Bab 6

6 0 0
                                    

Hari keempat berada di rumah tok wan. Esok sudah mahu pulang semula ke KL. Hana dan Ariana bercadang mahu melepak di sungai petang ini. "Hana, jom lah. Cepat sikit. " kata Ariana. "Haa, jap jap. " tergopoh gapah Hana menyarungkan seliparnya lalu berlari ke arah basikalnya yang terpakir elok di bawah rumah. Di rumah tok wan memang mempunyai basikal milik Hana dan Ariana kerana mereka pernah bersekolah di kampung itu dahulu. Basikal tersebut digunakan untuk mereka pergi ke sekolah.

"Haihh, seronoknya. Sudah lama tidak menikmati suasana begini kan. " kata Hana sambil menghirup udara segar di situ. "Ye dowhhh, lama gila tak rasa. " balas Ariana teruja. Mereka duduk bertenggek di tebing sungai sambil kaki terjuntai ke bawah merasai kedinginan air sungai yang mengalir perlahan. Sesekali ikan ikan kecil lalu di bawah kaki mereka memberikan kegelian kepada mereka.

"Dah la Hana. Dah lewat ni. Jom balik. " kata Ariana apabila melihat langit yang semakin kemerahan. "Alaaaaa, esok dah nak balik. Lek la lu. " balas Hana sedikit merengek. "Banyak la kau. Kang ada yang menyapa baru kau tahu. Jom la balik. Aku dah seram ni. " kata Ariana cuba menakut nakutkan Hana. " Alahh, taktik kau tak laku la Rin. Kau saja je en nak takutkan aku. " kata Hana berlagak.  " Haa haa, apa tu Hana?? " kata Ariana sambil jarinya menunjukkan ke suatu arah di belakang Hana. Segera Hana memusing untuk melihat sama. Tiada apa yang dilihatnya. Dia mahu memusingkan kepalanya menghadap Ariana semula, tetiba. Splashhh! Muka nya basah dek percikan air oleh Ariana. Kuang hasam punya badigol. Dia melihat Ariana yang sudah pun melarikan diri sambil ketawa terbahak bahak.

Segera Hana menunggang basikalnya untuk mengejar Ariana yang sudah jauh meninggalkannya. Siap kau!  Kata Hana di dalam hati. Kayuhan basikal semakin dilajukan. Tidak semena mena Hana terjatuh apabila basikal yang ditungganginya hilang kawalan akibat mahu mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. "Aduhh, badigol punya kete besar. Nak bunuh aku ke woi? " lantang suaranya bersuara sambil berdiri. Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta mewah tersebut memandang sinis ke arahnya. Hek elehh, kau pikir hensem senyum gitu. Memang hensem pun. Cepat cepat Hana tepuk dahi. Segera dia berlalu dari situ dab niatnya untuk memarahi lelaki itu terus terpadam. Eh, budak ni. Nasib baik cantik. Monolong Rayyan di dalam hati.

Keesokannya Hana dan Ariana bergerak pulang ke KL selepas waktu zohor. Kejadian semalam sudahpun diceritakan oleh Hana kepada Ariana. Hanya gelak ketawa yang mengiringi ceritanya. Pffttt. Sabo je la. Hana memandu kereta Range Rover nya keluar dari perkarangan rumah tok wan. Audi nya ditinggalkan di rumah Uncle Hilman kerana mahu dihantar ke bengkel. Meraung jugalah Hana apabila keretanya itu tidak mahu hidup beberapa hari lalu sewaktu mahu pulang ke rumah tok wan. Lastnya, Hana memandu kereta Range Rovernya. 

Menjelang asar, mereka pun tiba di rumah. "Huwaaaa, penatnya. " jerit Hana sambil meregangkan sendi sendinya. "Hoi, pompuan. Senonoh sikit. " sergah Ariana pula sambil menarik beg mereka ke dalam rumah. Hana hanya tersenyum sumbing. Baik pulak pompuan ni bawak masuk beg aku sekali. Hihihi. Tak pe, sekali sekala. Segera Hana mengekori Ariana untuk masuk ke dalam rumah. Uncle Hilman sudah pulang.

"Assalamualaikum. " laung mereka serentak. "Waalaikumsalam. Haa, seronok duduk rumah tok wan?? " sahut Uncle Hilman sambil menyambut salam kedua dua anaknya itu. "Seronok gila pa. Macam macam kita buat. " kata Ariana tidak ubah seperti budak kecik. Hana pon menyokong kata Ariana itu. " ye pa, best Best Best. " kata Hana sambil meniru percakapan seperti kartun Ipin. Uncle Hilman hanya tergelak. "Dah, pergi la masuk berehat. Hana, lusa jangan lupa ye. Masuk Ofis. " kata Uncle Hilman. "Okay, pa. " sahut Hana. Segera mereka naik ke bilik untuk berehat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sinis vs BrutalWhere stories live. Discover now