Bab 5

3 0 0
                                    

"Hana, apa citer ngan Mamat yang selalu ikut kau time kita kat Cape Town dulu? " soal Ariana sambil mengambil tempat berbaring di sebelah Hana. "Entah. Nampak gaya tak nak surrender lagi. Something fishy la Mamat tu. Sebab tu aku tak nak terima dia. " kata Hana panjang lebar. "Haah, aku pon rasa benda yang sama. " kata Ariana pula.

Tiba -tiba bunyi notification whatsapp dari iPhone Hana.

Mamat meroyan: hai sayang. How is your flight?  Okay?

" ha, Rin, tengok ni! " kata Hana sambil menunjukkan skrin handphone nya kepada Ariana. "Eeuuuuuuu. Tapi muka dia tu boleh tahan gak hensem. Ala ala kacukks arab giteww" balas Ariana. Hana menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. "Kau je la ambik. " "hesyyy, tak mau la aku Mamat psycho gitu. " kata Ariana dengan mimik muka takut.

Hana: kau ni tak serik lagi keNak kena tibai lagi?

Balas Hana, geram. Terus Hana block nombor Mamat meroyan tu.

"Haa, kan senang. " kata Hana dengan muka puas hati. Ariana hanya gelak melihatkan tingkah kawannya itu.

>>>>>>>

"Hana, papa nak Hana ambil alih syarikat arwah mama Hana. " kata Uncle Hilman. "Papa yakin ke Hana boleh buat? " kata Hana ragu-ragu. "Papa yakin Hana boleh buat. Lagipon, inikan amanat arwah mama. " balas Uncle Hilman lembut. "Okay, papa. As mama's wish. Hana akan pastikan Pak Cik Boy tu menyesal dengan apa yang dia dah buat pada mama. " janji Hana bersungguh-sungguh. Ariana memegang lembut bahu Hana untuk menyalurkan kekuatan kepadanya. "Okay, sayang. Minggu depan get ready masuk office. " kata Uncle Hilman lembut. "Okay la. Papa gerak dulu. Dah lambat ni nak masuk Ofis ". Tergesa-gesa Uncle Hilman menyarungkan kasutnya dan berpaling kepada anak anaknya untuk bersalam. "Pa, Rin ingat nak ajak Hana balik kampung la jenguk tok wan. " kata Ariana. "Boleh. Tapi, hati hati ye. " kata Uncle Hilman dan berpesan. "Okay, thanks pa. " Ariana dan Hana melambai tangan ke arah Uncle Hilman.

"Dah jom packing barang. " " nak balik hari ni jugak ke? " soal Hana. "Yolahh. Jomlah, Rin x sabar dah ni nak jumpa tok wan. " kata Ariana sambil menolak tubuh Hana menaiki tangga. "Halah, yalah. " kata Hana mengalah. Dia juga berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan tok wan. "Eh, kau dah call tok wan ke bagitahu kita nak balik? " soal Hana kepada Ariana. "Eh, mestilah aku belum call. Hehe lupa la. " kata Ariana sambil tersenyum sumbing. Hana menggelengkan kepalanya. "Tak pe la. Biar aku call. " kata Hana lalu terus masuk ke biliknya untuk kemas apa yang patut. Tidak banyak pun barang yang perlu dibawa memandangkan masih terdapat bajunya yang ditinggalkan di rumah tok wan. Tok wan itu sebenarnya adalah nenek kepada Ariana. Hana hanya menumpang kasih saja. Namun, seperti yang tok wan pernah kata, dia tidak pernah menganggap Hana sebagai orang luar.

"Rin, cepat la. " laung Hana dari luar rumah. "Ha, dah dah siap. " kata Ariana tercungap-cungap sambil menarik bagasinya. "Kau dah call tok wan?? " soal Ariana sambil mereka memasukkan beg ke dalam kereta. "Dah. " balas Hana ringkas. "Nanti singgah supermarket jap ea. Nak beli buah tangan and barang basah sikit untuk tok wan. " pesan Ariana lagi. "Okay. " balas Hana.

Kereta yang dipandu Hana meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Hana sempat berpesan kepada pembantu rumahnya untuk menjaga rumah elok elok sebelum mereka bergerak tadi.

Sinis vs BrutalWhere stories live. Discover now