Dua hari selepas itu Baekhyun telah di benarkan pulang kerana demamnya sudah pulih. Dia seperti biasa akan ke perjabat tempat dia kerja dan lakukan kerja seperti biasa.
Chanyeol yang perasan akan kehadiran Baekhyun terus ke mejanya.
"Baek."
"Nae bos?"
Pandangannya teralih kepada Chanyeol. Dia terus terkejut.
"Urm nampaknya demam kau dah betul2 pulih."
Chanyeol menarik semula tangannya yang di letakkan diatas dahi Baekhyun.
"Oh. Nae."
Baekhyun tersenyum manis. Sejak dia masuk hospital haritu sikap Chanyeol terhadapnya semakin baik. Tidak dingin seperti selalu. Itu sudah membuatkan hatinya senang.
"Sekejap lagi ikut aku pergi lunch."
"Yes bos."
"Ha lepastu nanti letak jadual aku dalam bilik aku. Aku nak keluar kejap ada hal."
"Nae bos."
Chanyeol terus melangkah pergi meninggal kan Baekhyun dan juga pejabat.
"Baek hyung~"
Seseorang datang mendekati meja kerja Baekhyun.
"Nae?"
"Sweet nya hyung dengan Chanyeol tadi."
"Naega? Dengan Chanyeol? Apa yang sweet nya?"
"Ala tadi tu lah. Soo nampak laa. By the way, tak sangka yang sikap Chan boleh berubah macam tu lepas hyung keluar hospital."
"Oh haha. Soo ni. Tu la hyung pun pelik juga. Tapi kira ok lah kan dia berubah macam tu. Hyung pun tak boleh lama-lama sangat dekat syarikat ni. Hyung harap dia cepat lah sembuh."
"Nae. Soo pun sama. Hyung hwaiting!"
"Haha dah-"
Seseorang datang ke arah tempat mereka berbual dan memotong perbualan mereka.
"Dyo aaaa~ ambil untuk aku file account syarikat."
"Nae? Nak buat apa?"
"Tuan Chanyeol suruh bagi dekat Baek hyung."
"Ha? Naega? Untuk apa?"
"Mwolla."
"Nae. Awak pergi lah dulu nanti saya bagi file tu dekat Baekhyun."
Pekerja tersebut beredar dari situ. Kyungsoo pun sama juga, selepas meminta izin Baekhyun dia terus beredar.
*****
"Ha Irene nak apa jumpa aku?"
"Jumpa dengan Ex sendiri pun tak boleh ke? Salah ke?"
"No. Sekarang ni aku tanya kau. Kenapa nak jumpa aku. Thats it. Jawab tu pun susah ke?"
"Alah you ni. I just nak jemput you ke jamuan makan-makan. My dad yang suruh I jemput you."
"Tu je?"
Kening kanan diangkat dengan muka tidak puas hati dan tangan di silangkan di dada.
"Hmm one more thing. Malam tu nanti I nak you bawa P.A you sekali boleh? Apa nama dia? Ba.... Hmm ha Baekhyun."
"For what?"
"Because I think he is my boyfriend to be."
Irene tersenyum sinis. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah pergi. Chanyeol pula masih duduk di situ. Tangannya digenggam erat menahan geram.
*****
Baekhyun sedari pulang dari keluar lunch dengan Chanyeol tadi hanya mendiamkan dirinya. Entah apa yang membuatkan mood nya menjadi begitu.
Beberapa tapak selepas memasuki pintu biliknya dia menghempaskan tubuh di atas tilam empuk miliknya. Mata di pejam bagi menenangkan emosi yang sedang bercelaru.
Lebih kurang lima minit dia kembali membuka mata. Tubuhnya dibangunkan. Dia melangkah pergi ke arah bilik mandi.
Seusai membersihkan diri. Dia kembali ke katil kingsize miliknya. Syiling bilik bewarna putih di tenung. Otaknya seperti biasa akan berfikir.
'Apakah esok akan lebih baik dari hari sebelum? Atau sama malah lebih teruk?'
Dia mengeluh lelah. Penat dengan semua yang berlaku. Seketika mengingatkn tentang masa kecil dapat membuat dia tersenyum.
Tetapi jelas lagi nyata seperti perkara itu tidak akan berlaku lagi. Ya dia rasa yang dia patut mengalah. Dah berbulan kerja dengan Chanyeol masih tidak dapat mengubah apa-apa.
Baekhyun membangunkan tubuhnya malas. Dia menuju ke meja yang berada di ruang tamu. Tempat dia selalu menyelesaikan kerjanya.
Laptop di buka. Dia membuka app Microsoft Powerpoint dan menaip sesuatu. Surat untuk dia benar-benar pergi dari hidup Chanyeol.
Iya surat berhenti kerja. Dia dah penat. Penat dengan segalanya. Lebih baik dia tinggalkan PCY Holding tu dan sambung hidupnya seperti biasa.
Bukan sebab dia terkesan dengan kata-kata bosnya siang tadi. Tetapi memang kehendaknya.
"Better you stop meeting with that girl. Kalau kau nak jejakkan lagi kaki kau dekat syarikat aku. Jangan contact dan putuskan semua hubungan yang korang ada. Kalau tidak lebih baik kau pergi dari syarikat aku kerana kitorang tak perlukan pembelot."
Jujur saja hatinya tergores dengan setiap perkataan yang di ucapkan oleh Chanyeol kepadanya. Seteruk itukah hubungannya dengan Irene?
Senyuman sayu terukir di bibirnya sebelum menekan button 'enter' di keyboard laptop. Surat itu akan di serahkan lagi 2 minggu. Kerana sekarang dah tengah bulan jadi tak akan dia nak berhenti awal. Nanti susah untuk mencari pekerja baru.
Nafas berat dilepaskan. Dia kembali semula ke dalam bilik untuk merehatkan diri. Apa yang dia harap hari esok akan lebih baik dari hari ini supaya dia masih boleh bertahan untuk tidak pergi.
**********
Pada pagi kesokkan harinya, Chanyeol tetap saja bersikap dingin kepada Baekhyun. Bukan sekadar hari itu malah pada hari-hari yang seterusnya pun sama.
Sikap dingin Chanyeol yang lama kembali balik. Padahal baru je baik dengan dia beberapa hari lepas. Kenapa nak dingin balik kan?
Lama kelamaan perkara itu membuatkan seorang Byun Baekhyun menjadi stress. Adakah otaknya masih mampu berfikir dengan baik?
Ya Baekhyun. Seorang yang selalu berfikir dengan baik dan positif akhirnya memilih jalan hidupnya sendiri.
Kerana tidak tahan dengan sikap majikannya. Dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan terjun banggunan kerjanya.
Mungkin sehingga kini banggunan itu masih di hantui oleh lelaki comel yang bernama Byun Baekhyun.
Tamat...
Sekiann terima kasih... *Tutup tirai*
[Aik? Dh habis ke? Sekejap.... Haha marah ker? Hoho jgn marah... Lek2 sudah.... Nk panjang2 buat pe? Ni bukan citer pangako sayo yang episode dia panjang berjela .]
YOU ARE READING
My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]
Teen FictionTittle: My Cute Personal Assistant Synopsis: Park Chanyeol seorang yang panas baran dan keras kepala. Jika dia sudah berkata sesuatu maka dari awal hingga ke akhir yang itu lah. Tiada siapa yang dapat untuk menghalangnya. Antara hobi CEO muda ini a...