[Jap3!! Sebelum mula apa2 Ai nk minx maaf dulu untuk chapter lepas😂 Chengsohamnida nae? Haha yg tu prank je😂 Start dari yg ada sepuluh benda ni '*' semua tu tipu je😂 Hahahaha jgn marah Ai... Chillax sudah.. sambung ahh baca.. Ai melawak je hahaha]
Selepas hari itu Baekhyun menjadi seorang pendiam. Sama juga dengan Chanyeol yang bersikap dingin. Kekadang Chanyeol juga terfikir mengapa dia mendinginkan diri dengan Baekhyun. Dia bukan marahkan Baekhyun tetapi Irene.
Kenapa harus dia melampiaskan kepada Baekhyun? Chanyeol keluar dari ruang pejabatnya. Melalui meja Baekhyun. Namja itu sedang sibuk membelek beberapa helai kertas.
Chanyeol berhenti di depan meja Baekhyun dan mengetuk perlahan mejanya.
"Kajja ikut aku."
Kening Baekhyun bertaut. Dahinya juga berkerut pelik.
"Bukan meeting bos pukul 3 sekejap lagi?"
"Aku tahu. Kajja ikut aku cepat."
Baekhyun blur.
"Aku bagi kau masa 3 minit untuk ikut aku dari belakang."
Kakinya mula melangkah kembali. Meninggalkn Baekhyun yang masih terpinga di situ. Kemudian Baekhyun baru tersedar. Barang yang ada di atas meja di kemas dan dia berlari mengikuti Chanyeol.
Semasa di dalam lift mata Chanyeol melirik ke arah Baekhyun yang asyik memandang bawah. Senyuman nakal terbit di bibirnya.
"Kau cari apa?"
"Nae?"
"Ani. Kau pandang bawah cari apa? Bos kau yang handsome ada sebelah kau ni. Belum bertukar jadi semut lagi."
Muka Baekhyun bertukar warna menyebab kan Chanyeol terkekeh. Tetapi dia kembali diam kerana dia dapat merasakan sesuatu. Perasaan dejavu.
"Hyung pandang dekat bawah cari apa? Kan Chan yang lagi handsome ni ada dekat sebelah hyung. Belum bertukar jadi semut lagi tau."
Dia berangan seketika sehingga tidak perasan yang pintu lift sudah terbuka. Baekhyun yang perasan keadaan Chanyeol melambai di hadapan mukanya.
"Oh. Kajja."
Baekhyun dengan muka blur hanya mengikuti Chanyeol. Pelik dengan sikap bosnya. Gila kah? Apakah nasibnya.
Kereta yang di naiki oleh Chanyeol dan Baekhyun berhenti di tempat parkir kereta yang berada bersebelahan dengan sungai Han.
Lagi sekali kedutan yang sama timbul pada dahi Baekhyun.
"Bos. Buat datang sini? Bukan sekejap lagi bos ada meeting?"
"Kajja."
Tanpa berniat menjawab dia meninggalkan Baekhyun di tempat duduk sebelah driver. Baekhyun tergopoh mengikuti bosnya. Baekhyun menganggap Chanyeol buang tabiat. Ke nak mati dah?
Tetapi dengan cepat dia mengetuk- ngetuk kepalanya kerana memikirkan yang bukan-bukan. Chanyeol yang memerhati mengekah sambil menahan tangan Baekhyun.
"Jangan ketuk kepala tu hyung. Kau fikir apa? Aku bukan buang tabiat lah. Saja nak tenangkan fikiran."
Baekhyun menjadi tercekik ludah. Matanya membesar. Bukan kerana Chanyeol yang memanggilnya dengan sebutan 'hyung' tetapi kerana Chanyeol mengetahui apa yang ada di dalam fikirannya.
Chanyeol lagi tergelak besar dengan suara bassnya. Lucu dengan reaksi Baekhyun. Menggemaskan! Dia seperti merasa biasa dengan keadaan ini. Tetapi di abaikan.
"Bos-"
"Chanyeol. Panggil aku dengan nama je. Kita bukan dekat pejabat. Tak payah formal."
Baekhyun mengangguk.
"Kajja duduk sekejap dekat situ."
*****
Sedari pulang dari pejabat senyuman di bibir Baekhyun tidak luntur. Tetapi fikirannya melayang entah kemana memikirkan sesuatu. Dia pelik dengan sikap Chanyeol. Dah macam seorang psiko. Sekejap macam ni. Sekejap macam tu.
Atau dia dah mula ingat kesemuanya? Senyumannya lagi melebar sehingga ke telinga. Gembira. Itu adalah gambaran yang paling jelas tentang perasaannya sekarang.
Bantal guling yang ada di sebelah di ambil dan di peluk erat. Kalau betul lah tekaan nya. Akhirnya!!! Dia boleh jalani semula kehidupannya seperti biasa dengan Chanyeol sebagai rakannya.
*****
Lebih kurang seminggu selepas hubungan Baekhyun dan Chanyeol membaik. Hari ini Baekhyun tidak masuk ke pejabat kerana dia mengalami demam panas.
Chanyeol? Dia kalau boleh nak melawat Baekhyun tetapi dia ada meeting mendadak dengan sebuah syarikat. Jadi hasratnya terkubur begitu sahaja.
Baekhyun sedang baring di atas katil dengan comforter menyelubungi badannya. Dia lebih selesa dengan keadaan begitu. Suhu badannya yang sangat panas sudah cukup membuatkan biliknya itu terasa sejuk. Inikan pula dengan penghawa dingin yang lupa di off.
Menggigil lah juga badan dia. Tapi dia betul-betul tak boleh bergerak keluar dari sarangnya itu. Mukanya yang putih itu sejak tadi merah.
Pintu biliknya di buka oleh seseorang dari luar.
"Hyung!"
Remote penghawa dingin di capai. Butang off di tekan. Dia mendekati Baekhyun dan duduk di sebelahnya.
"Hyung. Gwenchana?"
Comforter yang menutupi badan Baekhyun di tarik perlahan. Tetapi Baekhyun tidak berdiam diri. Dia menarik semula comforter tersebut.
"Hyung~ buka selimut ni cepat. Hyung kena rasa angin sejuk ni. Kalau tidak lagi panas lah badan hyung ni."
Baekhyun menggeleng dan memasukkan semula kepala ke dalam comforter. Namja itu mengeluh perlahan. Betulkah si Baekhyun ni seorang pemi-- oppss seorang yang sudah bekerja? Perangai seperti budak umur 5 tahun demam.
"Hyung~ ireona. Jebal?"
"Shireo! Hun pergi sana"
"Ani! Hyung keluar lah dari dalam selimut tu! Tak panas ke dalam tu?"
Comforter Baekhyun lagi di tariknya. Kepala Sehun di geleng beberapa kali. Perangai tu! Lansung tak berubah dari kecil sampai besar. Tetap manja kalau demam. Dah la demam pun bukan biasa-biasa.
Tiba-tiba comforter Baekhyun tertarik kuat sehingga menyebabkan ianya meninggalkan Baekhyun.
"Oh Se Hun!"
Baekhyun menjerit sambil memejam mata dan memeluk tubuhnya. Sejuk sangat tu.
"Aku. Park Chanyeol bukan Oh Sehun."
Baekhyun cepat-cepat buka matanya dan menjadi bebola. Dia terkejut. Tadi rasanya Sehun yang kacau tidur dia. Macam mana boleh bertukar jadi Chanyeol pula?
Sehun yang berada di sebelahnya di pandang. Sehun hanya menayangkan sebaris gigi.
"C-chan-yeol?"
"Nae. Sini. Aku ada beli dekat kau bubur. Makan dulu."
Baekhyun menggeleng. Jari telunjuknya keluar. Menunjuk ke arah comforter yang sedang bersemadi aman di tangan Chanyeol.
"N-nak t-tu."
"No. Kau tak boleh terus berselubung dalam ni. Nanti suhu badan kau tak akan turun."
Bibir mulut Baekhyun melengkung ke bawah. Apa salah dia? Sampai semua orang sanggup suruh dia bertapa dalam keadaan sejuk macam ni.
Chanyeol mendekati Baekhyun dengan bubur yang ada di tangannya.
"Makan dulu. Lepas tu baru aku bagi balik benda ni."
Dia mengambil alih tempat Sehun di sebelah Baekhyun. Baekhyun dengan terpaksa mengangguk kerana bak katanya rela kerana tak mahu mati kesejukkan.
Chanyeol pun mula menyuap Baekhyun makan. Bibirnya asyik tersenyum dengan reaksi yang sangat menggemaskan ini.
*****Tbc........
[Well how? Hahahahaha ok Ai still can't forget about the prank that I'm doing to all my reader. Srsly sorry. Haha jgn marah au? Hehe teruskn lh membawang eh membaca.. tolong support eh? Voment jusaeyo]
YOU ARE READING
My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]
Teen FictionTittle: My Cute Personal Assistant Synopsis: Park Chanyeol seorang yang panas baran dan keras kepala. Jika dia sudah berkata sesuatu maka dari awal hingga ke akhir yang itu lah. Tiada siapa yang dapat untuk menghalangnya. Antara hobi CEO muda ini a...