahan. " kata Ariana. "Yelah, kan ada papa. " kata Hana sambil menjelirkan lidahnya. Mereka berdua tergelak.
YOU ARE READING
Sinis vs Brutal
AdventureHANISAH RAIHANA. Zaman kecilnya dipenuhi dengan kekejaman oleh ahli keluarganya sendiri. Ayah tirinya seorang kaki judi. Suka memukul ibunya. Jiwanya dipenuhi dendam yang membara sehingga seseorang datang menghulurkan bantuan. Hana sudah menganggap...