Chanyeol pergi ke rumah Baekhyun dulu untuk menjemputnya sebelum ke rumah Kai. Jimin juga ada bersamanya.
"Eoh?Bos?"
Baekhyun sedikit terkejut apabila melihat Chanyeol sudah terpacak di hadapan rumahnya. Lagi-lagi siap bawa Jimin sekali.
Tanpa berlengah dia menjemput mereka masuk dahulu sebelum apa-apa kerana Chanyeol berjanji akan mengambilnya pukul 7 dan sekarang baru pukul 5.50 apahal awal sangat.
Dah tentu-tentu dia belum siap lagi kerana banyak kerja yang sedang dia lakukan. Selepas dia menjemput mereka masuk dia terus masuk ke dalam biliknya. Laptop nya yang masih me'loading' beberapa file dia tinggalkan sahaja di atas meja di ruang tamu memandangkan dia buat kerja di situ.
"Eoh hyung. Baekhyun hyung kerja apa?"
Soal Jimin kepada Chanyeol.
"Kau ni nak aku kata budak lagi dah umur 20 tahun. Tak akanlah dia kerja sebagai PA aku pun kau tak tahu?"
"Jimin tahu lah hyung~ maksud Jimin ye lah. Dia kerja sebagai PA je mampu tinggal apartment dekat residence ni?"
Jimin mengangkat kening nya memandang Chanyeol.
"Alah kau ni bi--"
"Eoh hyung! Wow Baekhyun hyung ada buat proposal project macam ni ke untuk company hyung?"
Jimin memotong percakapan Chanyeol. Dia terus mengalihkan pandangannya pada Laptop Baekhyun yang mempamerkan satu file yang sudah siap di loading.
Well dia bukan bodoh tak tahu file apa tu. Walaupun dia still study tapi dia juga sudah belajar sedikit sebanyak tentang cara kerja di syarikat appanya.
"Sejak bila pula aku ada bagi dia uruskan proposal projek? Dia tu PA je bukan nya apa-apa pun."
Chanyeol mendekati laptop Baekhyun yang berada di hadapan Jimin.
Baekhyun yang baru melangkah keluar dari biliknya terkejut. Matanya yang sepet turut menjadi besar apabila melihat mereka duduk berdekatan dengan laptop nya.
"Eoh! Bos! Saya dah siap! Kajja kita pergi." Baekhyun cepat-cepat mendekati laptop nya dan menutup file tersebut. Dia pun 'shutdown' laptop nya sebelum mereka berjalan keluar.
Dalam hatinya hanya mampu berdoa mereka tidak selongkar file-file didalam laptopnya.
*****
"Baek aku ada benda nak bagitahu kau ni."
Walaupun Chanyeol tidak mengalihkan pandangannya daripada jalan raya tetapi dia tahu yang Baekhyun sedang memandang ke arah nya.
"Nae?"
"Don't call boss when we are arrive there."
"W-wae?"
"Aniya. Just jangan formal sangat. Kita bukan dekat pejabat."
"Nae."
Baekhyun melepaskan nafas lega. Ingatkan apa la yang Chanyeol nak bagitahu dia. Rupanya tentang jangan terlalu formal je.
Selepas mereka tiba di kediaman keluarga Kim, Chanyeol memakirkan keretanya dan mereka keluar dari kereta. Baekhyun membetulkan sedikit pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Kai.
Walaupun Baekhyun sudah terbiasa dengan party sebegitu namun dia tetap juga tidak selesa. Bukannya dia kekok tetapi memang dia tidak meminati tempat yang sesak seperti itu. Selalu dia hanya akan pergi di sebabkan hal-hal tertentu sahaja.
"Baek hyung!"
Baekhyun mengalihkan pandangannya kepada pemilik suara tersebut. Oh Sehun yang memanggilnya berjalan menghampiri Baekhyun dengan pantas.
YOU ARE READING
My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]
Teen FictionTittle: My Cute Personal Assistant Synopsis: Park Chanyeol seorang yang panas baran dan keras kepala. Jika dia sudah berkata sesuatu maka dari awal hingga ke akhir yang itu lah. Tiada siapa yang dapat untuk menghalangnya. Antara hobi CEO muda ini a...