//Chapter 1💞// (REMAKE)

1.8K 84 21
                                    

Seorang pemuda membuka matanya perlahan lalu mengurut dahinya. Kepalanya terasa berdenyut, mungkin kerana malam tadi dia mengambil minuman keras dalam kadar yang banyak sehingga meninggalkan kesan kepada dirinya sendiri.

Dia adalah Park Chanyeol iaitu seorang Ceo di syarikat appanya sendiri iaitu Park Corp. Chanyeol baru berusia 22 tahun. Muda? Ya masa umur begini selalunya remaja-remaja sepertinya masih lagi berfoya-foya.

Tetapi tidak dengan Chanyeol kerana dia terpaksa mengambil alih syarikat appanya diusia yang muda kerana terlalu sayang dengan appanya. Hidup tanpa seorang eomma membuatkan dia sangat menyayangi sang appa.

Setelah kepalanya terasa lebih baik, Chanyeol membangunkan dirinya dari tempat tidur lalu pergi ke bilik mandi yang sudah tersedia didalam biliknya.

Setelah selesai mandi Chanyeol mengenakan kemeja biru muda beserta tali leher bewarna biru tua membuatkan kontra yang sesuai untuknya. Jam tangan berjenama Rolex di pakai di tangan kanannya lalu dia melangkah keluar.

Meja makan menjadi tempat tujunya. Di sana sudah ada Tuan Park dan juga Jimin. Chanyeol duduk lalu mengambil sekeping roti di sapu dengan mentega kacang.

"Chanyeol. Papa dengar kamu pecat P.A kamu lagi. Betul?" Soal Tuan Park tegas kepada sang anak yang baru sahaja mahu menjamah sarapan paginya

'Cepat betul papa dapat berita pasal ni' Chanyeol mengata di dalam hatinya. Dia meletakkan dahulu sarapannya lalu memandang Tuan Park.

"Nae papa. Lagipun kalau tak pandai buat kerja, nak buat apa simpan lagi kan? Lebih baik kalau Chan buang je." Kata Chanyeol selamba lalu memakan sarapannya.

"Ni dah kali ke-14 kamu pecat P.A kamu. Siapalah agaknya sanggup untuk kerja dengan kamu lagi lepas ni. Kalau setakat salah sikit tu, kamu maaf kan je lah. Sekarang ni kamu dah tak ada P.A siapa yang akan uruskan jadual kamu?" Tuan Park kembali memandang Chanyeol

"Papa ni kan, macam tak biasa pula Chan tak ada P.A sebelum ni. Mestilah Kyungsoo hyung yang akan tolong Chan uruskan." Chanyeol meminum airnya setelah selesai sarapan lalu terus beredar dari situ.

Tuan Park hanya mampu menggeleng kepalanya lalu melepaskan nafas berat apabila melihat kelakuan anak sulungnya itu. Dia ada baran dan keras kepala dalam masa yang sama membuatkan Tuan Park risau. Bertentangan dengan anak bongsunya, Park Jimin. Seorang yang manis dan lemah lembut.

[Sorry Ai cuma dpt edit sampai sini je Ai x rajin ahh nk edit selebihnya... Cuma nk gitau yg Ai Remake ff ni versi malay dkt Account baru Ai ok?]

*****

"Chan ni jadual harini. Meeting kamu mula pada pukul 2 selepas makan tengah hari nanti." Kyungsoo menghulurkan beberapa keping kertas kepada Chanyeol.

"Gomawo hyung." Chanyeol tersenyum sambil menerima huluran kertas dari Kyungsoo. Kalau boleh dia nak aja Kyungsoo menjadi P.A nya. Tetapi apakah daya hanya Kyungsoo sahaja yang paling di percayainya untuk menjadi accountant syarikat. Memandangkan Kyungsoo adalah saudara sebelah ibunya.

"Kalau tak ada apa-apa hyung keluar dulu tau Chan. Banyak lagi kerja hyung yang tak siap lagi." Chanyeol mengangguk kan kepalanya. Sebelum Kyungsoo melangkah keluar dia berpatah balik memandang Chanyeol.

"Hah Chan! Baru hyung teringat. Japgi kamu akan dapat P.A baru." Kyungsoo terus keluar dari bilik Chanyeol.

*****

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Chanyeol bersuara sambil menyemak beberapa helai kertas yang berada di dalam fail. Dia berhenti sebentar memandang namja kecil di hadapannya.

My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now