Baekhyun masuk kedalam rumahnya dengan muka lelahnya. Terlalu penat, puncanya adalah sebentar tadi ada beberapa syarikat yang mengajukan meeting secara mengejut kerana mahu menjalinkan kerjasama dengan Park Corps , malah diterima oleh Chanyeol begitu sahaja.
Tali leher yang mencekik lehernya dilepaskan serta kedua butang yang berada di lengan bajunya juga di buka. Lengan bajunya juga sudah dilipat rapi sehingga siku di masing-masing bahagian.
Setelah itu sofa hitam empuk yang berada di hadapan televisyen rumahnya itu menjadi sasarannya yang seterusnya. Bersamaan dengan tubuhnya berjaya direbahkan, nafas lelah juga dilepaskan.
Masih ada beberapa perkara yang bermain dimindanya walaupun tubuh lelahnya telah di rehatkan. Masanya untuk berada di syarikat itu sudah tidak lama iaitu bersamaan dengan dua minggu sahaja sebelum dia menyerahkan surat pengunduran diri kepada Chanyeol.
Mahu atau tidak keputusannya sudah bulat kerana syarikatnya juga masih memerlukannya sebagai CEO mereka. Tidak mungkin dia menyerahkan tanggungjawabnya begitu sahaja kepadanya appanya. Tuan Byun juga ada kesibukkannya sendiri sebagai Chairman di syarikatnya.
Hyungnya juga sangat sibuk menguruskan syarikatnya sendiri. Jadi tidak mungkin dia menambahkan lagi beban pada hyungnya itu. Boleh jadi hyungnya datang menyerang Chanyeol kerana mengambilnya sebagai pembantu di Park Corps.
Mengingat tentang hal itu membuatkan Baekhyun meremang sendiri. Seram! Ingatkan dia untuk menyerahkan beberapa asetnya kepada Baekbeom nanti sebagai hadiah kerana telah menyusahkan hidup hyungnya itu atau lebih tepat sebagai rasuah supaya Baekboem tidak mengamuk kepadanya. Hihi.
"Hahhh semoga Chanyeol tak kisah."
Baekhyun bangun dari duduknya berjalan masuk ke biliknya yang berada di belakang sofa itu sahaja. Mungkin dengan merendamkan diri didalam air hangat dapat membantunya untuk menghilangkan sedikit beban yang bermain di mindanya. [Cam pelik je🌚]
Demam yang didapati oleh Baekhyun juga sudah sedikit pulih kerana Chanyeol dan Jimin yang memaksanya makan ubat selepas mereka memberinya makan semasa rehat tadi. Berkat majikan kesayangannya.
Lain pula dirumah si Park atau lebih dikenali sebagai Chanyeol. Sekarang dia sudah berbaring di atas katilnya sambil bermain dengan benda bersegi nipis yang berada di tangannya.
Oleh kerana hari ini dia bersama Jimin di pejabat, jadi dia pulang lebih awal dari biasa, sekalian dia mengajak Jimin pergi makan kerana Tuan Park tiada di rumah. Dia sudah masak dengan perangai Appanya yang semakin gila kerja selepas kematian Eommanya. Bak kata Appanya supaya dia tidak melirik yang lain jika menyibukkan dirinya dengan kerja. Typical yang sayang isteri.
[Berterabur right? Ahaha tau.. sorry sbb Ai lama tinggal yg atas ni Ai dh tulis lama dh so Ai olah sikit2 je.. baru Ai perasan Chapter lepas Baek demam and ade beberapa hal yg Ai x perasan.. nnti2 lah eh Ai baca blik dri mula]
Kerana berasa tidak ada perlunya lagi, Chanyeol meletak benda yang di mainnya tadi di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Nafas panjang dilepaskan. Dia baru sahaja mendapat masalah baru. Ada masalah dengan account syarikat. Nanti dia akan tanyakan pada Kyungsoo. Harap-harap hanya masalah kecil kerana dia tidak mahu appanya mengamuk jika sesuatu masalah besar berlaku pada syarikat itu. [Aq buntu dh nk smbung ape]
Minda Chanyeol tiba-tiba sahaja terfikir sesuatu membuatkan dia berganjak dari tempat tidurnya. Dia berjalan keluar dari biliknya menuju ke bilik yang bertulis 'chimmy room'. Pintu bilik dibuka tanpa rasa bersalah lalu kaki jenjangnya berjalan masuk ke dalam bilik itu. Tuan punya bilik yang baru sahaja keluar dari bilik mandi menatap Chanyeol pelik.
"Nae hyung? Waeyo?"
"Nak ikut aku keluar tak?"
"Pergi mana?"
"Club?"
"Hyung masih dengan tabiat clubbing hyung? Chim ingat hyung dah tak pergi?"
"Pergi lepak sahaja. Aku bukan nak minum."
"Okay Chim teman. Tapi kalau hyung nak mabuk-mabuk juga nanti, jangan salahkan Chim kalau Chim bagitahu Appa."
"Ya budak! Pandai dah eh sekarang main ugut-ugut aku"
"Hehe mian."
"Okay sekarang kau bersiap. Nanti kalau dah siap tunggu hyung dekat bawah. Arraseo?"
"Nae sajangnim."
Chanyeol hanya tersenyum kecil sambil menggeleng kepala lalu pergi meninggalkan bilik adiknya. Dia juga perlu bersiap untuk keluar bersama Jimin.
***
Keadaan suhu yang rendah sememangnya lumrah yang selalu terjadi di Kota besar Seoul, dengan hujan rintik yang tidak berhenti turun ke bumi. Oleh kerana matahari yang sudah lama tenggelam menimbulkan lagi keadaan sejuk di situ.
Walaupun dia memerlukan rehat kerana terlalu lelah akan pekerjaannya di pejabat dia tetap menyetujui ajakan dari hyungdeul kesayangannya untuk keluar ke kelab malam kerana sudah lama mereka tidak keluar bersama dengannya. Orang itu adalah, Byun Baekhyun. [Tetiber aq rasa macam aq tengah baca buku novel sekolah menengah lah pulak]
"Baek macam mana?"
"Masih sama? Entahlah. Baek dah tak boleh lama kerja dengan dia. Company Baek pun Baek kena jaga juga. Mana boleh semua nak bagi papa yang jaga."
"Nae. Urmm berapa lama lagi?"
"Tak lebih sebulan. Lepas tu Baek bagi terus la bagi surat berhenti. Lagipun Bae--"
"Hyung!"
"Oh Sehun. Diam sekejap boleh? Kau datang dari mana ni?"
"Hehe mian Umin hyung, Hannie hyung, Baekkie hyung. Dari rumah lah. Kebetulan datang sini nampak Hannie hyung. Tu yang terus ke sini."
"Ahh kwenchana. Sehun? Rapat dengan Luhan?"
Sehun tersenyum kaku sambil menggaru belakang leher nya yang tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan Baekhyun. Dia sebenarnya diam-diam suka dekat Luhan. Tapi dia takut untuk menyatakan perasaannya. [Part ni Ai amik dri chap 14 gabung sini.. and penulisan 2019... aq x tau nk tukar mcm mna part BL ni...]
"Ahh aniya."
"Ahahaha okay. Sini lah duduk sekali. Datang sorang? Yang lain tak ada?"
"Sehun, hyung dah nak berhenti. Huh tolong bagi idea untuk buat Chanyeol ingat balik."
"Idea Hun senang je hyung."
"Hah apadia? Bagitahulah."
"Well Hun kan bijak. Hyung hempuklah kepala dia dekat dinding. Kalau tak pun hyung langgar dia. Confirm Park Chanyeol akan dapat ingatan dia semula."
Luhan dan Xiumin menepuk dahi sendiri mendengar perkataan Sehun manakala Baekhyun pula menatap Sehun datar.
"Kau baru timbul dari dasar sungai Han ke Oh Sehun? Ke kau nak hyung tolong tenggelamkan kau dekat situ?"
"Sehun. Kau sebenarnya nak tolong dapatkan balik ingatan Chanyeol atau kau berniat nak bunuh dia? Dendam kesumat tu."
"Ehehe mianhae."
Mereka semua menggeleng melihat tingkah Sehun yang tak pernah berubah dari zaman sekolah.
YOU ARE READING
My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]
Teen FictionTittle: My Cute Personal Assistant Synopsis: Park Chanyeol seorang yang panas baran dan keras kepala. Jika dia sudah berkata sesuatu maka dari awal hingga ke akhir yang itu lah. Tiada siapa yang dapat untuk menghalangnya. Antara hobi CEO muda ini a...