Di sekolah
"Hana, jom gi kantin. Aku lapor. " ajak Ariana. "Hah, ye la. Jap ea! " sahut Hana sambil tangannya ligat mengemas buku di atas meja. Mereka pun berjalan beriringan ke kantin. 'Fuhh, ramainya orang. ' monolog Hana. Tiba -tiba Hana ternampak sekumpulan lelaki berpakaian hitam masuk ke kawasan sekolahnya. Cepat-cepat dia menarik tangan Ariana untuk bersembunyi. "Weh, kau kenapa?! " tanya Ariana. "Shhhhhhh, kau nampak tu?! " tanya Hana dengan suara yang perlahan."Mana? Apa? " soal Ariana juga dengan suara yang perlahan. Kelihatan beberapa orang lelaki berkeliaran di kawasan sekolah. Hana memerhatikan mereka dengan teliti. Dengan penglihatan yang tajam, Hana dapat melihat senjata yang disorokkan oleh lelaki-lelaki itu.
Tiba-tiba salah seorang dari mereka memandang ke arah tempat persembunyian Hana dan Ariana. "Woi! " jerit lelaki itu. Hana segera menarik tangan Ariana untuk lari. Mereka keluar dari kawasan sekolah itu. Disebabkan mereka tidak biasa dengan kawasan itu, akhirnya mereka menemui jalan mati. Mereka telah dikepung oleh lelaki -lelaki itu seramai 6 orang.
Hana dan Ariana berpusing menghadap keenam enam lelaki itu. Hana melihat ada senyuman mengejek di muka lelaki -lelaki itu. Hana dan Ariana berpandangan. Mereka hanya tersenyum sinis.
Di pejabat Uncle Hilman
Uncle Hilman berasa pelik melihat iPhone nya yang menyala. Huh! Alert! Segera Uncle Hilman mengambil kunci keretanya. Dia juga menelefon Bro Aryan. "Yen, kau kat mana? " " Aku kat rumah la. Asal? " sahut Bro Aryan. "Tolong aku. Rumah kau dekat en dengan sekolah Hana and Rin?! Tolong tengokkan diorang. Penggera aku berbunyi. Ada orang Boy dekat sekolah diorang" "ha, okay. Aku gerak sekarang. " kata Bro Aryan. Boy adalah bapa tiri Hana yang jahat tu.
Di sekolah semula
Hana dan Ariana segera membuka langkah untuk menewaskan keenam enam lelaki tadi. 'Fuhh, nasib baik hari ni pakai baju pj' detik hati Ariana. Dengan tangkas mereka menumbuk, menendang, menyiku lelaki lelaki itu. Semuanya sudah terbaring dia atas tanah kesakitan. Sejurus selepas itu, Bro Aryan pun sampai. Tergamam Bro Aryan melihat keenam-enam lelaki yang sudah terbaring di atas tanah itu. Terbahak-bahak dia gelakkan mereka. Hana dan Ariana segera berjalan ke arah Bro Aryan dengan penuh lagaknya. " Bengap betol. Nak lawan dengan anak buah aku. Malu je kalah. " kata Bro Aryan dengan sisa tawanya. "Hana, apa ni? Kam ada enam orang. Patutnya 3 sorang. Tapi kau amik lebih sorang. Empat orang kau tibai. " rajuk Ariana. "Alololo, next time eh. " pujuk Hana pula. Bro Aryan hanya menggelengkan kepala melihat mereka berdua.
Tidak lama kemudian Uncle Hilman sampai. Dia juga terkejut melihat enam orang lelaki yang terbaring di atas tanah itu. "Kau ke yang pukul, yen?! " soal Uncle Hilman kepada Bro Aryan. Bro Aryan hanya mengangkat kening lalu menunjukkan ke arah Hana dan Ariana yang masing- masing sudah membuat aksi lagak mereka. Uncle Hilman seperti tidak percaya. Dia juga tergelak melihat keenam enam lelaki yang sudah dikerjakan oleh Hana dan Ariana. Ahahahahaha. Segera Uncle Hilman menelefon seorang rakannya yang bekerja sebagai polis. Keenam-enam lelaki tadi sudahpun ditangkap.
Mereka segera kembali ke sekolah apabila menyedari waktu rehat sudah 10 minit berlalu. Uncle Hilmam dan Bro Aryan yang mengambil alih tugas mengawasi keenam enam lelaki tadi sementara menunggu polis sampai.
Sebaik sahaja masuk kelas, semua orang memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Hana dan Ariana hanya berpandangan dan segera mengambil tempat duduk masing-masing. "Patutlah tak nak berkawan dengan orang lain, banyak masalah rupanya. " kedengaran lah bisikan yang menyakitkan hati. Tak dinafikan, mereka berdua memang tidak terlalu bergaul dengan orang lain. Ini kerana Hana risau kawan yang lain akan menjadi target bapa tirinya pula.
Kringggggggg. Tamat lah sudah sesi persekolahan. Hana dan Ariana yakin, papa mereka sudah pun membuat keputusan untuk memindahkan mereka. Fuhhh, pindah lagi.
YOU ARE READING
Sinis vs Brutal
AdventureHANISAH RAIHANA. Zaman kecilnya dipenuhi dengan kekejaman oleh ahli keluarganya sendiri. Ayah tirinya seorang kaki judi. Suka memukul ibunya. Jiwanya dipenuhi dendam yang membara sehingga seseorang datang menghulurkan bantuan. Hana sudah menganggap...