Gedegangg!!!
Tiba tiba lif bergoncang dan berhenti.
Fiera dan Faiq panik.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Fiera mengetuk pintu lif dengan kuat sambil memanggil orang untuk meminta bantuan orang luar. Harap harap ada orang kat luar dengar.
Manakala Faiq pula Cuba membuka pintu lif.
Tak boleh buka.
"Weh macam mana ni?" Soal Fiera yang panik. Gila kau tak panik. Dah la pintu lif tak boleh buka. Lepas tu berduaan pula dengan lelaki. Lelaki tu pula hm faham faham la. Haih tempah bala sungguh.
Lelaki itu menggeleng.
Fiera melepaskan keluhan.Ya Allah! Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.
"Cuba awak call kawan kawan awak. Mana La tahu diorang ada kat area sini." Kata Faiq sambil mendail nombor kawan kawan untuk meminta bantuan.
Namun semua tidak mengangkat panggilannya. Hampeh betul.
Fiera merenung Faiq dengan pandangan yang sukar ditafsir.
Faiq yang merasa dirinya ditenung terus memandang ke arah gerangan tersebut."Kenapa? " soal Faiq kebingungan.
Fiera menggulingkan matanya ke atas. "Kau ni bengap ke bangang ha? Dalam lif mana ada line. Adoi parah laa mamat ni." ujar Fiera sambil menepuk dahinya.Faiq yang terasa seperti terkena renjatan elektrik terus memalingkan wajahnya ke arah pintu lif itu. Segera dia mengetuk pintu lif sambil meminta tolong. 'Cover malu la tu' getus hati Fiera.
Fiera yang teringatkan sesuatu terus menyeluk tangannya ke dalam handbag.
Alamak tak ada!. Macam mana ni.
"Hish mana handphone ni"
Tiba tiba otaknya teringat sesuatu. OMG!!
Aku tertinggal handphone aku dekat dapur.
Sebelum keluar tadi, dia sempat ke dapur untuk minum air di dapur sambil bermain telefonnya.
Dia meletakkan handphonenya untuk mengambil gelas. Dan akhirnya dia tertinggal handphonenya di rumah.
Fiera menepuk dahinya berkali Kali. 'Kenapa la aku ni nyanyuk sangat. Time emergency macam ni la nak tertinggal la.'
Fiera terus menerus menepuk dahinya. Faiq yang melihat perlakuan Fiera sebegitu menggeleng kepalanya.
'Budak ni dah kenapa?. Dah tak betul ke Apa asyik tepuk tepuk dahi. Pelik betul budak pendek ni!' Umpat faiq diam diam dalam hati.
Faiq memegang lengan Fiera yang berlapikkan baju bagi menghentikan perbuatan Fiera yang terus menepuk dahinya.
Terkesima Fiera. Rasa gembira pun ada. Yela, crush kot. Tiba tiba otaknya mula memutarkan kejadian tentang dia disindir pada tempoh hari. Terus tidak jadi hatinya nak 'berkembang'.
Dengan pantas Fiera melepaskan tangannya dari genggaman Faiq.
"Apa ni!. Main pegang pegang pulak. Aku bagi siku kang! Tak padan dengan muka ustaz. Tapi gatal!!." kutuk Fiera jujur.
"Ehem" Faiq berdehem sambil tanganya menggosok lehernya. Tiba tiba rasa bersalah menyelubungi dirinya. 'Apasal lah kau bodoh pegi pegang budak tu' sumpah Faiq kepada dirinya sendiri.
"Sorry" kata Faiq untuk menebus kesalahannya.
15 minit kemudian.
Fiera POV;
YOU ARE READING
Oh My Abang Ustaz
Teen FictionTengku Syafiera Husna..anak kepada seorang mudir di Tahfiz Al-Faliq. Bila dengar anak mudir mesti terletus dalam fikiran korang yang Syafera anak yang baik,solehah, dan lemah lembut kan? Tapi sifat itu tiada dalam diri Syafera apabila di luar panda...