Syafiera memakai helmetnya sambil mulut tak henti henti membebel.
Baru sahaja helmet hendak disarungkan dikepala, mulutnya ditekup dari belakang. Dan badannya diheret kuat oleh seseorang yang dirasakan seorang lelaki.
Fiera terus meronta ronta untuk melepaskan diri.
"Baik kau diam kalau kau rasa kau nak hidup lama lagi, pompuan"kata lelaki yang bersuara garau itu sambil mengheret badan Fiera ke sebuah van usang yang berwarna hitam.
Fiera terus menerus meronta.
"Lepas kan aku la bongok! Tolong tolong!!!!" Fiera menjerit dengan sekuat hatinya. Berharap sangat akan ada yang mendengar jeritannya.
Kelihatan ada seorang lagi lelaki yang menunggu di tepi van. Lelaki itu membuka pintu van tersebut lalu mencampaknya dengan kasar. Allah!
Pintu van segera ditutup dan meluncur laju meninggalkan kawasan parking di Mall itu.
Di dalam van itu seorang lagi lelaki. Kiranya dalam van ini ada tiga orang. Jap!. Lelaki ni macam familiar. Ni macam lelaki tadi!!.
Faiq dan kawan kawannya yang kebetulan lalu di kawasan itu ternampak insiden tersebut.
Semua tergamam.
"Ya Allah sepupu aku!" Jerit Farhan dengan kuat lalu cuba mengejar van hitam tersebut.
Habis beg-beg plastik yang dipegangnya dicampak sahaja. Ahhh lantak la barang-barang yang dibelinya tadi tu mahal ke Apa. Yang penting keselamatan sepupunya Fiera!.
Farhan cuba berlari sekuat mungkin untuk mengejar van itu. Tapi kelajuan lariannya tidak setanding dengan van tersebut. Cis, tak padan dengan van buruk, laju bebenor dia pergi. Bukan nak mengata, tapi benda nyata.
Kalau nak diperhatikan hampir semua penculik guna kenderaan macam van, kereta yang buruk. Tapi dia punya kelajuan tu perghhh!!! Bapak laju.
OK back to the story.
Faiq dan rakan rakannya melopong.
Tiba tiba Sara, Elyana, Aisya menghampiri mereka apabila terlihat kelibat abangnya.
"Abang! Asal berpeluh ni? Asal tak balik lagi?! Abang tunggu Sara eyh?. Isyhh abang ni, kan Sara dah pesan kat abang Sara balik ngan pak Wan. Ni nak jugak tunggu Sara. Abang ni nak sweet tak bertempat la"Bebel Sara dengan nada yang manja. Ala nak menggedik dengan abang sendiri pun tak boleh ke?.
"Kau tak payah nak gedik la budak! Kau tahu tak si Fiera dah kena culik tadi." Diketuk kepala Sara. Bagi sel sel otak dia bersambung sikit. Tiba tiba jadi manja. Dah kena sampuk dengan hantu jamban ke apa?.
Sara baru sahaja hendak memarahi abangnya tersentak.
What!? Fiera kena culik?. 'Takpe kita sambung merajuk nanti' getus hatinya."What!? Fiera kena culik. Macam mana boleh kena culik? Siapa yang culik dia? Kenapa dia kena culik?"bertubi tubi soalan yang Sara lontarkan sampaikan abangnya naik rimas.
Budak ni ada jugak yang makan kasut kang!.
"Mana la abang tahu. Abang baru je nak pergi dekat motor then nampak Fiera kena --------..." Belum habis Farhan bercerita, terus dia terhenti akibat dirempuh seseorang.
"Bang pinjam motor abang kejap boleh?. Saya ada hal emergency ni" pinta Faiq yang agak kegelisahan kepada seorang lelaki yang baru sahaja sampai dan ingin memarking motornya.
Faiq segera mengeluarkan beberapa keping duit bernilai 50 ringgit lalu diserahkan kepada lelaki tersebut.Tanpa banyak bunyi lelaki itu segera turun dari motornya lalu menerima duit itu dengan hati yang terbuka. Ewah kau! Bab duit nombor satu eyh.
Setelah itu Faiq terus 'memanjat' motor dan mula memecut laju meninggalkan gengnya yang terpinga pinga.
YOU ARE READING
Oh My Abang Ustaz
Teen FictionTengku Syafiera Husna..anak kepada seorang mudir di Tahfiz Al-Faliq. Bila dengar anak mudir mesti terletus dalam fikiran korang yang Syafera anak yang baik,solehah, dan lemah lembut kan? Tapi sifat itu tiada dalam diri Syafera apabila di luar panda...